"Kal, Ruby, esok sekolah kan?" Tanya Datin Faridah semasa makan malam.
"Haah. Kenapa mummy?" Tanya Haikal pula.
"Korang okey ke? Ada apa-apa masalah?" Tanya Datin Faridah lagi.
"Masalah? Kal tak ada. Ruby ni laa ada masalah nak pergi sekolah esok." Kata Haikal.
"Hah? Masalah apa pula kau ni? Aku okey je la." Kata Ruby tanpa di sedari. Haikal segera pijak kaki Ruby perlahan.
"Sayang, inai dekat tangan sayang macam mana? Sayang cakap dekat abang, sayang malu ada inai dekat tangan ni." Kata Haikal lagi dan menekankan perkataan 'sayang'.
"Ah, haa betul tu. Ha, betul la tu." Kata Ruby sambil menahan sakit kakinya.
"Oh, pasal inai tu ke. Kenapa tak cakap awal-awal. Nanti lepas ni mummy tolong ye. Tapi kena rendam dengan air garam la. Ruby okey tak?" Tanya Datin Faridah.
"Ruby okey je." Kata Ruby lalu mereka dengan segera menghabiskan makanan masing-masing.
*****
"Mummy daddy kitorang pergi sekolah dulu." Salam Haikal diikuti Ruby.
"Okey take care. Kal, jaga Ruby elok-elok." Pesan Datin Faridah.
"Okey mummy."
"Weyh, Kal serius la kita nak keluar sama-sama? Nanti kalau orang curiga macam mana." Tanya Ruby risau.
"Habis tu macam mana? Kita dah lambat ni. Next time kita kena datang awal lah kalau macam tu. Sekarang, kita buat macam tak ada apa-apa je. Kalau orang tanya, kau tak payah jawab. Kau blah je." Kata Haikal sambil mengemas rambutnya di depan cermin.
"Hish, dah-dah la tu betulkan rambut. Hensem-hensem nak ngorat siapa? Emmy." Perli Ruby.
"Eh, sorry sikit eh. Haikal Amsyar memang selalu smart apa. Kau tu je yang selekeh werk HAHAHAHAH."
"Kau, aku punya lawa kau cakap aku selekeh? Kau tunggu kau. Dah la, borak dekat sini dengan kau sampai bila-bila tak habis." Kata Ruby sambil membuka pintu. Tapi malangnya, Haikal tidak membuka lock.
"Kal, bukak lah. Kita dah lambat nih." Marah Ruby.
"Aik, kenapa?" Tanya Ruby pelik apabila Haikal menghulurkan tangannya.
"Wife solehah, tak nak salam tangan husband ke?" Tanya Haikal seakan perli.
"Haih, ye la ye la." Ruby hanya menurut dengan muka separuh rela separuh tak.
"Dah, bukak la cepat." Geram dibuatnya apabila Haikal masih tidak ingin membuka pintu.
"Sabar lah kejap. Ni, ambik duit belanja." Kata Haikal sambil menghulurkan tiga keping not sepuluh ringgit.
"Banyak giler. Kau pikir kantin sekolah tu cafe ke? Dah la tak payah, aku ada duit simpanan lagi."
"Wife..." Panggil Haikal. Sengaja dia meleretkan panggilan itu.
"Haih, suka hati kau lah. Cepat bukak pintu ni." Arah Ruby setelah duit itu selamat di dalam kocek bajunya.
Ruby keluar dari kereta dahulu baru di susuli oleh Haikal bagi mengelakkan curiga dari warga Sheamad. Budak Sheamad bukan boleh kira, laju macam wifi.
Waktu rehat hanya tinggal beberapa minit sahaja lagi sebelum waktu tamat.
"Beb, kau macam mana sekarang?" Tanya Arissa sambil berjalan menuju ke kelas. Mereka baru sahaja menghantar buku di pinjaman di perpustakaan sekolah tadi.
YOU ARE READING
Hanya Kau Mrs.Shorty
RomanceRuby Anisah hidup dalam keluarga yang bahagia.Tidak perlu harta serta kemewahan tetapi cukupla baginya keluarga yang bahagia. Haikal Amsyar seorang anak tunggal Dato Hamdan dan Datin faridah.Sikapnya yang panas baran itu ditakuti oleh semua orang ta...