Bunyi jam tidur milik Ruby berbunyi menandakan sudah pukul 6:10 pagi. Arissa terjaga apabila jam loceng itu tidak ditutup oleh sesiapa.
"Beb bangun. Subuh!" Ruby hanya mengeluarkan suaranya sahaja.
"Weyh bangun lah. Nanti lambat! Kau nak bersiap lagi." Sambung Arissa lagi.
"Haih bersiap pergi mana? Harini kan cuti. Malas lah nak ikut mama pergi pasar. Kau je lah pergi." Jawab Ruby tanpa disedarinya. Arissa hanya menepuk dahinya sendiri.
"Oi cik kak. Awok tak ingat ke harini majlis awok bertunang?" Tanya Arissa dengan suara yang lantang. Mata Ruby terus terbeliak.
"Hah kau ni biar betul?" Tanya Ruby ingin mendapatkan kepastian. Arissa terus berlalu pergi keluar menuju ke bilik air yang berada di dapur untuk mengambil wudhuk. Malas dia ingin melayan Ruby yang nyanyok itu.
"Eh Cha, mana Ruby?" Tanya Puan Liza yang berada di dapur.
"Ada dalam bilik. Baru bangun." Jawab Arissa dengan nada lemah-lembut lalu masuk ke dalam bilik air.
"Hah, adik pergi solat cepat. Lepastu, mandi. Majlis mula pukul 10." Kata Puan Liza kepada anaknya yang baru muncul itu.
"Hm adik malas lah, ma." Kata Ruby lalu mengambil tempat duduk di sebelah mamanya di meja makan.
"Eh eh eh dia ni! Banyak songeh pulak. Dah, pergi cepat. Nanti tak sempat pulak nak bersiap bagai." Ruby terus berlalu pergi masuk ke bilik air setelah Arissa keluar.
Rumah kampung milik Puan Liza sudah riuh-rendah kerana dibanjiri oleh tetamu. Hanya orang terdekat sahaja dijemput kerana faktor anaknya yang masih bersekolah. Khemah hanya didirikan sebuah sahaja untuk tetamu menjamu selera.
Arissa sudah siap memakai baju kurung cotton corak bunga serta cara pemakaian shawlnya. Simple tetapi sangat cantik lagi-lagi dipadankan dengan tubuh Arissa yang tinggi lampai.
"Kau apahal termenung lagi ni Ruby. Sekejap lagi mak andam datang nak solek muka kau." Sergah Arissa apabila menyedari Ruby termenung di jendela tingkap.
"Eii kau ni tak reti nak bagi salam ke hah? Main sergah je kan! Kalau aku arwah tadi macam mana?" Kata Ruby dalam nada geram.
"Hehehehe aku tahu kau takkan arwah sebab tu la aku buat." Usik Arissa.
"Beb! Lawa do dress kau. Macam princess. Confirm tunang kau cair nanti." Sambung Arissa lagi sambil mengusik rakannya itu. Ruby hanya membuat mata menyampah.
"Haih, seksa kau tahu tak pakai baju macam ni. Baju kurung pun aku dah menyampah apa lagi pakai baju macam ni. Rimas!" Rungut Ruby. Arissa hanya ketawa.
"Tu lah kau tak suka sangat pakai baju kurung siapa suruh. Asyik pakai baju t-shirt je." Bebel Arissa. Ruby hanya membuat endah tidak endah sahaja. Tiba-tiba pintu bilik diketuk dari luar.
"Adik, mak andam nak masuk ni." Kata Puan Liza. Ruby hanya mengangguk sahaja.
"Siap dah pun. Muka awak tak perlu solek tebal sangat sebab dah neutral cantik. Cuma kena tacap sikit-sikit je." Kata Kak Nina selaku tukang solek itu. Ruby hanya tersenyum. Ruby memang mempunyai rupa wajah yang cantik serta mukanya yang tidak ada satu pun jerawat. Flowless la bak kata orang.
"Meh sini akak letakkan flower crown." Ujar mak andam lagi.
"Dah siap. Lawa dah kamu ni. Kena dengan dress yang kamu pakai." Katanya lagi lalu membawa Ruby di hadapan cermin besar. Ruby hanya tersenyum melihat dirinya di dalam pantulan cermin.
YOU ARE READING
Hanya Kau Mrs.Shorty
RomanceRuby Anisah hidup dalam keluarga yang bahagia.Tidak perlu harta serta kemewahan tetapi cukupla baginya keluarga yang bahagia. Haikal Amsyar seorang anak tunggal Dato Hamdan dan Datin faridah.Sikapnya yang panas baran itu ditakuti oleh semua orang ta...