37

2.3K 81 7
                                    

"Kenapa kau heret aku datang sini ? Kau nak tipu aku cakap anak aku dah mati kan. Macam tu ? Hey, aku tak bodoh lagi la nak percaya cakap kau !" Aku terdiam bila dia menengking aku. Sikit pun tak ada rasa hormat ke ? Kubur kut.

"Terserah" Aku meninggalkan dia. Dia nak ikut, ikut. Tak nak sudah. Masalah dia la nak percayakan ke tak.

Perasaan sebak mula hadir. Dah 5 tahun aku tak jejak sini. Kesian anak aku.

Aku melangkah perlahan sebelum berhenti di kubur dia. Air mata bergenang hebat. Dah banyak daun-daun kering jatuh. Aku tersenyum nipis sebelum bercangkung membuang daun-daun kering yang berselerak.

Aku terdengar langkah. Mungkin Faiq ikut aku sampai sini. Aku membiarkan sahaja.

"Anak kau" Aku mengatakan dua perkataan itu perlahan. Perasaan sebak semakin berleluasa. Aku cuba tahan air mata namun tak boleh. aku terduduk di tanah sebelum menangis teresak-esak.

"Kau nak sangat kan jumpa dia. Ni la anak kau. Anak yang kau buang 5 tahun lepas. Anak yang kau maki 5 tahun lepas. Sebab kau juga la dia kat sini" Faiq hanya diam. Matanya tertumpu pada nama yang terletak elok di batu nisan.

Haura Faheesya binti Abdullah

Jujur, aku terkaku.

"Kenapa-"

"Aku pergi dulu" Aku berhenti melangkah bila Faiq memanggil aku.

"Betul ni anak aku ?" Aku hanya mampu mengalirkan air mata.

"Haura Faheesya. Aku rasa kau tak lupa lagi tentang nama tu. Aku pernah tanya kau dulu. Kau cakap kau suka nama tu kan. Haura untuk Hara dan Faheesya untuk Faiq. Walaupun tu semua cuma kata-kata palsu kau, tapi aku tetap letak nama tu sebab aku tahu kau akan cari dia" Selesai itu, aku terus pergi meninggalkan dia disitu.

Faiq masih tak dapat terima semua ni. Ya, dia masih ingat pasal nama tu. Semua yang Hara cakap tadi semua betul. Dia merendahkan badan untuk menyentuh batu nisan anaknya.

"Binti Abdullah" Sebutnya perlahan. Air matanya tewas juga. Terus saja mata dipejam erat. Rasa sakit mencengkam jiwa lelakinya.

"Kejam. Kau memang kejam, Faiq" Dia ketawa hambar. Segalanya musnah. Anak aku dah tak ada.

"Maafkan aku sebab buang kau" Bisiknya perlahan.

"Tolong maafkan aku" Air matanya mula mengalir laju. Kali ni dia tak dapat nak tahan lagi. Teresak-esak dia menangis melepaskan semua kekesalannya.

"Macam mana aku nak tebus balik semua salah aku kalau kau dah tak ada ? Hara benci aku. Hara dah berubah"

"Aku cuma nak jaga kau dengan Hara. Aku nak bahagiakan kau dan Hara tapi aku tak sempat. Maafkan aku. Tolong maafkan aku" Selesai hadiahkan Al-Fatihah, dia terus pergi dari situ.

Kereta dipandu laju tanpa menghiraukan keadaan sekeliling. Air mata disapu kasar. Perasaan bersalah mula memakan dirinya sendiri. Jujur, dia tak mampu nak berdepan dengan Hara. Sebab ego, dia tak mampu nak berbaik dengan Hara.

Bunyi telefon berdering membingitkan suasana.

"Kau nak apa ?!" Rafiq tersentak. Baru je call, terus kena tengking.

"Eh Faiq. Er sorry la ganggu kau. Aku cuma nak cakap sikit dengan kau" Faiq mendengus geram. Kalau kau ada depan aku sekarang, nak je aku belasah kau sepuas hati aku.

"Shit" Carut Faiq geram sebelum mematikan panggilan. Semak. Dengan keadaan yang macam ni, sempat lagi kau call aku eh ?

"Argh !" Stereng kereta dihentak berkali-kali. Semua ni tak dapat puaskan hatinya yang sedang derita sekarang.




Rafiq berjalan ke sana sini. Dia risau. Kenapa dengan Faiq ni ? Dia masih lagi ingat macam mana kepala Faiq berdarah sebab dihantuk.

"Tak. Macam mana kalau dia hantuk kepala dia lagi ? Ish semak la. Kau ni memang suka buat aku risau la Faiq !" Berlari dia mencapai kunci kereta. Nombor Mak Timah ditekan.

"Ya Rafiq ? Ada apa call Mak Timah ni ?"

"Mak Timah, Faiq ada kat rumah tak ?"

"Faiq tak ada. Tadi dia keluar. Bila je dia nak melekat kat-" Terus sahaja Rafia mematikan panggilan. Tak boleh jadi ni. Kalau tak ada kat rumah, dia pergi mana ? Office ? Argh ! Dia dah tak kerja dekat syarikat papa lagi.

Rambut dikusutkan. Risaunya !

"Izz ! Ha, mungkin dia dengan Izz !" Pantas sahaja nombor Izz dihubungi. Cubaan pertama gagal. Kedua pun gagal.

"Apa benda yang susah sangat nak angkat call ni ? Tak payah guna phone la bodoh kalau tak nak angkat ! Ei !"

Rafiq tidak berputus asa. Dia call Izz lagi dan lagi.

"Hm asal ?" Tanya Izz malas.

"Menyampah la sial kau ni. Faiq mana ? Dia ada jumpa kau ?" Sempat Rafiq mengutuk Izz.

"Kau ingat aku suami dia ke ? Sikit-sikit tanya aku. Dia abang kau kot" Balas Izz mengejek.

"Izz aku risau ni. Kau jangan la main-main" Terus sahaja Izz terdiam.

"Faiq buat hal lagi ke ?" Faiq laju mengiyakan.

"Haah Izz, semalam dia hentak kepala dia dekat dinding. Nasib baik aku cepat sampai. Kalau tak, dah masuk hospital dia tu. Dasar tak sayang nyawa"

"Semalam ? Eh semalam Faiq datang majlis adik aku. Aku tengok dia okay je. Ke dia pergi jumpa-"

"Haah, dia jumpa papa dengan mama aku" Pintas Rafiq laju.

"Okay faham. Faiq kat mana sekarang ?"

"Bengap la kau. Kalau aku tahu, aku tak tanya kau la bodoh" Segala carutan dia lemparkan kepada Izz. Sakit kepala betul cakap dengan manusia ni. Tak borak dengan Dani lagi. Lagi berkali-kali bengap jadinya.

"Diam sebelum aku patahkan leher kau. Datang rumah aku. Aku rasa aku tahu Faiq dekat mana" Rafiq membuat muka menyampah. Dia terus mematikan panggilan

AMORE VELENOSO Where stories live. Discover now