"Wife ! I'm home !!" Kata Haikal dengan nada riang ketika melangkah masuk.
"Eh hubby. Sorry sayang dekat dapur tadi tak perasan hubby balik."
"Sayang ni, kejap husband kejap hubby kejap abang. Lepas ni apa pula?" Ujar Haikal dengan muka cemberut. Merajuk la konon, maleh den layan.
"Biar laaa, kan sweet je macam tu hehe."
"Apa-apa je lah. Ni, sayang masak apa sedap je bau."
"Buat kari ayam je. Tak larat nak masak banyak." Kata Ruby sambil mencicip merasai kari yang dibuatnya.
"Pagi tadi muntah teruk ke? Kan aku dah pesan, kalau tak larat rehat sahaja jangan buat kerja." Tanya Haikal seraya memeluk pinggang ramping milik isterinya itu dari belakang lalu diletakkan dagunya ke atas bahu Ruby.
"Macam biasa lah hubby. Lagi pun ni sikit je, dah siap pun. Jom makan."
"Hubbyyy lepas laaa tangan ni, macam mana sayang nak hidang, nanti hubby masuk office lambat laa."
"Hmm i missed your smell." Haikal membenamkan mukanya di leher Ruby.
"Apa nak miss miss nya, tiap-tiap malam dapat jugak. Mengada je lebih. Dah, jom makan."
"Kau ni asyik membebel je sejak mengandung ni. Harap harap nanti anak aku tak ikut macam kau, membebel."
"Eee suka hati saya lah." Ujar Ruby lalu membuat muncung itik.
"Muncung laa lagi panjang, aku gunting nanti baru tahu."
"Tak kelakar."
"Aik, bila masa aku gelak?"
"Tadi. Author tak bagitahu readers."
"Hebat betul isteri aku ni, itu pun tahu eh. Dah jom-jom makan."
"Lepas aku pergi office ni, rest. Kalau bosan, ajak Arissa datang teman. JANGAN nak buat kerja eh. Aku tahu, siap sayang." Pesan Haikal ketika dia sedang menyarung kasut di muka pintu.
"Siap nak pergi mana?"
"Honeymoon."
"Yeayyy dapat pergi jalan-jalan. Okay hubby, byeeee. Drive elok-elok." Pesan Ruby lalu menyambut tangan Haikal untuk bersalaman.
Setelah yakin kereta Haikal meninggalkan halaman rumah itu, niat Ruby terbantut ingin menutup pintu apabila ditegur oleh jirannya di sebelah.
"Ruby!"
"Eh Uwais. Maaflah tak perasan pula tadi."
"Tak ada apa lah, saja saya nak menegur. Lagipun kita tak pernah bersembang kan." Ucap jejaka yang bernama Uwais itu dengan mesra.
Uwais ni jiran kami, bujang dan tinggal seorang. Umurnya sama baya dengan aku, cuma bezanya dia sambung belajar ikut course yang dia nak tapi aku, alhamdulillah dah kahwin hoho. Menginap di situ pun oleh sebab lokasi kolejnya dekat. Nak cakap hensem, emm boleh laa ada rupa tapi Haikal aku lagi hensem.
"Haah itu lah tu. Ni, awak tak ada class ke?" Tanya Ruby ramah. Dia tidak mahu digelar sombong, nanti apa pula kata orang.
"Sepatutnya ada tapi cancel, Prof ada hal katanya."
Ruby hanya mengangguk. Dia tidak tahu ingin berbual tentang apa. Dalam kotak fikirannya hanya lah katil sahaj memandangkan kepalanya sedikit pening.
"Ruby, nak tanya sikit boleh."
"Oh, boleh je. Tanya je lah." Balas Ruby memaniskan muka dengan senyuman.
"Kenapa awak tak sambung belajar eh? Lagipun, umur kita muda lagi. Sepatutnya waktu waktu macam ni lah kita nak enjoy."
YOU ARE READING
Hanya Kau Mrs.Shorty
RomanceRuby Anisah hidup dalam keluarga yang bahagia.Tidak perlu harta serta kemewahan tetapi cukupla baginya keluarga yang bahagia. Haikal Amsyar seorang anak tunggal Dato Hamdan dan Datin faridah.Sikapnya yang panas baran itu ditakuti oleh semua orang ta...