Bab 27

294 8 0
                                        

Sedar tidak sedar, hanya tinggal tiga paper sahaja lagi bagi Haikal manakala dua paper lagi bagi Ruby.

Mereka bertungkus-lumus belajar buat kali terakhir sebelum merdeka.

"Amsyar, esok kau paper apa?" Tanya Ruby mereka sedang menelaah buku.

"Fizik. Kau? "

" Akaun."

Keadaan sunyi sepi kembali kerana masing - masing sibuk dengan buku.

Tiada juga gurau senda, pergaduhan manja seperti selalu kerana kedua-duanya study kali yang terakhir dengan bersungguh-sungguh.

Jam menunjukkan pukul 11 malam. Mereka tidur. Katanya, ketika ingin exam, tidak elok tidur lewat.

"By." Ruby yang baru sahaja ingin melelapkan mata terjaga apabila namanya di panggil oleh Haikal.

"Apa?" Tanya Ruby dalam mata tertutup.

"Tak apa lah, nanti lepas hari last paper aku cakap."

"Cakap lah sekarang."

"Tak nak."

"Suka hati lah kau." Kata Ruby lalu menyambung tidurnya yang terganggu tadi.



Sedar tidak sedar, mereka tamat menduduki SPM. Calon-calon SPM bersorak gembira. Ada yang gembira, ada yang sedih. Sedih mungkin selepas ini mereka tidak dapat bertemu kerana setiap orang  akan membuat haluan masing-masing.

"Alhamdulillah, merdeka juga kita kan! Gembiranya akuuuuu!" Kata Arissa dalam nada gembira tak terkata.

"Itu lah tu. Aku pun syukur. Harap-harap nanti result pon okey la." Kata Ruby sambil melihat ragam rakan-rakannya setingkatan dengannya yang lain.

"Jom pergi dekat diorang!" Kata Arissa lalu menarik tangan Ruby menuju ke tempat di mana Aqish, Maryam, Nuyul, Azwa, Qai, Nisa dan yang lain berada. Arissa hanya menurut sahaja.

"Hye guys! Congrats!" Sapa Arissa diikuti Ruby.

"Eh, hye. Thanks and congrats juga untuk korang!" Balas Qai mewakili yang lain.

"So, lepasni apa plan korang?" Tanya Maryam.

"Aku taktahu la." Kata Azwa.

"Aku nak cari keje part time la dulu dekat tempat akak aku kerja. Kedai roti nanti korang boleh la datang." Kata Qai pula.

"Haa, nuyul kau cakap nak kerja kan? Nak kerja apa? Jadi cikgu tadika ke HAHAHAHA." Usik Maryam.

"Kau, kuasam. Taknak aku jaga budak."

"Nuyul mana boleh jaga budak, habis budak tu dia kerjakan HAHAHAHHAHAHA." Kata Wawa pula di sambut oleh ketawa mereka.

"Haa, apa kata kita makan-makan for the last time. Aku belanja." Kata Aqish.

"Yeayyyyy Aqish belanjaaaaaaa!!! Bukan senang nii hoho!" Kata Wawa sambil membuat tarian shuffle.

"Kau diam sebelum aku tarik balik apa yang aku cakap tadi." Kata Aqish tetapi tidak diambil endah oleh Wawa.

Mereka yang lain hanya ketawa.

"Err, boleh saya nak berjumpa dengan Ruby sekejap?" Airil yang muncul secara tiba-tiba menyampuk. Ruby kelihatan terpinga - pinga.

"Hah? Asal lak?" Tanya Ruby dalam nada tidak suka.

"Pergi lah sekejap fans nak jumpa tuu. Kitorang tunggu kau dekat pagar depan. Bye." Kata Qai dan berlalu pergi meninggalkan Ruby sendirian.

Hanya Kau Mrs.ShortyTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang