"Ni ke rumah kau ?" Ryan mengangguk mengiyakan. Besar betul rumah. Sah anak orang kaya ni hm. Ryan membetulkan rambutnya seketika sebelum mask dibuang. Dani tersenyum senget.
Dia keluar dari kereta dan mengambil beberapa beg miliknya.
"Hara" Aku menoleh.
"Aku masuk dulu tau. Kalau ada apa-apa, call je aku. Makan jangan skip. And last thing, jangan lupa tau janji kau" Aku mengangguk. Janji keluar dengan dia la tu. Apa lagi.
"Okay Ryan. Baik lah" Ryan tersenyum sikit membalas senyuman aku.
"Oh lupa. Abang Hara, thanks hantar aku balik rumah dengan selamat. Since tak bazirkan minyak kereta kau, boleh guna lagi la servis kau ni kan" Ryan tersenyum sinis. Abang Dani tiba-tiba gelak. Ni dah kenapa pulak ?
"Sama-sama. Of course la boleh" Senyuman sinis milik Ryan dibalas dengan senyuman manis. Ryan menjeling Dani geram sebelum blah dari situ.
Selepas Ryan masuk je dalam rumah, Abang Dani teruk bergerak dari situ. Dekat sangat rumah Si Ryan ni dengan rumah aku. Dalam 10 minit, sampai lah.
"Dia kawan adik ke ?" Tanya Abang Dani tiba-tiba. Aku mengangguk.
"Oh, kenal dia kat mana ?"
"Dia belajar dekat university adik" Abang Dani mengangguk faham.
Looks like i found you, bro.
Dani tersengih lalu menggeleng kecil bila teringatkan kejadian semasa di sekolah menengah dahulu.
"Abang kenal Ryan ? Adik perasan korang macam ada something" Aku perasan cara Ryan jeling Abang Dani lain sangat. Macam-
"Ryan tak cerita apa-apa ke dekat adik ?" Aku menggeleng. Aku pandang Abang Dani. Tengok tu. Cara dia bercakap macam dah kenal.
"Ada apa-apa adik tak tahu ?" Abang Dani tersengih.
"Dia kawan abang" Aku membulatkan mata. Sejak bila pulak Abang Dani kenal Ryan ni ?
"Nak tahu ke macam mana abang boleh kenal dia ?" Aku mengangguk laju. Mesti la nak !
"Okey, dia macam ni tau. First, lelaki tu memang kawan abang tapi boleh dikatakan sebagai musuh abang la"
Aku mengerutkan dahi. Kawan ? Musuh ? Apa benda yang Abang Dani mengarut ni ?
"Abang kenal Ryan tu dah lama. Sejak sekolah menengah lagi. Kitorang dulu memang rapat la. Sampai la ada salah faham sikit dengan dia"
"Lama gila abang kenal dia. Kenapa adik tak pernah tahu pun ?" Laju aku menyoal.
"Dia tak pernah datang rumah" Aku mengangguk faham.
"Abang gaduh dengan dia ke ?"
"Haah. Sebab seorang perempuan ni. Ryan ni bercinta dengan perempuan ni tau. Tapi abang pun suka dia. Ha lepas tu gaduh lah" Abang Dani ketawa terbahak-bahak. Kelakar pulak bila diingat balik.
"Lepas tu, kitorang dah tak kawan lagi. Ryan marah gila kat abang. Abang pun malas la nak layan dia. Buat-buat bodoh. Sejak tu, kitorang memang dah jadi musuh sejati" Aku nak tergelak dengar cerita Abang Dani dan Ryan. Betul-betul tak matang.
"Memang patut la Ryan tu marahkan abang. Siapa suruh abang rembat awek dia ?" Perli aku. Ya lah kalau berdasarkan cerita abang, sah-sah Abang Dani yang salah.
"Ala zaman tak matang lagi. Biasa la tu" Aku mencebik. Tak nak mengaku salah la tu.
Dani tergelak sendiri mengingatkan kisah tak matang semasa sekolah dulu. Cinta monyet. Tapi yang tak faham, kenapa sampai sekarang Ryan marahkan dia ? Takkan tak move on lagi ?
YOU ARE READING
AMORE VELENOSO
Short StoryGENRE : ROMANCE START : PKP "Tolong la bertanggungjawab, Faiq. Anak kita tak ada salah apa-apa pun. Tolong, saya merayu kat awak. Kalau awak suruh saya cium tapak kaki awak, saya sunggup asalkan awak nak bertanggungjawab" "Budak tu bukan anak aku...