"Kal, a..aku tak.. reti berenang..." Kata Ruby yang hampir lemas itu.
Haikal yang baru teringat akan perkara itu dengan segera terjun ke dalam air.
"By, sorry aku lupa. By tahan sikit." Kata Haikal dengan cemas. Selepas meletakkan Ruby di tepi kolam, Ruby menangis teresak-esak.
"Aku benci kau. Aku tak nak, tak nak laaa. Kau tak sayang aku. Kau nak aku mati." Kata Ruby dalam tangisan sambil memukul dada milik Haikal.
"By, sorry aku tak sengaja. Please jangan menangis macam ni. Aku tahu aku salah." Kata Haikal lalu membawa Ruby ke dalam pelukannya. Ruby menangis di dalam dada sasa milik Haikal. Haikal tidak putus-putus meminta maaf.
"By, kenapa senyap ni? Okey tak?" Tanya Haikal pelik apabila tangisan Ruby tidak kedengaran lagi.
"Ya Allah Ruby! Macam mana ni?" Terkejut di buatnya apabila Ruby tiba-tiba pengsan dalam pelukannya. Dengan segera dia mencempung Ruby ke dalam bilik dan segera menelefon doktor peribadinya.
"Doktor, macam mana dengan wife saya?" Tanya Haikal cemas selepas doktor Tina keluar dari biliknya.
"Oh Ruby tak apa-apa. Dia terkejut lagi satu dia lemah semangat. Jangan abaikan dia. Dia senang nak jatuh sakit sebab antibodi lemah. Saya harap kamu dapat jaga Ruby elok-elok. Wait, Haikal cakap Ruby tu wife Kal?" Tanya doktor Tina pelik.
"Haah, mummy dengan daddy yang aturkan kitorang. Kal harap doktor jaga rahsia ni. Thanks doktor." Kata Haikal.
"Okey jangan risau. Pastikan jaga Ruby elok-elok. Saya pergi dulu." Pamit doktor Tina dengan segera.
Haikal melihat Ruby sedang enak diulit mimpi.
"By, aku minta maaf. Aku nak bergurau je tapi tak tahu pula macam ni yang jadi. Kesian kau. Aku akan jaga kau lebih dari nyawa aku." Kata Haikal sambil mengelus lembut rambut Ruby. Kemudian, dia berlalu keluar dari bilik menuju ke ruang tamu di mana mummy dan daddynya berada di situ.
"Haa, Kal. Apa jadi ni? Mummy dengan daddy baru keluar sekejap, dah lemas dah menantu mummy tu. Kamu dah lupa ke kes dia jatuh tasik tu? Dia tak pandai berenang kan? Kenapa kamu paksa dia mandi dekat swimming pool tu?" Marah Datin Faridah.
Mana tak marahnya semasa perjumpaan dengan rakannya petang tadi, Haikal menelefonnya beritahu bahawa Ruby pengsan sebab jatuh kolam. Sebelum ni tasik, ni kolam pula.
"Mummy, daddy, Kal minta maaf. Kal tak sengaja. Kal ingat Kal nak gurau dengan Ruby. Tak sangka pula benda ni yang jadi." Kata Haikal, kesal dengan perbuatannya.
"Ni kalau mak mentua kamu tahu pasal ni, mummy tak boleh tolong. Diorang dah amanahkan dekat kamu untuk jaga anak diorang. Kamu kena ingat tu." Kata Dato Hamdan pula.
"Hm, Kal akan cuba yang terbaik. Lagi pun Kal kan still sekolah lagi."
"Bagus. Mummy harap Kal dapat sesuaikan diri. Pergi jaga Ruby. Ruby kalau sakit manja dia lain macam. Hadap la kamu siapa suruh cari pasal." Kata Datin Faridah lalu meninggalkan ruang tamu untuk masuk ke bilik.
"Daddy, Kal masuk bilik dulu. Assalamualaikum." Pinta Haikal.
"Waalaikumusalam. Ingat pesan tu." Kata Dato Hamdan. Haikal hanya mengangguk.
Haikal masuk ke dalam bilik lalu dengan segera menunaikan solat fardhu Isyak. Selepas itu, dia ke meja belajar untuk mengulangkaji tapi sebenarnya fikirannya tertumpu kepada Ruby yang nyenyak tidur.
"Haih sekarang dah bulan 5. So, tinggal 5 bulan je lagi nak SPM. Hm." Gumam Haikal sendirian. Dua jam di habiskan di meja belajar bagi mengulangkaji pelajaran.
YOU ARE READING
Hanya Kau Mrs.Shorty
RomanceRuby Anisah hidup dalam keluarga yang bahagia.Tidak perlu harta serta kemewahan tetapi cukupla baginya keluarga yang bahagia. Haikal Amsyar seorang anak tunggal Dato Hamdan dan Datin faridah.Sikapnya yang panas baran itu ditakuti oleh semua orang ta...