Bab 38

387 10 0
                                    

Pagi itu Haikal sedang bersiap-siap untuk ke pejabat. Tiba-tiba...

Sebuah tangan kecil melilit pinggangnya dari belakang. Dia tersenyum melihat gerangan itu dari pembiasan cermin.

"Sayang, kenapa ni?"

"Abang, kalau abang tak pergi kerja boleh tak?"

"Mana boleh macam tu sayang. Aku kena pergi kerja lah, banyak kerja tertangguh dekat office tu. Projek pun banyak masuk."

"Alaaaaaa hari ni je. Boleh laaaa." Pujuk Ruby. 

Haikal melepaskan rangkulan itu dan berpusing menghadap Ruby untuk menatap wajah pucat itu.

"Harini tak boleh la sayang. Aku ada meeting penting ni." 

"Ermm, abang tak sayang sayang dah. Nanti sayang rindu abang macam mana." Kata Ruby sayu. 

"Bukan macam tu lah sayang. Kenapa isteri abang manja sangat ni kebelakangan hrmm?"

"Kalau macam tu, sayang nak ikut abang pergi office boleh kan?" Pinta Ruby dengan wajah mengharap.

"Kalau sayang pergi, sayang nak buat apa? Nanti penat lah, sayang kan tak sihat. Nanti muntah dekat sana macam mana?"

"Sebenarnya awak tak nak bagi saya ikut kan sebab tu banyak alasan awak bagi. Awak ada orang baru kan dekat sana. Awak dah tak sayang saya sebab saya selalu menyusahkan awak. Saya selalu..."

"Heyyy sayang, apa ni. Kenapa cakap macam tu? Sayang nak ikut kan?"

Ruby mengangguk.

"Kalau nak ikut, stop menangis. Then, pergi bersiap." Pujuk Haikal lembut.

"Betul ni?"

"Iya sayang. Cepat, nanti kita lambat. Aku ada meeting."

"Yeayyyy thank youuu. Awak tunggu kejap saya nak ambil beg." Kata Ruby dengan gembira.

Haikal hanya menggeleng sambil tersenyum. Nak memujuk pun dah ambil masa, haih nasib sayang. Pandai-pandai lah menjawab dengan daddy nanti sebab bawa Ruby ke pejabat. Lagi pula, dia risaukan kesihatan Ruby yang tidak menentu sejak kebelakangan ni.

Di office

Haikal masuk ke dalam bangunan syarikat itu. Semua pekerja memandang ke arahnya pelik tetapi tidak berani ingin bersuara. Haikal melangkah memasuki ke ruabg biliknya yang terletak di tingkat 25.

"Yow bro." Sapa Isqandar apabila memasuki bilik Haikal.

"Yow."

"Eh Ruby, kau pun ada dekat sini?" Ruby hanya mengangguk lalu merebahkan tubuhnya di sofa. Kepalanya kian berdenyut.

"Bro, asal sampai ke sini bini kau?" Tanya Isqandar dalam nada berbisik tidak mahu Ruby mendengar.

"Dia nak ikut tadi sampai menangis-nangis. Puas aku pujuk tapi tak jalan. Lagipun, aku risau lah dengan kesihatan dia sejak kebelakangan ni." Jawab Haikal sambil tangannya sibuk menanda tangani dokumen yang ingin di bawa ke meeting sebentar lagi.

"Oooo. Itu lah tu, aku tengok muka dia pucat semacam je."

Lama mereka mendiamkan diri.

Tap! 

Isqandar memetik jari.

"Kau asal?"

"Bro, kau tak rasa ke apa yang aku rasa?" Tanya Isqandar dengan mata bersinar.

"Apa?" Tanya Haikal malas.

"Berdasarkan apa yang kau selalu cerita dekat aku pasal Ruby, dia selalu muntah lepastu mengadu sakit kepala lepastu suka minta macam macam, cepat lapar kan. Berdasarkan teori aku, Ruby mengandung." Kata-kata Isqandar membuatkan pergerakan tangan Haikal terhenti.

Hanya Kau Mrs.ShortyWhere stories live. Discover now