Ruby melangkah masuk ke dalam bilik dengan berhati-hati sambil menatang dulang yang berisi bubur, air dan ubat untuk Haikal.
"Lama betul dia mandi. Entah-entah dia pengsan." Kata Ruby apabila menyedari Haikal masih berada di dalam bilik air.
"Kal, ooo Kal. Haikal Amsyar!" Panggil Ruby sambil mengetuk pintu. Tiada sambutan dari Haikal membuatkan Ruby bertambah risau.
"Kal, dengar tak suara aku? Menyahut la." Jerit Ruby lagi.
Kemudian, pintu di buka dari dalam membuatkan Ruby terkejut.
"Ya Allah Amsyar. Kenapa tak lap badan betul-betul? Air kenapa tak tutup ni?" Tanya Runy sambil menutup pili shower yang masih mengalir air.
"Meh sini aku lapkan." Haikal hanya menurut. Badannya menggigil. Dengan segera, penghawa dingin di tutup oleh Ruby. Kipas syiling sahaja di buka.
"Sejukkk." Adu Haikal dengan bibir yang terketar-ketar.
"Iya sejuk. Aku dah lap dah ni. Pakai baju." Kata Ruby sambil menyarungkan baju di badan Haikal. Haikal hanya mendiamkan diri.
"Okey, dah siap. Meh sini aku suap makan." Kata Ruby lalu menyuapkan bubur ke dalam mulut Haikal.
Baru beberapa suap, Haikal menolak.
"Sikit je makan. Makan lah lagi, nanti perut lapar la." Pujuk Ruby apabila Haikal tidak mahu membuka mulut.
"Tak ada selera." Hanya itu sahaja jawapan dari Haikal.
"Haih, kalau orang sakit memang lah tak ada selera nak makan. Tapi, kena la makan juga untuk alas perut, makan ubat. Kalau tak makan lagi sakit." Bebel Ruby. Haikal hanya menggeleng tidak mahu.
"Okei lah kalau macam tu. Nah, telan ubat nanti tidur balik."
Selepas makan panadol, Haikal tidur semula. Ruby mengambil kain kecil dan air di dalam mangkuk. Kain yang di celup air itu di perah lalu diletakkan di dahi Haikal supaya demamnya kebah.
Berkali-kali Ruby melakukan perkara yang sama.
Selepas itu, Ruby berbaring mengiring menghadap Haikal yang sedang tidur.
Ruby prov
'Kesian dia aku tak layan dia walaupun sehari. Mesti dia terasa hati.' Kata Ruby dalam hati.
'Handsome juga kau. Kau memang handsome, sebabtu ramai minat kau.' Kata Ruby lagi sambil mengelus lembut rambut Haikal.
'Aku tak sangka kau suami aku. Kau musuh aku, kau juga lah suami aku.' Kata Ruby sebelum melelap mata menemani Haikal yang sedang nyenyak tidur.
*****
Ruby turun ke bawah untuk menyediakan sarapan pagi.
"Eh, adik. Good morning.Awal bangun?" Tegur Puan Liza yang baru turun itu.
"Eh, mama. Good morning. Saja bangun awal nak buat breakfast. Lama dah adik tak masuk dapur. Hehehe." Kata Ruby sambil mengacau mee goreng di dalam kuali.
"Haikal macam mana? Dah kebah belum demam tu?" Tanya Puan Liza.
"Belum lagi ma, macam makin panas je. Tu tak pergi sekolah harini." Balas Ruby sambil menghidangkan mee goreng yang sudah siap di masak.
"Ouh, nanti kalau tak kebah juga malam ni, bawa pergi klinik. Nanti inform dekat cikgu. Adik mc berapa hari?"
"Tiga hari tak silap." Balas Ruby. Puan Liza hanya meng'oh'kan sahaja.
"Jemput makan mama, papa." Kata Ruby sebaik sahaja melihat Encik Kamal baru turun.
"Wow, rajin adik hari ni. Kepala adik dah okey ke belum?" Tanya Encik Kamal setelah mendapatkan tempat duduk.
YOU ARE READING
Hanya Kau Mrs.Shorty
RomanceRuby Anisah hidup dalam keluarga yang bahagia.Tidak perlu harta serta kemewahan tetapi cukupla baginya keluarga yang bahagia. Haikal Amsyar seorang anak tunggal Dato Hamdan dan Datin faridah.Sikapnya yang panas baran itu ditakuti oleh semua orang ta...