"Ryan" Aku memandang Ryan yang sedang memandu kereta. Nak pujuk punya pasal la sampai aku setuju je bila dia nak hantar aku balik. Ingatkan dah okay tapi masih marah lagi rupanya.
"Ryan, marah lagi ke ? Fine i minta maaf oke ? Tadi tu bukannya i marah you. I tegur je. Ye lah, ramai orang pandang. Malu la" Kedengaran Ryan mendengus geram.
"Takkan sebab tu je you nak merajuk sampai macam ni ?" Keluh aku seketika.
"Aku marah bukan merajuk okay ?" Aku tersengih bila Ryan bersuara.
"Eleh mengaku je la you merajuk. Mengada la dia ni"
"Mengada dengan kau je" Aku mengerutkan kening. Salah dengar ke apa ?
"Ha ?"
"Tak ada apa" Aku diam sebelum mengangguk berkali-kali. Salah dengar kot.
"Er Ryan, tahu ke rumah i kat mana ?" Ryan mengangguk yakin.
"Aik ? Sejak bila you tahu ? I rasa you tak pernah lagi datang rumah i" Ryan hanya diam. 'Macam mana la aku tak ingat rumah kau kalau tu rumah musuh aku sendiri ?'
Sampai sahaja di depan rumah banglo mewah tiga tingkat itu, Ryan terus menghentikan keretanya.
"Ok sampai" Sesekali Ryan memerhati sekeliling. Takut jika terserempak dengan Dani. Nanti timbul pulak masalah. Menyampah !
"Okay, you tak nak masuk dulu ?" Tanya aku sekadar mengambil hati.
"Er next time la" Ryan berdehem. Ikutkan hati, nak je dia serbu masuk rumah Hara. Kenal-kenal dengan tuan rumah tapi bila ingatkan Dani, terus tak ada mood.
"Oo kalau macam tu, you balik la. Thank you sebab hantar i. Sorry again pasal tadi" Rambut Ryan aku kusutkan. Ryan kan suka orang main rambut dia. Aku cuba je la. Mana tahu, dia maafkan aku ke ?
"Hm"
"Hm je ?" Ryan menyimpan senyum. Kenapa kau comel sangat ha ?
"Ish, ye la aku maafkan. Dah pergi la masuk" Aku tersenyum. Ni baru Ryan !
"Okay, hati-hati tau !" Baru saja aku nak melangkah masuk ke dalam rumah, mummy datang menyapa aku.
"Sayang, siapa tu ?" Aku menghulurkan tangan untuk bersalam.
"Tu kawan Hara" Jawab aku ringkas.
"La, kenapa tak ajak dia masuk ?" Tanya mummy. Aku menyelak rambut ke belakang.
"Hara dah ajak. Dia tak nak" Aku cuba mempertahankan diri aku. Ye la nanti mummy cakap aku tak beradab pulak.
"Ish ada-ada je Hara ni" Mummy terus melangkah ke arah kereta Ryan sebelum mengetuk tingkap kereta perlahan.
Ryan tersengih. Mak mertua !
Dia segera keluar dari kereta dan menunduk hormat.
"Ya datin ?" Ryan tersenyum mesra. Aku terlopong seketika. Wow ! Dengan mummy senang ke senyum. Kalau dengan aku bukan main susah !
"Eh apa pulak datin ? Aunty je. Ni Ryan dah nak balik ke ?"
"Haah, dat— aunty"
"Jemput la masuk dulu. Boleh kenal-kenal. Hara ni jarang ada kawan lelaki" Aku tercengang. Aku pulak ?
"Okay aunty" Mummy tersenyum sebelum mengiring Ryan masuk ke dalam rumah. Aku hanya terpaku di tepi kereta Ryan.
<><><>
"Izz, tak nak balik lagi ?" Dani mengangkat kaki tinggi dan dengan selambanya dia merehatkan kakinya dia atas meja abangnya.
"What the hell, Dani ? Adab kau kat mana ?" Marah Izz sebelum memukul kuat kaki Dani yang elok terletak atas meja.
YOU ARE READING
AMORE VELENOSO
Short StoryGENRE : ROMANCE START : PKP "Tolong la bertanggungjawab, Faiq. Anak kita tak ada salah apa-apa pun. Tolong, saya merayu kat awak. Kalau awak suruh saya cium tapak kaki awak, saya sunggup asalkan awak nak bertanggungjawab" "Budak tu bukan anak aku...