Bab 11

328 15 1
                                    

"Nuyul, tolong aku boleh?" Pinta Ruby. Nuyul yang sedang belajar di katilnya menoleh ke arah Ruby.

"Apa?" Tanya Nuyul.

"Nanti cakap dekat Arissa aku outing. Aku cari dia dari tadi, tapi tak jumpa pun." Kata Ruby.

"Ok, noted." Balas Nuyul sambil tersengih. Maklumlah orang lawa selalu senyum.

"One more thing, nak order apa-apa tak? Maryam?" Tanya Ruby kepada Nuyul dan Maryam yang leka baring berada di situ. Memang kebiasaan jika dia outing, dia akan menolong mereka untuk membeli apa-apa.

"Kalau macam tu, aku nak TeaLive boleh ke?" Tanya Maryam sambil tersengih.

"Boleh je. Kau?"

"Sama lah. Thanks, Ruby!" Kata Nuyul.

"No hal. Aku gerak dulu. Bye!" Kata Ruby dan segera berlalu pergi.



"Asal lambat?" Tanya Haikal sambil memandu. Ruby di sebelah dikerling sekilas.

"Weh, nanti before balik aku nak beli TeaLive. Member aku nak." Kata Ruby.

Haikal hanya mengangguk. Suasana dalam kereta senyap. Ruby masih terasa hati dengan Haikal. Setelah menempuh kesesakan lalu lintas selama dua jam, akhirnya mereka sampai juga di destinasi.

"Wait, apahal kita dekat sini?" Tanya Ruby pelik.

"Nanti kahwin kau nak pakai apa? Baju tidur ke? Ke taknak pakai apa-apa. Kalau taknak takpe lah tapi kau boleh tunjuk dekat aku je. Orang lain mana boleh." Usik Haikal tapi dalam nada serius.

"Benda kau merepek ni? Dah tu asal dekat KL jugak. Dekat Seremban pun berlambak butik baju kahwin." Tanya Ruby lagi.

"Mummy tempah dekat butik kawan dia. You know right mummy macam mana excited dia." Balas Haikal lalu dengan segera keluar dari kereta miliknya menuju ke arah butik tersebut. Ruby hanya ikut dari belakang.


"Hye, selamat datang Encik Haikal, cik...?" Kata penyambut tetamu itu dengan mesra.

"Ruby, just call me Ruby." Kata Ruby kepada tetamu itu.

Haikal hanya mengangguk sedikit manakala ruby tersenyum manis.

"Encik nak tengok baju yang Datin Faridah tempah tu kan? Ni dia." Tunjuk pelayan itu dengan mesra.

"Weyh serius ni baju kahwin aku nanti?" Tanya Ruby seakan tidak percaya. Ruby dah mula suka pakai baju kurung tapi takda lah over 😂

"Ye lah. Asal tak suka ke?" Tanya Haikal.

"Weyh, ni dah terlebih suka dah ni. Tak sangka baju aku cantik macam ni. Thank you weyh." Kata Ruby dalam nada teruja sehingga tidak sedar dia memeluk Haikal. Haikal terkaku.

"Ehem, kalau ye pun tunggu kahwin nanti." Tegur Haikal. Haikal cuba membuat muka selamba. Ruby terkejut . Merah pipinya kerana menahan malu.

"Give it to her to try that one." Kata Haikal kepada pelayan itu.

"Cik, come. Follow me." Kata pelayan itu. Ruby cepat mengikut arah yang ditujukan oleh pelayan itu.

'Haih, kenapa lah aku boleh tak perasan yang aku peluk dia tadi! Tempah malu betul lah.' Bebel Ruby dalam hati. Dia menepuk dahi.

"Huh, nasib dapat kawal tadi." Kata Haikal sendirian.


"Weyh Kal, dah. Okey tak? Ke nampak ketat sangat?" Tanya Ruby meminta pendapat. Haikal yang sibuk bermain telefonnya segera melihat Ruby. Sungguh lain dari yang lain.

Hanya Kau Mrs.ShortyWhere stories live. Discover now