Bab 36

304 9 0
                                    

"By."

"Hm. Apa?" Tanya Ruby yang sedang kusyuk menikmati makanannya itu.

"Tu bukan Haikal ke? Dia buat apa dekat sini dengan.. siapa tu?"

Ruby yang mendengar nama Haikal terus mengangkat kepalanya dan memandang tempat yang dipandang oleh Arissa.

'Abang buat apa dengan Jasmine? Tadi abang cakap abang busy, kenapa boleh pula keluar dengan Jasmine. Kawan apa sampai Jasmine peluk tangan abang.' Tanya hati luluh Ruby. Matanya yang mula berair itu ditahan agar tidak jatuh.

"By, kauuu okay?" Tanya Arissa risau. Rasa sebersalah apabila memberitahu keberadaan Haikal.

"Aku nak balik." Kata Ruby sambil mengemas barangnya.

"Tapi, makanan kau..."

"Tak ada selera. Sorry, nanti kita jumpa lagi. Bye." Kata Ruby dengan segera meninggalkan tempat itu.


Ruby memandu kereta dengan perasaan yang sedih, sakit, semuanya ada.

"Apa ni abanggg? Abang tipu sayang. Kenapa abang keluar dengan perempuan tu? Abang cakap abang benci dia kan? Argghhhhhh!" Tangis Ruby sekuat hati.

Sampai sahaja di rumah, Ruby merebahkan diri di katilnya. Penat dia menangis. Kepalanya mula berdenyut denyut akibat lama menangis. Akhirnya matanya tertutup sendiri akibat kepenatan.

Ruby tersedar hampir senja akibat berasa tidak selesa di tekaknya. Seboleh mungkin, dia menahan desakan di dalam perutnya yang minta dimuntahkan.

Ruby segera bangun dan melangkah laju ke bilik air. Isi perutnya seperti mahu keluar sekarang juga.

Haikal yang baru pulang kerja itu pelik. Dia tidak nampak Ruby.

"Mana dia? Selalunya dia tunggu aku, sambut aku balik dari kerja. Ni, tidak." Tanya Haikal pada diri sendiri, pelik.

Dia mengambil keputusan untuk melangkah ke kamar. Dia berfikiran Ruby sedang tidur tapi malangnya tiada di katil.

Kemudian, dia terdengar suara Ruby dari arah bilik air. Matanya melebar terkejut melihat Ruby sedang membongkok di sinki dengan tangan menutup mulutnya.

Huek... huek...

Wajah Ruby kelihatan pucat. Dengan cemas dia menghampirinya.

"Sayang, kenapa ni? Okay tak?" Haikal dengan lembut memegang dan mengumpulkan rambut untuk memudahkan isterinya itu mengeluarkan isi perutnya. Dia juga memicit tengkuk Ruby pelan.

Ruby tidak menjawab. Dia hanya mampu menggeleng sahaja. Kini dia sedang sibuk ingin mengeluarkan isi perutnya tetapi tidak keluar.

Ruby menangis. Penat. Tenaganya sudah hilang.

Setelah puas, Ruby terduduk lemah. Haikal yang ternampak Ruby sudah tidak muntah mengangkat Ruby membawa ke katil.

"Ya Allah sayang, kenapa ni? Sayang tak makan ke harini? Ke salah makan?" Tanya Haikal risau.

Ruby hanya mendiamkan diri. Dia masih marah kecewa dengan Haikal tetapi dia tidak berdaya ingin meluahkan semua itu.

Haikal yang ternampak Ruby hanya mendiamkan diri itu runsing.

"Kejap, abang call doktor suruh datang." Kata Haikal berura ura ingin mendail nombor seseorang tapi di halang oleh Ruby.

"Haikal, taknak. Tak nak jumpa doktor."

"Tapi sayang tak..."

"Please abang." Pinta Ruby seakan wajah merayu.

"Okay okay. Tapi sayang kena makan. Tunggu sini sekejap, abang masakkan sayang bubur."

Hanya Kau Mrs.ShortyWhere stories live. Discover now