18

2.2K 81 0
                                    

5 tahun kemudian

"Congrats, Hara Qashrina !" Sabrina memeluk aku erat. Aku tersenyum gembira. Ya lah, dah habis belajar. Siapa je tak suka kan ?

"Aku tak sangka kita dah habis study kat sini" Sabrina mengangguk berkali-kali mengiyakan kata-kata aku.

"Bebas jugak kan ? Aku tak sabar nak balik Malaysia ! Nak tidur, makan puas-puas. Sampai je sana, aku terus nak pergi jalan-jalan" Aku mengawal air muka aku yang mula keruh dengan sebaik mungkin.

"Haah" Aku balas sepatah saja.

"Bila nak balik Malaysia ?" Tanya Sabrina. Aku diam sejenak. Alasan apa nak bakar ni, haih.

"Lambat lagi kot. Kau tahu kan aku busy. Walaupun dah habis study, aku still terikat dengan job aku kat sini. Kau best la boleh enjoy lepas graduate. Aku ? Nak tak nak tetap kena fokus pada kerjaya aku" Sabrina mencebik bila mendengar jawapan aku.

"Tu la kau. Gedik sangat nak jadi model. Kan dah merasa" Aku tergelak.

"Eleh dulu bukan main cakap kau akan support aku sampai jannah. Ni tak sempat apa-apa" Kini giliran Sabrina pula ketawa terbahak-bahak.

"Ala dekat mulut aku je ni. Dalam hati ni, kau pun tak tahu tau apa aku rasa. So sekarang aku nak jujur dengan kau, Hara. Sumpah aku kagum dan bangga dapat kawan macam kau.

Aku tak sangka pulak Hara yang mula-mula aku kenal dulu dah berubah sampai macam ni sekali. Nama naik sana sini. Peminat pun merata tempat. Asal aku beli magazine je, penuh muka kau.

Tak sembang dekat mall lagi, hm. Lagi la penuh dengan muka kau. Usia semuda ni boleh jadi star yang shining tu. Walaupun aku serabut bila fans kau asyik tanya aku pasal kau but seriously, i'm very proud of you, babe"

Aku memandang Sabrina lama. Terharu. Aku tak sangka Sabrina bangga dengan aku selama aku berkawan dengan dia. Sabrina memang kawan yang baik dan aku takkan lupakan segala jasa dia pada aku.

"Haduh, tiba-tiba je mata rasa panas. Kau la ni" Aku dan Sabrina ketawa serentak seusai saja aku menghabiskan kata-kata aku.

"Ok la weh. Aku nak jenguk kanda sayang aku jap. Mana tau dia tengah usha awek-awek ke" Aku membuat muka menyampah.

"Tak ada masa la kanda sayang kau tu nak curang. Nanti tak pasal-pasal orang tu bertukar jadi hulk"

Pap !

"Hulk eh kau kata aku ? Kau tunggu nasib kau, Hara. Nasib baik mood aku nice harini kalau tak, memang aku goreng kau dalam kuali" Aku menjelirkan lidah.

"Pergi la cepat. Kesian kanda sayang kau tunggu" Aku menekan perkataan kanda sayang. Saja mau mengusik Sabrina. Lepas ni, susah la nak jumpa.

Sabrina melangkah pergi dari situ selepas menghadiahkan cubitan berbisa pada perut Hara. Terkedek-kedek dia berlari mencari 'kanda sayang'. Aku menggeleng kecil.

Aku pandang sekeliling. Ramai betul orang. Graduate. Mesti lah angkut satu family. Sekali dengan nenek, moyang. Seketika aku terdiam.

Family..

Aku menghembuskan nafas perlahan. Aku paling tak nak fikir pasal keluarga. Malas nak serabutkan kepala lagi-lagi sesakkan dada aku.

Pejam celik-pejam celik, dah 5 tahun berlalu sejak aku datang sini dengan tujuan belajar. Dan yes !

Aku dah jadi model yang terkenal. Alhamdulillah. Hanya itu yang aku mampu ucapkan.

Aku dapat capai semua ni berkat usaha Sabrina yang gigih tolong aku. Ikutkan hati, tak nak je aku buat semua benda yang dia suruh.

AMORE VELENOSO Where stories live. Discover now