28

2.2K 76 0
                                    

"Izz, i tak salah dengar kan ?" Tanya Aina dengan serius. Tipu la kalau dia cakap dia tak ada rasa malu nak cakap dengan Izz lepas kantoi dengan Dani tadi.

"Maksud kau ?" Izz mengangkat kening. Sejujurnya, dia sendiri pun tak faham kenapa dia boleh bertindak macam tadi. Semua ni salah Aina jugak. Yang kau cantik sangat apa hal ?

"Tadi adik you cakap pasal adik kan ?" Izz mengerutkan dahi. Kepala dianggukkan perlahan.

"Hara ?" Tanya Aina. Izz mengangguk lagi. Dah kenapa tiba-tiba tanya ni ? Dah terang lagi bersuluh aku ada dua orang adik.

"Hara dah balik sini ?! Oh my god, Izz ! Kenapa you tak bagitahu i ?" Bentak Aina geram. Izz diam seketika. Otaknya mula memproses.

"Er aku nak bagitahu tapi kita kan jarang jumpa so aku tangguh la dulu" Aina menayangkan muka bengang.

"Jarang ? Izz, everynight i call you ! Takkan tak boleh bagitahu i ? You tahu kan i rindu Hara gila-gila. Kenapa you tak bagitahu i, Izz ? You tak nak i rapat dengan Hara kan ? Ye lah, i kan mengada annoying tak sesuai untuk jadi kawan Hara. Macam tu ?"

"Eh kau merepek apa ni ? Sikit-sikit dah la. Sampai kesitu dah kenapa ? Aku ni tak sempat nak bagitahu kau. Kalau kau call aku pun, kau asyik sembang benda yang tak berfaedah. Lepas tu bila aku nak mencelah kau marah, merajuk. Lepas tu mula la keluar perangai menyampah kau tu" Terang Izz panjang lebar. Ingat dia je ke boleh marah-marah macam tu ?

"Oh benda yang tak berfaedah. Perangai menyampah, eh ? Heh, Bingo ! Thank you, Izz. I hate you !" Dada Izz dipukul kuat sebelum Aina melangkah keluar dari pejabat lelaki itu. Air mata yang berlinang cuba ditahan supaya tidak jatuh.

"Aina !" Pergelangan tangan Aina yang berlapik baju cuba diraih.

"Jangan sentuh ! I tahu selama ni i banyak susahkan you. Buat you sakit hati. Mengada and banyak la lagi. Selama ni i ingat you okay je dengan i. Tak sangka pulak you menyampah. Tapi takpe la, lepas ni i dah tak ganggu you lagi. Number i you boleh block and delete"

Selepas menuturkan ayat itu, Aina terus keluar dari situ. Panggilan Izz tidak disahut. Hatinya sakit sangat sekarang !

Aina menjeling kasar ke arah pekerja yang sibuk pasang telinga. Ingat dia tak tahu ke pekerja kat syarikat ni semua tak suka dia ? Apa ? Ingat aku kisah sangat ke

Sementara itu, Izz mengeluh perlahan. Dah kenapa Aina ni ? Selama ni okay je. Datang bulan kot. Kepala yang tidak gatal digaru perlahan.

<><><>

"Thank you" Ucap aku perlahan lalu tersenyum nipis ke arah pekerja yang menghantar air tadi.

Sesekali jam di pergelangan tangan dipandang. Lambat betul minah ni ! Aku dah cakap datang on time tapi masih tak nampak batang hidung.

Aku memerhati sekeliling cafe ni. Memang ramai yang pandang-pandang aku macam aku lepas bunuh orang. Ada jugak yang berbisik-bisik.

Aku menghantar pandangan menyampah sebelum menghirup sedikit air tadi. Pelik jugak kenapa mereka asyik pandang. Nak kata sexy, aku tak pernah pulak pakai pakaian tak cukup kain tu dekat public.

Tak lama lepas tu, phone aku mula berbunyi. Cepat-cepat aku angkat.

"Kenapa ? Sesat ?" Tanya aku laju.

"Sesat apa benda ? Kau kat mana ? Dah setengah jam aku cari kau ni. Penat tahu tak ?" Aku menghela nafas. Ya Allah perempuan ni !

"Kau cakap nak jumpa kat Cafe Rara ni kan ? Cepat la datang sini. Dari tadi aku tunggu macam orang bodoh" Aku mencebik geram.

"Oo pastu aku tak macam orang bodoh ? Kesana kesini cari kau. Aku dah ada kat Cafe Rara la ni. Tak jumpa pun kau. Kau salah masuk cafe ke ape ni, Hara ?"

"Ish kau ni ! Aku tak gila lagi salah masuk cafe ! Kau pakai baju warna apa ?" Bentak aku geram. Siap kau kalau aku jumpa kau.

"Putih" Aku memerhati sekeliling. Mata aku dikecilkan ke satu arah. Sejujurnya, dari tadi lagi aku perasan perempuan tu tak duduk diam. Tapi malas pulak nak pergi tegur. Macam mana kalau tu Hani ?

Dengan langkah biasa, aku menuju ke arah perempuan di hujung cafe sana. Sampai sahaja di belakang dia, aku tersenyum kecil.  Mesti Hani ! Dari dulu sampai sekarang, tak berubah sikit pun bau perfume kau !

"Ehem, assalamualaikum" Hani berpaling ke arah aku kalut. Dia mengangkat keningnya seketika.

"Wa- waalaikumussalam"

"Sejak bila kau gagap ni Hani ? Dah hilang akal ke ?" Aku gelak. Terhibur dengan muka Hani yang masih blur mungkin.

"Eh ?" Tangan Hani dicapai sebelum dicubit geram.

"Tu balasan sebab buat aku tunggu lama"

"Kau dah tak ingat aku ke Hani ? Sakit betul bila kawan sendiri lupa" Selesai itu, terus sahaja badan aku ditarik ke dalam pelukan.

"Hara, kau ke ni ?! Ya Allah—" Aku tersengih. Pelukan Hani aku balas. Rindu !

"Dah la orang tengok la. Malu sikit !" Hani tergelak.

"Aku rindu kau la Hara. Macam tak percaya kau dah ada depan aku. Aku ingat aku dah tak boleh jumpa kau lagi" Hani menggoncang bahu Hara kuat.

"Eh lepas la ! Yang kau nak sedih-sedih ni apa hal ? Dah la buat aku tunggu macam orang bodoh"

"Aku nampak je tadi tapi aku aku tak expect pun tu kau. Ye la dah glow up macam ni. Semua orang kat sini pun asyik pandang kau je ! Jujur aku cakap yang kau cantik gila sekarang" Hara tersengih. Suka pulak bila dengar kawan baik sendiri puji.

"Ya aku tahu la dulu aku buruk, hodoh, selekeh and banyak lagi la. Pastu sekarang baru nak puji ? Dah kenapa ?"

"Ala dia ni orang gurau sikit je pun. Sentap sangat ni kenapa ?"

"Ala aku cakap benda betul je" Jawab aku masih tak mahu menang.

Hani pandang sekeliling sebelum mata dia sempat menangkap figura lelaki yang sedang berjalan menuju ke starbucks. Matanya dikecilkan seboleh yang mungkin. Betul ke apa aku nampak ni ?
Tu memang dia kan ? Hara dipandang sekilas.

"Hara, cuba kau pandang sana. Tu bukan ke Fa—"

"Ehem-ehem !" Aku dan Hani memandang serentak.

"Ryan ? Buat apa kat sini ? Kenapa tak cakap nak datang kalau tak boleh gerak sekali" Aku mengukir senyiman manis.

"Ala kalau aku ajak, bukannya kau nak pun" Balas Ryan dengan gelingan geram.

"Eh macam tu pulak"

Hani menepuk lengan aku perlahan sebelum mengangkat kening.

"Oh, ni kawan aku Ryan. And Ryan, ni kawan i Hani. Eh duduk la dulu Ryan. Nanti cakap i tak bagi you duduk pula" Hani sekadar senyum manakala Ryan tetap dengan muka tak ada perasaan. Aku mengetap bibir. Agak-agak la nak buat muka beku dia pun. Depan kawan aku kot !

"Uish sombongnya ! Orang senyum bukan nak balas balik" Ujar Hani perlahan tapi cukup untuk aku dengar dan mungkin sampai juga ke telinga singa tu. Ye lah, kalau aku boleh dengar, takkan Ryan ni tak boleh dengar. Dia duduk sebelah aku je !

"Eh kau dah kenapa ?" Tanya Ryan geram. Macam mana la Hara boleh jumpa perempuan macam ni ! Muka je cantik tapi perangai mengalahkan mak cik bawang.

"Eh tiba-tiba je marah. Awak la kenapa ? Dah la sombong. Lain kali kalau orang senyum, balas balik. Bukan buat muka macam tu. Ingat handsome sangat ke ? Tak langsung okay !" Balas Hani.

"Eh Hara, mana kau jumpa perempuan macam ni ? Semak betul la !"

"Eh sepatutnya saya yang tanya Hara mana dia jumpa lelaki macam awak ni. Sombong !"

"Eh kau ni kan !" Baru sahaja Ryan nak membalas, aku laju memotong.

"Haduh korang dah kenapa ? Boleh tak diam ? Orang pandang la ! Ryan, you dah besarkan ? Agak-agak la sikit !" Celah aku. Kalau tak mencelah, makin menjadi-jadi mereka ni.

"Fine" Jawab Ryan sepatah sebelum dia menghantar jelingan maut kepada aku. Aku tersengih sendiri. Aku pulak mangsanya.

AMORE VELENOSO Where stories live. Discover now