Petang itu mereka menghabiskan masa bersama di rumah.
"Kal, kau dah betul-betul sihat ke?" Tanya Ruby memandang Haikal yang sedang leka menonton movie di ruang tamu.
"Kau nampak aku sakit ke?" Soalan dari Rubu di jawab semula dengan soalan.
"Ada, sikit."
"Aku dah okey lah. Tadi kan dah joging, dah keluar peluh apa semua, sihat dah." Kata Haikal dengan yakin.
Suasana sunyi semula apabila mereka berdua fokus menonton movie yang tertera di televisyen.
"By, sini sekejap." Panggil Haikal.
"Kenapa? Aku dekat sini juga kan." Tanya Ruby pelik. Jarak mereka berdua tidak lah jauh sangat. Kira-kira boleh muat seorang juga di antara mereka.
"Sini sekejap. Duduk rapat-rapat dengan aku." Pinta Haikal. Ruby hanya menurut.
"Haa, nak apa. Aku busy la." Kata Ruby. Dia masih leka dengan telefon bimbitnya di tangan.
"Hish, pandang aku tak payah main telefon." Kata Haikal dalam nada tegas lalu merampas telefon bimbit milik Ruby.
"Tak payah nak buat muka sangat. Penting sangat ke telefon tu dari aku?" Tanya Haikal dengan riak muka yang serious.
"Haah, penting sebab kau tak boleh buat aku happy. Tapi, dekat telefon tu boleh buat aku gelak-gelak. So, aku bahagia." Kata Ruby, sengaja ingin menyakitkan hati Haikal.
Haikal prov
"Tak payah nak buat muka sangat. Penting sangat ke telefon tu dari aku?" Tanya ku dengan riak muka yang serious.
"Haah, penting sebab kau tak boleh buat aku happy. Tapi, dekat telefon tu boleh buat aku gelak-gelak. So, aku bahagia."
Kata-kata Ruby itu membuatkan aku sentap.
'Betul ke selama ni dia tak bahagia dengan aku?' Tanya ku dalam hati.
"K fine!" Kata ku lalu bangun menaiki tangga menuju ke bilik.
"Kal, kau nak pergi mana tu? Tadi kau nak cakap apa? Amsyarrr!!!" Panggilan Ruby tidak ku sahut.
Ruby prov
"Aik, dia terasa ke dengan aku? Aku main-main je, saja nak gurau dengan dia." Gumam Ruby sendirian. Panggilannya juga tidak di sahut oleh Haikal.
Ruby melangkah masuk ke bilik. Ketika itu, Haikal sedang bersiap-siap ingin keluar.
"Eh, kau nak pergi mana?"
"Keluar." Jawab Haikal sepatah lalu keluar dari bilik itu.
"Dia marah aku ke?" Tanya Ruby kepada dirinya sendiri. Dia mengeluh lalu menuju ke meja belajar untuk membuat sedikit ulangkaji.
Haikal keluar kerana ingin memujuk dirinya agar bersabar dengan kelakuan Ruby. Alang-alang pada petang itu mereka mempunyai latihan bola keranjang, Haikal turut serta.
*****
"Yo, kau asal cam tak ada semangat je nak main nih?" Tegur Ariq.
"Aku okey je lah. Asal?"
"Tak ada la. Saja tanya. Muka macam gaduh dengan bini je." Usik Ariq lagi. Yang lain hanya memerhati.
Haikal mencampak bola itu dengan kuat lalu keluar dari gelanggang. Mereka semua terkaku.
"Kau asal cakap macam tu? Tengok tak pasal-pasal dia naik angin." Tegur Farhan lalu berlalu pergi meninggalkan Ariq yang terpinga-pinga.
YOU ARE READING
Hanya Kau Mrs.Shorty
RomanceRuby Anisah hidup dalam keluarga yang bahagia.Tidak perlu harta serta kemewahan tetapi cukupla baginya keluarga yang bahagia. Haikal Amsyar seorang anak tunggal Dato Hamdan dan Datin faridah.Sikapnya yang panas baran itu ditakuti oleh semua orang ta...