Waktu sekolah habis pada jam 3 petang. Kebiasaannya bagi tingkatan 5 akan diadakan kelas tambahan tetapi pada hari ini kelas dibatalkan kerana guru yang berkenaan mempunyai mesyuarat. Ruby masih lagi tidak bertegur sapa dengan Arissa.
"Maryam, kau nampak Ruby tak?" Tanya Arissa kepada rakan dormate nya itu setelah mendapati Ruby masih tidak masuk dorm selepas satu jam tamat sesi persekolahan. Maryam hanya menggeleng sahaja. Arissa mula berasa risau.
"Hrm okey la kalau macam tu. Ni aku nak pergi turun riadah dulu. "Kata Arissa lalu keluar dorm menuju ke astaka asrama di mana semua pelajar aspuri berkumpul. Ini kerana semua pelajar perlu turun beriadah pada waktu riadah sama ada ingin belajar atau bermain.
Arissa berasa tidak sedap hati. Kemudian dia naik sekolah menuju ke taman istirehat yang terdapat di sekolah itu untuk mengambil angin. Tiba-tiba, pandangannya terhenti pada satu susuk tubuh yang amat dikenalinya.
'Ruby'. Bisik Arissa lalu pergi ke arah Ruby. Pikirnya Ruby sedang tidur di meja itu tetapi setelah dikejut banyak kali, Ruby masih tidak bangun .Arissa berasa cemas.
"Ya Allah Ruby bangun. Bangun Ruby macam mana boleh pengsan ni. "Tanpa buang masa Arissa terus memapah Ruby turun ke asrama.
"Korang tolong tolong !" Jerit Arissa kepada beberapa pelajar aspuri.
"Ya Allah Ruby kenapa ni Cha?" Arissa hanya menggeleng kepalanya sahaja.Beberapa pelajar aspuri menolong Arissa memapah Ruby ke dormnya dan dua orang pelajar memaklumkan hal itu kepada warden.
"Arissa boleh saya tanya sikit ?" Tanya Cikgu Halmah. Arissa hanya mengangguk lalu menjarakkan diri dari mereka.
"Ruby ada cerita pada kamu tak apa- apa?"Tanya Cikgu Halmah. Arissa hanya menggeleng.
"Ruby sekarang dia mengalami tekanan. Dia stress sama ada tentang pelajaran mahupun peribadi. Saya tahu tahun ni kamu semua akan mengambil ujian terbesar iaitu SPM tetapi dalam masa yang sama saya harap kamu dapat menjaga kesihatan. Saya tak nak ada pelajar saya yang tertekan." Sambung Cikgu Halmah. Arissa hanya mengangguk sahaja. Setelah tiada apa-apa, mereka beredar dan meninggalkan Ruby. Arissa keluar menunaikan solat Asar.
Ruby tersedar apabila malam menjelma. Mujur dia tidak boleh solat. Kepalanya masih sakit. Keadaan dormnya kosong kerana pada waktu itu semua pelajar perlu ke prep tetapi dia sedar bahawa dia sedang ditemani oleh rakan baiknya iaitu Arissa yang sedang belajar di meja belajar nya.
"Cha." Panggil Ruby dengan suara yang lemah. Arissa yang terdengar namanya dipanggil oleh seseorang terus memandang ke arah Ruby lalu bangun dan duduk di sisi Ruby.
"Beb aku minta maaf pasal tadi. Aku tak ada niat pun nak tinggalkan kau sampai kau stress. Aku..." Belum sempat Arissa habiskan kata-katanya, Ruby terus memeluk rakannya yang sedang menangis teresak-esak.
"Cha kau tak salah pun. Tadi sebenarnya aku tak marah pun dekat kau. Aku saja je. Sorry sebab buat kau susah hati." Ucap Ruby sambil memeluk Arissa. Mereka berpelukan sehinggalah masing-masing sudah reda.
"Kau kenapa sampai stress sangat?" Tanya Arissa setelah lama mendiamkan diri.
"Aku...aku sebenarnya stress dengan majlis aku. Aku taknak lah semua ni. Tapi kenapa mama dengan papa buat macam ni dekat aku. Aku taknak." Jujur Ruby. Arissa segera memeluk Ruby yang sedang menangis itu. Sungguh dia benar tertekan dengan semua itu.
"Sabar. Kalau ada jodoh dengan dia apa pun yang jadi, dia akan kahwin dengan kau juga. Percaya lah Allah tahu siapa jodoh kita. Mama dengan papa tahu apa yang terbaik untuk kau." Kata Arissa seraya memberi kata-kata semangat untuk rakannya itu.
Ruby mengambil masa sehinggalah dia tertidur selepas penat menangis. Arissa hanya mampu melihatnya sahaja. Dia berdoa semoga rakannya itu mampu mengharungi segalanya.
hye sory chap ni pendek sikit. btw jangan lupa vote and comments .
YOU ARE READING
Hanya Kau Mrs.Shorty
RomanceRuby Anisah hidup dalam keluarga yang bahagia.Tidak perlu harta serta kemewahan tetapi cukupla baginya keluarga yang bahagia. Haikal Amsyar seorang anak tunggal Dato Hamdan dan Datin faridah.Sikapnya yang panas baran itu ditakuti oleh semua orang ta...