40

2.7K 85 3
                                    

Aku memandang Abang Izz lama. Dia dah kenapa pandang aku lain macam je. Nak cakap buat salah, tak pernah pulak. Sumpah gugup.

"Izz, kau kenapa ? Okay tak ?" Tanya Dani. Aku buat muka tak bersalah. Fokus menonton tv. Ya la memang aku tak salah kan. Jadi, buat-buat tak tahu je la.

"Adik" Aku mengangkat kening lalu memandang Abang Dani.

"Apa abang ?"

"Adik ada buat salah dengan singa ni ke ? Abang tengok dia macam tak betul je" Dani tergelak sendiri. Aku hanya pura-pura ketawa. Takkan la nak buat bodoh je kan.

"Macam mana Hara kenal Faiq ?" Aku tersentak. Liur ditelan. Aku cuba menenangkan hati. Pantas sahaja senyuman diukir.

"Oh, dia kan kawan abang" Izz tersenyum sedikit. Aku menunduk.

"Kenapa abang tanya ? Apa dia cakap kat abang ? Dia burukkan Hara kan ?" Selesai aku bertanya, aku terus terkaku. Aku sedar yang aku dah terlepas cakap. Nafas dihela kesal. Aku tak nak abang tahu apa-apa pasal aku dengan Faiq.

"Heh, obvious sangat la Hara kenal Faiq. So tak nak bagitahu abang ke macam mana Hara kenal dia ?"

"Eh-eh, apa benda ni ? Aku tak faham la. Apa kena mengena Faiq dengan adik ?" Celah Dani dengan pelbagai soalan di kepala.

"Hara dah mengantuk, Hara naik dulu tau" Aku terus pergi dari situ. Masuk sahaja dalam bilik, aku terus mengunci pintu. Badan disandar di pintu.

Kenapa Abang Izz tanya macam tu ? Dia macam tahu sesuatu. Rambut dikusutkan serabut. Aku tak nak abang tahu apa-apa atau lebih tepat lagi, aku dah tak nak sesiapa ungkit kisah aku dengan Faiq.

Serabut. Lepas Faiq muncul, macam-macam masalah datang. Tujuan aku balik Malaysia pun dah melencong jauh. Kalau ikutkan hati, nak je aku fly pergi Amsterdam malam ni jugak.

Tapi aku tak nak Faiq cakap aku cuba larikan diri dari masalah. Aku pun tak puas lagi luangkan masa dengan mummy dan abang.



Faiq melangkah turun dari tangga. Mata digosok beberapa kali. Dia mengerutkan dahi sedikit. Macam bau nasi goreng. takkan la Mak Timah dah balik sini.

"Good morning, sleeping ugly. Aku masak nasi goreng special untuk abang kesayangan aku" Sapa Rafiq ceria manakala Faiq hanya menghantarkan pandangan menyampah.

"Kau letak apa dalam ni ? Racun tikus ?" Tanya Faiq sinis. Rafiq tergelak spontan.

"Apa pulak racun tikus. Resepi ni aku search google tau. Aku rasa sedap je" Faiq menjeling.

"Kau jangan ingat aku dah lupa eh apa yang kau buat semalam. Maggi goreng la sangat, nasib baik aku tak mati je" Rafiq tersengih. Memang kes semalam tu dia sengaja letak garam banyak-banyak sebab nak kenakan Faiq.

Ya la, suka hati je suruh dia masak. Apa dia ingat orang handsome macam aku ni orang gaji ke ? Memang padan la dengan muka dia.

"Sorry la Faiq. Aku nak letak gula tapi tertukar dengan garam" Rafiq mula menyusun alasan.

"Diam la kau. tercegat apa lagi ? Tolong la hidangkan. Aku ni abang kau tau !" Baru sahaja Rafiq mengambil pinggan, pergerakannya terhenti. Dia memandang Faiq lama.

"Apa ? Ulang lagi sekali. Aku salah dengar ke ?" Rafiq tersengih comel.

"Apa masalah kau ni ?" Tanya Faiq keras.

"Finally, ada jugak yang mengaku diri dia tu abang aku. Tak apa, aku terharu" Faiq membuat muka. Tadi tu terlepas je. Bukan ikhlas sangat pun.

"Nah, kali ni aku jamin nasi goreng ni sedap. Kalah mama tau" Faiq memandang Rafiq tajam. Sudu dan garfu ditangan dihentak kasar pada meja

"Faiq, aku—"

"Aku benci orang tua tu. Kau jangan sesekali sebut perkataan tu depan aku. Aku tak ada mama, aku tak ada papa" Ujar Faiq tanpa memandang Rafiq sedikit pun.

"Sorry, aku terlepas" Rafiq menunduk. jujur dia takut kalau Faiq marah. Seram betul.

"Hm, cepat la. Aku dah lapar" Rafiq hanya diam dan menghulurkan sepinggan nasi goreng kepada Faiq.

"Faiq, kau nak keluar ke lepas ni ?" Tanya Rafiq satu-satu.

"Kenapa ? Aku dah kritikal sangat ke sampai tak boleh keluar ?" Rafiq mengeluh. Susah betul ada abang macam faiq ni.

"Aku tanya je. Jangan la koyak sangat" Rafiq memuncung bibir.

"Ha kau dah kenapa ? Nak makan kaki aku ke apa ?" Geli hati jantannya tengok adik sendiri buat perangai pelik.

"Hm suka hati kau la. Tanya sikit tak boleh. Menyampah betul" Faiq tercengang. Walaupun Rafiq hanya berbisik, namun perkataan tersebut dapat didengar dengan jelas.

"Haah, aku nak keluar lepas ni. Kau pergi la balik rumah kau. Aku okay je sorang-sorang" Faiq dipandang.

"Kau nak pergi mana ? Nak ikut boleh tak ?" Rafiq tersenyum comel.

"Tak payah mengada boleh tak ? Aku nak pergi jumpa kawan aku la"

"Kawan yang mana satu ? Kalau tak silap aku, kau paling rapat dengan Izz je. Sejak bila ada kawan lain ni ?" Faiq diam tanpa jawapan.

"Ke kau nak pergi jumpa 'dia' ?"

"Hm" Rafiq membulatkan mata.

"Wait, seriously ?! Eh kau nak buat apa jumpa dia ? Jangan buat hal la, Faiq" Rafiq mengeluh kesal. Kecewa dengan Faiq.

"Kau diam. Bukannya aku nak bunuh dia pun" Rafiq memandang Faiq lama.

"Ha tu ! Nampak sangat kau ada niat nak bunuh dia kan ? Eh kau kalau aku bagitahu Izz ni, memang patah leher kau"

"Kau mengarut apa ni sial ?" Bengang Faiq.

"Oh by the way ! Haritu aku ada jumpa dia masa pergi rumah Izz. Hara kan ? Kau nak tau tak Izz ? Aku baru je ada niat nak try adik Izz tu. Cantik gila. Tapi tu la, aku terpaksa buang la niat aku tu"

Faiq tersenyum nipis.

"Kalau berani, try la" Faiq tersenyum senget manakala Rafiq hanya membuat muka.

"Eh tak ada la. Dah tak jadi. Tapi kan aku pelik la jugak, macam mana la kau boleh tinggal dia eh ? Dah la cantik, kaya, baik" Senyum Rafiq seorang diri.

"Tak ada la cantik sangat. Aku tengok dia biasa-biasa je" Faiq menayang muka tegang. Berani betul kau puji dia depan eh, Rafiq ?

"Aku harap kau normal, Faiq" Ujar Rafiq kali terakhirnya sebelum pergi dari situ.

AMORE VELENOSO Where stories live. Discover now