"Mummy, kita nak cari barang apa ni?" Tanya Ruby apabila hampir 5 buah kedai sudah dijelajahi, tetapi masih lagi keluar dengan tangan kosong.
"Hm, mummy pun taktahu sebenarnya, hehe." Kata Datin Faridah dengan sengihan. Ruby menepuk dahi.
"Laa, habistu? Kita nak buat apa sekarang?" Tanya Ruby, pelik.
"Apa kata kita pergi cari barang Ruby. Mummy kan tak pernah lagi belanja menantu mummy ni, haa apa kata harini mummy belanja semuanya." Kata Datin Faridah dengan semangat. Secara tidak langsung merencanakan ideanya.
"Ish, Ruby pula yang kena. Taknak la, Ruby mana pandai nak menyopping ni." Kata Ruby segan. 'Gila nak suruh aku shopping, barang apa pun tak tahu. Setakat yang basic tu tahu la.' Kata Ruby dalam hati.
"Haih, tak apa. Ruby ikut je apa yang mummy suruh buat. Harini, seratus peratus Ruby kena ikut cakap mummy."
"Hrm, ye lah." Kata Ruby dalam nada paksa.
Hampir berpuluh buah kedai sudah mereka masuk. Tangan juga penuh dengan beg kertas yang berjenama. Jenuh Ruby ingin memilih. Dahla harga semua cekik darah, mummy pulak keluar duit macam kedai bank je.
"So, apa lagi yang tak cukup?" Tanya Ruby keletihan.
"Erm, handbang dah ada. Make up, baju, dress, hmm. Haa, mummy tahu." Kata Datin Faridah dengan nada ceria.
"Apa?"
"Jom ikut mummy." Kata Datin Faridah lalu menarik tangan Ruby memasuki sebuah kedai.
"Alaaa mummy, By taknak pakai niii." Rengek Ruby.
"No, no. Mummy nak By pilih empat ke lima, make sure tak tinggi tak rendah. Tunjuk dekat mummy dulu apa yang kamu pilih." Arah Datin Faridah.
"Mummy, By tak pandai la pakai heels ni. Kalau jatuh macam mana? Sia-sia je tempah malu." Rengek Ruby memberi alasan.
"Tak pandai boleh belajar kan."
"Alaaaaa, mummy By..."
"Dengar cakap mummy." Kata Datin Faridah dengan nada sengaja dibuat tegas.
"Haih, ye lah." Ruby pasrah menurut sahaja kemahuan ibu mertuanya. Kang digelar 'menantu biadap tak dengar cakap ibu mentua', sia-sia je nanti.
"Semua dah kan mummy? Jom lah makan, By lapar." Sengaja dibuat muka lapar ingin mengelak dari 'menshopping' lagi.
"Dah. Alolololooo sian menantu mummy lapar ya. Jom kita makan." Kata Datin Faridah dengan ketawa kecil.
"Nak makan dekat mana? Tapi kali ni Ruby yang belanja. Mummy tidak dibenarkan untuk mengeluarkan duit sesen pon." Kata Ruby dengan suara yang sengaja dibuat serious.
"Haih, iyalaaa sayang mummy. Jom jom makan, sian lapar eh." Kata Datin Faridah. Baru beberapa langkah mereka berjalan, tiba-tiba telefon Datin Faridah berbunyi.
"Erm, mummy nak angkat call kejap eh." Kata Datin Faridah lalu menjarakkan dirinya dengan Ruby. Ini kerana panggilan itu daripada Haikal. Pasti ingin bertanya tentang rancangan mereka.
"Haa assalamualaikum Kal. Kenapa call?" Tanya Datin Faridah dengan berhati-hati, tidak mahu kantoi oleh Ruby.
"Bukan, masalahnya sekarang kan Ruby dengan mummy. Nanti kantoi sia-sia je lah."
"Iye, dah settle dah semuanya. Kamu jangan risau. Persiapan dekat sana macam mana?"
"Pastikan semuanya nanti berjalan lancar."
"Haih, kejap lagi kitorang balik la. Ni nak pergi makan kejap. Bini kamu lapar dah tu. Kesian dia kena paksa membeli belah dengan mummy, hehehe."
"Haih, ada-ada je lah kamu ni. Bukannya lama pun mummy pinjam, sekejap saja. Itu pun nak rindu."
"Dah-dah, nanti Ruby syak pulak lama-lama mummy call ni."
"Okey, waalaikumusalam."
"Siapa tu mummy?" Tanya Ruby pelik.
"Tak ada siapa pun. Kawan mummy nak ajak keluar lusa ni." Bohong Datin Faridah. Tipu sunat la dikatakan. Ruby hanya meng'oh'kan sahaja.
"Banyak shopping. Borong satu mall ke?" Perli Haikal yang sedang menonton televisyen di dalam bilik. Perli manja gituw.
"Arghhhhhhh penattttttttt!!!" Jerit Ruby menyembamkan mukanya ke tilam.
Haikal tersenyum kecil.
"Penat? Habistu, dah tahu penat kenapa tak ajak mummy balik?" Tanya Haikal, tersenyum melihat bidadarinya di depan mata. 'Penat pon comel, haih.'
"Eee, kalau boleh memang dah lama saya balik. Nak tercabut lutut saya ni. Perempuan kalau shopping, memang habis. Saya ni dahla bukan jenis perempuan dekat luar sana, yang kerjanya shopping je. Mummy tu kalau awak nak tahu, kalau boleh satu mall la angkut. Dahla semua harga cekik darah. Bila saya nak bayar, tak bagi, dilarangnya. Baik beli dekat pasar malam je, elok pon elok, cantik pon cantik, paling penting murah. Tak membazir. Lepastu barang banyak-banyak ni nak suruh siapa pakai? Awak? Haih." Bebel Ruby dengan nada geram.
Haikal ketawa kecil.
"Alololoo sian eh dia penat. Meh sini nak tengok lutut awak yang nak tercabut tu."
"Eee dia ni main-main laa. Orang cakap betul-betul." Kata Ruby, merajuk.
"Dah, merajuk pulak. Sayang, meh sini saya urut kaki awak tu." Kata Haikal lalu menarik kaki Ruby. Ruby hanya merelakan.
"Aku minta maaf. Mummy kalau shopping, memang macamtu. Aku minta maaf sebab mummy, kau penat. Maafkan mummy eh." Kata Haikal dalam nada memujuk.
"Eh, dah kenapa pulak mummy kena minta maaf. Saya salah jugak, sebab saya tak paham kehidupan orang macam awak. Takpe lah, yang penting saya dah balik dah pun." Kata Ruby serba salah.
"Laaa, pulak dah. Kalau macam tu, pergi mandi. Lepastu , siap-siap turun bawah, dinner." Arah Haikal.
"Habistu, barang-barang tu semua macam mana?"
"Macam mana apa?"
"Siapa nak pakai? Saya taknak."
"By, kau pakai la. Tu kan mummy bagi. Takkan awak nak buang pulak? Mummy beli apa?" Tanya Haikal sambil tangannya memunggah isi-isi di dalam beg tersebut.
"Ni okay apa, dress. Lawa pun lawa. Ni, heel. Pakai la dengan dress, mesti lawa macam bidadari. Make up pun sama, kalau kau tak suka, pakai yang orang selalu pakai tu je, nipis simple. Tak payah la pakai yang tebal-tebal." Pujuk Haikal.
"Tapi, saya tak pandai pakai semua tu, hm."
"Takpe, nanti belajar la. Lama-lama kau pandai la tu. Sekarang ni, apa kata sayang pergi mandi. Segarkan badan tu."
"Hm, ye lah ye lah." Ruby menurut kata dari 'suami' nya dengan separuh rela. Haikal hanya tersenyum melihat telatah Ruby.
"Haih, untung la kau Kal, dapat bini yang biasa-biasa. Cantik, comel. Tak macam perempuan dekat luar sana, yang jenis mata duitan. Syukur alhamdulillah." Kata Haikal sendiri dengan senyuman.
"Haa, sampai pun kamu berdua. Ingat taknak turun tadi." Ujar Dato Hamdan. Datin Faridah hanya tersenyum.
"Apa pula macam tu." Kata Haikal seraya mengambil tempat duduk.
"Menantu mummy macam mana? Okey tak?" Tanya Datin Faridah Senyumannya masih melekat di bibir.
"Eh, okay je laa."
"Tadi kat atas mengadu penat." Perli Haikal. Ruby berbuat tidak dengar.
Dato' Hamdan dan Datin Faridah hanya tersenyum melihat anaknya bahagia.
"Dah-dah, makan. Sejuk dah lauk ni."
done :/
YOU ARE READING
Hanya Kau Mrs.Shorty
RomanceRuby Anisah hidup dalam keluarga yang bahagia.Tidak perlu harta serta kemewahan tetapi cukupla baginya keluarga yang bahagia. Haikal Amsyar seorang anak tunggal Dato Hamdan dan Datin faridah.Sikapnya yang panas baran itu ditakuti oleh semua orang ta...