Bab 14

348 18 0
                                        

Ruby tersedar dari tidur apabila terasa sinar matahari menyinari. Mujur dia tidak boleh solat, jadi dia bangun lambat pada hari itu. Penat semalam masih tidak hilang. Kemudian, kepalanya dipusingkan ke bahagian tepi. Terkejut di buatnya apabila Haikal sedang nyenyak tidur di sebelahnya.

Baru sahaja Ruby ingin menjerit, Haikal menyampuk.

"Nak jerit lagi ke macam semalam? Jangan lupa siapa yang nak tidur dengan aku semalam." Kata Haikal dengan suara yang serak basah.

"Hah kau dah bangun?"

"Lama dah."

"Dahtu asal pura-pura tidur lagi?" Tanya Ruby pelik.

"Saje je nak tengok budak manja nih. Tak sangka pula aku, kau manja sampai macam tu sekali." Kata Haikal lalu tersenyum lucu.

"Hish dah laa. Tak payah la ingat pasal tu." Kata Ruby, malu.

"Eleh kau blushing lak." Kata Haikal lalu turun ke katil.

"Weyh kau nak pergi mana?" Tanya Ruby.

"Mandi. Asal nak ikut?" Usik Haikal nakal.

"Eii menggatal je kerja kau. Pergi la mandi cepat aku nak mandi pula." Kata Ruby sambil mengemas katil.



"Amboi, pengantin baru kita ni baru turun ke." Usik Puan Liza.

"Hehe terlelap pula mama lepas Subuh tadi. Tu terlajak." Kata Haikal. Ruby mengambil tempat di sebelah Haikal.

"Dah mari sini breakfast." Ujar Puan Liza.

"Papa dengan abang mana, mama?" Tanya Ruby.

"Papa kamu macam biasa la joging dekat tasik depan tu. Abang Rafiq kamu kena balik dah, ada patient. Abang kamu lagi sorang ada emergency dekat ofis sebabtu la balik awal." Jelas Puan Liza. Ruby dan Haikal hanya mengangguk.

"Adik, Kal, lepas ni mama nak keluar kejap jumpa kawan mama. Korang okey je kan duduk berdua dalam rumah?" Tanya Puan Liza minta kepastian.

"Eh okey je. Tak apa la nanti Kal boleh bawa Ruby jalan-jalan. Kan By?" Kata Haikal.

"Hah kau nak bawak aku pergi mana pula? Alaaa aku penat laa." Kata Ruby.

"Eh apa 'kau-aku' pula ni. Korang dah kahwin tau bukan kawan lagi. Panggilan kena la tukar. Tak elok lah macam tu. Adik ingat kan apa mama cakap." Tegur Puan Liza.

"Alaa tapi mama, kalau dekat sekolah macam mana? Nanti kantoi lah." Ruby beri alasan.

"Dekat sekolah buat je lah macam biasa. Tapi habis je waktu sekolah tak boleh la cakap macam tu. Okey?" Jelas Puan Liza.

"Hm tengok la dulu." Balas Ruby dalam nada malas.

Puan Liza hanya menggeleng. Haikal senyap menjamu selera.



"Weyh, kita cuti berapa hari?" Tanya Ruby semasa mereka di ruang tamu.

"Aik, takkan lah dah kahwin dengan aku terus lupa hari?" Usik Haikal.

"Hish kau nih aku serius lah. Cepat lah berapa hari." Marah Ruby.

"Erm hari ni hari Sabtu. Esok Ahad. So, tinggal sehari je lah cuti. Kenapa?"

"Ni macam mana?" Tanya Ruby lalu mengangkat tangannya yang masih berinai merah.

"Hm betul juga eh. Biar je la lagi bagus nanti semua orang nampak kau bini aku." Kata Haikal dengan selamba.

"Orang bebetul lah jangan memain boleh tak?" Marah Ruby.

Hanya Kau Mrs.ShortyTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang