Bab 42

494 6 0
                                    

Ruby ditahan di wad oleh kerana kekurangan air di dalam badannya.

"Doctor ada cara tak atau ubat untuk kurangkan loya dan muntah isteri saya?" Tanya Haikal lagi melihat Ruby yang sedang tertidur akibat kepenatan.

"Isteri kamu kena makan dalam kuantiti yang sedikit tetapi kerap. Jangan bagi perut puan kosong. Kalau tak, loya dan muntah puan makin teruk. Kalau boleh elakkan makan makanan pedas, berlemak atau bergoreng. Banyakkan rehat dan minum air kosong secukupnya. Nanti saya bagi pil multivitamin untuk kurangkan rasa loya." Terang panjang lebar doctor yang bernama Uqashah.

"Alright doctor. Thanks."

"Kalau macam tu, saya minta diri dulu." Haikal hanya mengangguk lalu menuju ke katil Ruby.

Wajah tidak bermaya itu dipandang kasihan. Seketika kemudian, telefon bimbit milik Haikal berdering.

"Hello assalamualaikum."

"Haah mama. Kena tahan wad sehari dua sebab air dalam badan kurang."

"Iya mama. Tak apa, Kal tak kisah."

"Okay mama. Kirim salam dekat papa sekali."

"Waalaikumusalam warahmatullah."


Beberapa minit kemudian, wajah mummy dan daddynya pula muncul.

"Kal, macam mana dengan menantu mama?"

"Dia okay mummy. Cuma tu lah, kena tahan wad dalam dua hari sebab air dalam badan kurang. Tu boleh pengsan tadi."

"Haih. Nanti kamu bincang la dengan isteri kamu tu, buat masa ni biar kamu berdua duduk dengan kami. Senang sikit kalau ada apa-apa sementara morning sickness dia teruk. Nanti dah lama sikit, dah reda baru la duduk balik rumah kamu tu." Pujuk Datin Faridah. Dato Hamdan di sebelahnya pula mengangguk tanda setuju.

"Emm, okay lah. Nanti Kal bincang dengan Ruby. Eh, bukan ke daddy ada meeting dengan Dato Nassir ke?"

"Ada tapi daddy tangguh." Haikal hanya mengangguk.

"Okay lah Kal, kami balik dulu. Nak bagi ruang dekat kamu berdua. Nanti kalau ada apa apa, bagitahu lah kami ye."

"Okay mummy, daddy."

Ruby tersedar. Cahaya yang memasuki retina matanya membuatkan dia silau. Dikerling di sebelah, terlihat Haikal sedang tidur di sisinya, kepala dilekapkan ke katil hospital itu sambil tangan tidak lepas memegang tangan Ruby. (faham faham je la nyah, sis taktahu macam mana nak explain)  Ruby tersenyum. Tangannya bermain lembut rambut Haikal.

"Eh, sayang dah bangun?" Tanya Haikal dengan suara seraknya. Ruby mengangguk sambil tersenyum.

"Nak apa apa tak?" Ruby hanya menggeleng.

"Awak, saya minta maaf sebab susahkan awak."

"Hey baby girl, why do you need to apologize cuz you did not make a mistake?" Tanya Haikal lembut.

"Tapi saya nak minta maaf juga."

"Iya iya. Stop crying honey. Bukan salah awak pun. And, saya dah buat keputusan untuk pindah rumah mummy daddy untuk sementara waktu. Nanti kalau ada apa apa berlaku senang. Ada yang boleh tengokkan."

"Saya ikut je apa yang terbaik. Tapi, macam mana hubby boleh balik awal?"

"Aku tak sedap hati tadi masa meeting, lepastu daddy bagi keizinan untuk balik. Bila aku sampai rumah ingatkan kau tengah tidur tapi rupa rupanya pengsan." Ujar Haikal panjang lebar. Ruby pula hanya mengangguk.

"Hubby, nak tanya satu benda boleh?"

"Ye sayang, apa dia?"

"Kenapa hubby gelarkan diri hubby 'aku' tapi kadang kadang abang. Lepastu panggil 'kau' tapi kadang kadang sayang lah apa la. Hubby tak ada pendirian tetap eh?"

Hanya Kau Mrs.ShortyWhere stories live. Discover now