Bab 28

287 9 0
                                    

"By, dalam bathrobe tu ada baju mummy beli untuk pakai malam ni."

"Ouh, okey." Kata Ruby lalu menuju ke tempat yang di maksudkan.

"Weh, serius la ni baju aku nak pakai kejap lagi?" Tanya Ruby seakan tidak percaya.

"Haah. Asal?"

"Eyy, seksi sangat la. Tak nak lah." Kata Ruby sambil meletakkan semula ke dalam almari lalu berjalan menuju ke katil.

'Erk? Apa yang seksinya ?' Tanya Haikal dalam hati.

Haikal yang berada di meja solek berjalan lalu duduk di sisi Ruby.

"Seksi?" Tanya Haikal sambil mengangkat kening.

"Yeee. Tak nak lah pakai."

"Apa yang seksi? Aku tengok okey je." Tanya Haikal, pelik.

"Cutting."

"Tak lah. Okey je."

"Tak nakkk." Rengek Ruby.

"Kau tak kesian ke dekat mummy?"

"Eee tapi seksiiii." Kata Ruby dengan wajah cembeng.

"Haih, mana baju tu aku tengok." Tanya Haikal.

"Tu." Balas Ruby dengan memuncungkan mulutnya.

"Ni? Seksi?" Tanya Haikal pelik. Dia tengok okey sahaja dress tu. Apa yang seksi?

"Tak nak pakaiiiii." Rengek Ruby.

"Ya Allah budak ni, pelik pelik lah." Kata Haikal lalu menuju ke bathrobe semula ingin mengambil sesuatu.

"Nah, pakai dengan ni. Tak nampak dah seksi tu." Kata Haikal sambil menghulurkan kot miliknya.

"Tak nak lah."

"Ruby Anisah."

"Hish, ye lah ye lah." Kata Ruby dengan lalu menyambut huluran Haikal sambil menghentak hentak kaki menuju ke toilet untuk menukar baju.

"Haih, pelik pelik lah."

================================

"Nanti lepas ni kamu berdua stay dengan kami ke? " Tanya Datin Faridah sedang mereka makan dessert.

"Eh, mummy macam halau kitorang je." Usik Haikal.

"Tak ada lah. Mummy harap kamu berdua duduk la dengan kami. Nanti tak ada lah mummy bosan dekat rumah."

"Laa, mummy boleh keluar dengan kawan kawan mummy kan? Isi masa kosong bersama rakan rakan anda." Kata Haikal. Ruby di sebelah hanya mendiamkan diri sahaja.

"Rumah Kal siapa nak duduk kalau bukan kami?" Kata Haikal pula memujuk Datin Faridah.

"Hah, kita nak pindah mana?" Tanya Ruby yang terkejut.

"Rumah saya." Kata Haikal.

"Bila masa Haikal ada rumah mummy?" Tanya Ruby musykil.

"Haikal memang ada rumah dekat Shah Alam, tapi tak ada orang duduk sebab katanya dia nak duduk lepas kahwin." Beritahu Datin Faridah.

"Jauhnya Shah Alam."

"Saja beli rumah dekat situ." Kata Haikal pula. Ruby hanya mengangguk.

Mereka berbual mesra bagai satu keluarga yang bahagia.


"By, okey tak?" Tanya Haikal apabila perasan Ruby yang tidak banyak bercakap.

"Err, okey lah. Erm, lambat lagi ke nak balik?" Tanya Ruby. Rasa bersalah pula tanya begitu tetapi perutnya yang sakit tidak dapat di tahan.

Hanya Kau Mrs.ShortyWhere stories live. Discover now