Rambut dikusutkan kasar. Geram pulak dengan Aina ni. Apa masalah dia ni ? Mintak yang bukan-bukan. Kepala digelengkan berkali-kali. Tak aku tak boleh stress macam ni.
Izz laju melangkah dari situ. Satu persatu tangga didaki. Baru sahaja Izz hendak melangkah ke biliknya, matanya bertembung dengan sepasang mata. Aku tersentak.
Abang Izz ? Nak tegur ke tak eh ?
Aku hanya diam tapi mata aku masih memandang Abang Izz. Entah la, aku rasa macam aku ada buat salah dengan dia. Walaupun aku tak tahu apa salah aku.
"Ehem" Izz berdehem kecil. Aku mengukir senyuman nipis.
"Abang dari mana ?" Tanya aku sekadar mengambil tahu.
"Dapur" Aku mengetap bibir. Sumpah aku takut. Aku tahu nada Abang Izz dan sekarang ni nada Abang Izz tu memang betul-betul menyampah dengan aku.
Tapi kenapa ?
Aku melihat Abang Izz mahu melangkah pergi. Tindakan spontan aku, aku sempat menahannya pergi.
Abang Izz mengangkat kening sekilas.
"Kenapa abang macam ni ? Hara ada buat salah ke ?" Tanya aku.
"Macam ni ? Macam mana tu ?" Aku mengeluh perlahan dengan soalan Abang Izz. Menyampah betul.
"Ya la abang mengelak dari Hara. Hara tak tahu apa salah Hara. At least let me know. Ni diam macam ni mana la Hara tahu" Izz tersenyum hambar. Obvious sangat ke Izz ?
"Tak ada apa la. Abang penat je. Banyak kerja kat office" Balas Izz senada.
"Bagitahu je la, apa yang susah sangat ?" Izz memandang aku lama. Aku terlalu mendesak ke ? Alamak !
"Nak tahu sangat ke ?" Damn, dia marah aku ke ?
"Fine, kenapa tak bagitahu abang apa yang jadi selama ni ? Kenapa sembunyikan hal yang penting macam ni ?!" Aku tersentak bila Abang Izz mula tinggikan suara.
"What do you mean ?"
"Faiq" Aku terdiam. Takkan la abang dah tahu.
"Kenapa diam ?"
"Hara—" Aku memandang Abang Izz sekilas. Nafas dihela untuk bertenang.
"Abang, Hara tak bagitahu abang sebab Hara tak nak susahkan abang. Lagipun benda tu dah lepas so Hara tak nak ingat langsung semua tu" Nampaknya aku kena terus terang jugak la. Tak guna aku terus bohong kalau Abang Izz dah tahu.
"Benda dah lepas ? Tak nak ingat langsung ? I don't give a fuck Hara ! Kenapa susah sangat nak bagitahu ?! Benda ni serious bukan main-main. Please la otak tu bijak sikit"
Aku hanya memandang lantai. Tak berani nak angkat muka. Abang Izz dah marah sangat-sangat. So baik aku diam je daripada melawan.
"Kalau Faiq tak bagitahu , sampai bila-bila aku tak tahu. Bullshit" Aku menahan air mata. Abang Izz tak pernah sekasar ni dengan aku. Aku perasan panggilan Abang Izz pun dah berubah.
"Kenapa dia bagitahu abang ?" Tanya aku perlahan.
Soalan aku dibiarkan sunyi. Aku dapat rasakan air mataku mengalir di pipi. Abang Izz hanya berdiam diri sebelum berlalu dari situ.
"Rafiq" Langkahnya berhenti. Dia memandang Puan Sri Maria sebelum tersenyum sedikit.
"Ya ma. Kenapa ?" Tanya Rafiq sopan.
"Nak pergi mana ?" Rafiq terdiam. Selama ni tak pernah pulak mama tanya aku nak pergi mana. Tiba-tiba je tanya. Dah kenapa ?
"Er Rafiq nak keluar kejap. Nak jumpa kawan" Rafiq tersengih comel di akhir ayat.
"Mama perasan Rafiq asyik keluar je kebelakangan ni. Betul ke jumpa kawan ?" Haduh, aku nak goreng apa pulak ni.
"Haah mama. Dah lama Rafiq tak lepak dengan kawan. Mama tak kisah kan ?"
"Mama tak kisah. Tapi jangan la keluar selalu. Papa dah bising tu. Risau kalau Rafiq terikut-ikut perangai Faiq. Semua benda tak boleh harap" Rafiq menggenggam tangannya erat. Menahan geram.
Dia sendiri tak faham kenapa mama dan papa bencikan Faiq sangat. Nak kata Faiq tak boleh harap, Faiq bijak sampai boleh handle syarikat papanya.
"Rafiq pergi dulu" Rafiq laju melangkah ke arah pintu utama namun langkahnya terhenti bila melihat Tan Sri Ikhmal yang baru keluar dari keretanya.
"Masuk Rafiq. Jangan pergi mana-mana. Papa tak izinkan" Rafiq mengerutkan kening. Tanda tak percaya apa yang dengar.
"Rafiq nak pergi jumpa kawan je papa. Takkan tak boleh ?"
"Masuk !"
"What the—" Gumam Rafiq perlahan.
"Papa, Rafiq bukannya budak-budak sampai nak kawal macam ni" Keluh Rafiq kesal.
"Rafiq nak jadi macam Faiq ke ? Tak hormat papa dengan mama ?! Masuk sekarang. Jangan keluar !"
"Tak masalahnya apa kena mengena Rafiq nak keluar dengan Abang Faiq ?"
"Dah pandai melawan ?" Tanya Tan Sri Ikhmal sinis. Kepala Rafiq digelengkan berkali-kali.
"Melawan apa pulak ni pa. Rafiq nak keluar jumpa kawan. That's all. Kenapa tak boleh ? Kenapa sampai nak control ? Rafiq tak faham" Tan Sri Ikhmal tersenyum sinis.
"Jadi betul la Rafiq jumpa laki tak guna tu kan" Rafiq bingung dengan keadaan sekarang. Kenapa tiba-tiba macam ni ?
"Mama, apa ni ?" Puan Sri Maria hanya menggelengkan kepala.
"Rafiq tak faham la kenapa papa dengan mama benci sangat Abang Faiq. Apa masalahnya sekarang ? He's your son ! Tak sedar ke ?!" Dada turun naik menahan amarah.
Pap !
Rafiq terkaku. Tak percaya dengan semua ni. Papa tampar dia ? Wow !
"Abang ! Kenapa sampai tampar Rafiq ?!" Baru sahaja Puan Sri Maria ingin menghampiri Rafiq, sempat Rafiq mengundurkan diri beberapa langkah ke belakang.
"It's okay ma. Rafiq okay"
"Rafiq maafkan papa eh ? Papa tengah marah tu memang macam tu" Pujuk Puan Sri Maria lagi dan lagi.
"Kenapa eh ma ? Bila Abang Faiq kena pukul, sikit pun mama tak kisah" Tan Sri Ikhmal cuba menahan sabar demi isterinya.
"Kenapa nak bela sangat Faiq tu ? Dah terang-terang dia tak boleh harap apa pun" Lawan Tan Sri Ikhmal.
"Apa yang tak boleh harap ni papa ? Abang Faiq tu bijak, rajin. Dia tolong papa handle company tu. Sampai tahap tu pun tak guna jugak ke ?"
Bantah Rafiq berani. Memang dia takut melawan papa dan mama tapi dia tak boleh tahan lagi bila Faiq yang tak salah apa-apa dituduh macam tu.
"Kenapa dengan kau ni Rafiq ? Sejak bila kau jadi macam ni ?! Pandai melawan aku ?!" Rafiq hanya melihat Puan Sri Maria yang setia menenangkan suaminya.
"Rafiq nak tahu kenapa papa dengan mama benci sangat Abang Faiq tu ? That's all !"
"Kau nak tahu sangat ?! Sebab perangai Faiq sebiji macam lelaki tak guna tu ! Aku benci dia ! Kau tak tahu apa-apa pasal masa silam aku jadi kau diam ! Kau tak ada hak nak tanya aku !"
Rafiq mengerutkan dahi. Lelaki tak guna ?
"Papa—" Tan Sri Ikhmal sempat mendengus sebelum pergi dari situ meninggalkan Rafiq terpinga-pinga.
"Mama" Tegur Rafiq.
"Siapa ?" Puan Sri Maria hanya diam.
"Jawab mama. Siapa ?! Apa kaitan lelaki tu dengan Abang sampai papa marah sangat ?"
"Tan Sri Jamaluddin" Rafiq tergelak hambar. Tan Sri Jamaluddin ? Atok ?
"Apa ni mama ? Rafiq tak faham la. Apa kaitan atok dengan Faiq pulak ni ?"
"Rafiq, lelaki tua tu bukan atok Rafiq. Remember that" Pesan Puan Sri Maria keras. Rafiq hanya berdiam diri. Memang dia tahu hubungan atok dengan mama dan papa tak pernah baik.
Kali terakhir dia jumpa atok mungkin masa kecil dulu. Tapi apa kaitan atok dengan Abang Faiq ? Kalau tak suka atok, kenapa Faiq kena sekali ?
Semuanya keliru. Apa benda ni ?
ANDA SEDANG MEMBACA
AMORE VELENOSO
Cerita PendekGENRE : ROMANCE START : PKP "Tolong la bertanggungjawab, Faiq. Anak kita tak ada salah apa-apa pun. Tolong, saya merayu kat awak. Kalau awak suruh saya cium tapak kaki awak, saya sunggup asalkan awak nak bertanggungjawab" "Budak tu bukan anak aku...
