"Adik, okey tak ni?" Tanya Puan Liza yang berada di sebelah tempat memandu.
"Adik okey je la." Jawab Ruby sepatah. 'Ye la gila tak sedih keluar asrama tanpa rela. Dah la aku suka duduk asrama, astu kena keluar sebab 'kahwin'. Huh redho je la.' Bebel Ruby dalam hati.
"Adik nanti seminggu sebelum majlis berlangsung, adik kena pergi spa semua tu. Mama pun tak berapa pasti nanti Datin yang bawak adik. Adik follow je okey." Kata Puan Liza.
"Okey. Mama, nanti saudara kita yang jauh pun datang juga ke?" Tanya Ruby.
"Mama ajak juga tapi yang mana tak dapat datang tu tak apa la. Kawan-kawan mama pun ajak beberapa orang je. Ye lah adik kan sekolah lagi. Sebabtu mama tak nak ajak ramai-ramai. Datin pun sama juga. Kita buat yang wajib je." Jelas Puan Liza lagi.
Ruby hanya meng'oh'kan sahaja. Encik Kamal yang sedang memandu hanya mendiamkan diri fokus terhadap pemanduannya.
Ruby sekolah seperti biasa. Sejak jadi budak outsider, dia sering datang awal. Kebiasaannya pada malam minggu Ruby akan tidur lewat.
"Ya Allah Ruby Anisah. Bangun lah sekarang dah pukul berapa ni. Nanti lambat sampai sekolah la. Itu lah semalam mama dah pesan jangan tidur lewat." Bebel Puan Liza apabila dia mendapati anaknya Masih enak di atas katil.
"Iye mama. Dah pukul berapa ni, ma?" Tanya Ruby dalam keadaan mamai.
"Dah pukul 7:10 minit dah. Nanti jalan jem lagi la anak bertuah oii." Kata Puan Liza dengan suara lantang.
"Apa? Mama kenapa tak kejut adik awal-awal. Huarghhhh adik dah lambat." Kata Ruby dan dengan segera dia masuk ke dalam bilik air dan segera menyiapkan diri.
'Sudah memang lambat aku masuk kelas harini. Lewat 15 minit kut. Aduuu habislah.' Bebel Ruby dalam hati. Tanpa tidak sengaja, dia terlanggar seorang lelaki.
"Auchhh, sakitlah. Hish kau aku dah lambat la." Marah Ruby kepada lelaki itu.
"Hello, kau yang langgar aku. Minta maaf sekarang." Kata lelaki itu.
"Haih nanti lah." Kata Ruby dan dengan segera dia melangkah pergi.
"Wait nak tanya, kelas tingkatan 5 dekat mana?" Tanya lelaki itu.
"Kau budak baru ke?" Lelaki itu hanya mengangguk.
"Pandai-pandai lah kau cari." Kata Ruby lalu bergerak pergi.
"Wow, sombong eh but amazing." Kata lelaki itu sendirian tersenyum sinis.
"Okey kelas, kita mulakan dari..." Belum sempat Cikgu Najwa menghabiskan kata-katanya, pintu kelas diketuk. Muncullah wajah seorang lelaki. Seisi kelas senyap.
"Oh mari sini masuk." Lelaki itu menurut.
"Okey semua, ini murid baru kelas kamu. Saya, Cikgu Najwa selaku guru kelas kamu. Saya mengajar subjek Kimia. Kamu boleh perkenalkan diri." Kata Cikgu Najwa panjang lebar.
"Ehem, saya Airil. Saya harap semua dapat bantu saya kerana saya masih lagi tidak tahu selok-belok sekolah ini. Terima kasih." Kata Airil lalu tersenyum sinis kepada Ruby. Ruby seakan tidak percaya dia sekelas dengan lelaki itu.
"Okey kamu boleh duduk sebelah sana yang kosong itu." Kata Cikgu Najwa dan terus menyambung semula pembelajarannya Yang tergendala sebentar tadi.
Ruby hanya berbuat seperti tiada apa-apa.
![](https://img.wattpad.com/cover/227178347-288-k103210.jpg)
YOU ARE READING
Hanya Kau Mrs.Shorty
Roman d'amourRuby Anisah hidup dalam keluarga yang bahagia.Tidak perlu harta serta kemewahan tetapi cukupla baginya keluarga yang bahagia. Haikal Amsyar seorang anak tunggal Dato Hamdan dan Datin faridah.Sikapnya yang panas baran itu ditakuti oleh semua orang ta...