Ending

873 14 0
                                    

Telefon milik Haikal berbunyi.

Haikal prov

Ruby??

Tidak tahu sama ada ingin menjawab atau tidak. Tapi, asal aku tak sedap hati.

"Hello."

"Hello, ini suami kepada Ruby Anisah?"

Suara di hujung panggilan itu membuatkan Haikal tidak senang duduk. Tambahan pula kedengaran bunyi orang ramai serta... siren??

"Ye, asal? Cakap je lah!" Marah Haikal.

"Macam ni encik. Isteri encik terlibat dalam kemalangan jalan raya bersama seorang lelaki. Kereta itu dirempuh oleh kereta lain yang hilang kawalan. Saya menjumpai dompet isteri encik dan perkara kali terakhir yang isteri encik lihat adalah, mesej encik bersamanya."

"Allahuakbar. Sekejap lagi saya sampai, terima kasih. Assalamualaikum."

"Kal, kenapa dengan menantu mummy?"

"Ruby accident. Kal pergi dulu."

"Allahuakbar!"

Mereka di situ semua sudah tidak mampu bertahan. Satu satu ujian menimpa.

"Ya Allah, kau selamatkan lah mereka."

"Abang, anak kita bang. Cucu kita. Adik bang."

Suasana yang hiba. Kosong. Sekosong hati mereka.



4 tahun kemudian

"Mama, Cha bawa Adelio dengan Adelia jumpa daddy dengan mama diorang tau."

"Okay, kirim salam dekat mereka."

"Okay mama, assalamualaikum."

"Waalaikumusalam."

"Dah sayang?"

"Dah, jom. Kids, duduk jom kita pergi jumpa mama dengan daddy okay."

"Yeayyy jumpaa mama daddy. Lio miss daddy dengan mama so much."

"Lia pun miss daddy dengan mama so muchhhhhh."

"Okay-okay, kita jumpa ye." Kata Arissa, lincah tangannya meletakkan sepasang kembar itu duduk di car seat yang sudah disediakan untuk mereka.

"Boys yang lain ikut juga ke bang?"

"Haah, kita jumpa dekat sana je lah." Arissa hanya mengangguk faham.

Tanah itu dipandang sayu oleh mereka. Rindu. Hanya mampu dititipkan doa buat mereka. Kini, dua rakannya pergi menghadap Ilahi bersama-sama selamanya. Yang tidak mungkin kembali.

Kelihatan Adelio dan Adelia sedang petah bercakap dengan mama dan daddynya. Ariq, Farhan dan Raziq juga melayannya. Mereka seakan faham akan pemergian kedua dua ibu bapanya seawal mereka masih bayi lagi.

"Sayang, jangan menangis. Nanti Ruby dengan Haikal marah. Diorang tak suka tengok kita sedih." Ujar Isqandar memberi kata semangat kepada Arissa.

"Kids, jom masuk kereta. Dah lama kan kita kat sini. Nanti kita jumpa mama dengan daddy lagi ya."

"Okay papa Is, kejap. Lio nak cakap sesuatu dekat daddy dengan mama."

"Daddy, mama. Abang dengan adik balik dulu tau. Nanti abang dengan adik datang lagi. Abang dengan adik tak akan lupa doakan lepastu baca al quran yang daddy hadiahkan dekat abang dengan adik masa kami dalam perut mama. Papa Is cerita dekat abang masa tu pasal Al-Quran tu. Walaupun abang dengan adik tak pandai baca lagi, tapi mama Cha dengan papa Is selalu ajar. Okay lah mama, daddy. Abang dengan adik balik dulu. Kesian papa Is dengan yang lain tunggu. Bye assalamualaikum." Petah sahaja Adelio berbicara manakala adiknya, Adelia hanya mengangguk mengiyakan kata kata abangnya.

Syukur, walaupun baru sahaja berumur empat tahun, tetapi fikirannya sudah seperti orang dewasa.

Mungkin dengan bimbingan Haikal dan Ruby ketika mereka masih lagi di dalam rahim. Syukur alhamdulillah.

Yea. Adelio Adicandra Bin Haikal Amsyar serta pasangan kembarnya, Adelia Adikirana Binti Haikal Amsyar.

Nama yang diamanahkan untuk Isqandar apabila anak anaknya lahir.

Adelio yang membawa maksud mulia manakala Adicandra pula cahaya rembulan. Adelia pula membawa maksud seorang puteri yang bijaksana manakala Adikirana ialah bintang yang bersinar.

Kata Haikal, ingin nama anak anaknya seperti orang omputih sikit tapi membawa maksud yang cantik.

Dan, aku. Aku Arissa selamat diijab kabul dengan Isqandar dan sedang hamil anak pertama yang berusia 4 bulan. Raziq, sudah mula mengikat tali pertunangan dengan seorang rakan sekerjanya. Farhan dan Ariq, masih begitu. Solo.

Adelio dan Adelia tinggal bersamaku. Amanah terakhir yang diberikan kepada Isqandar daripada Haikal. Namun begitu, kami semua menjaga mereka, menyanyangi mereka tidak tumpah seperti anak sendiri.

Flashback

Haikal memandu keretanya dengan laju menuju ke tempat dimana dimaklumkan tentang kemalangan tersebut. Tidak berhenti kata kata menyesal yang menitir di bibirnya. Di dalam fikirannya, hanya terfikir akan isterinya serta anak-anak nya.

Namun, dalam sekelip mata keretanya dilanggar oleh trailer yang hilang kawalan akibat mengantuk.

Berita itu mengejutkan mereka yang masih berasa di hospital di bilik Haikal sebentar tadi. Mereka tidak mampu berkata apa-apa, semuanya berlaku dengan pantas. Kehilangan dua nyawa serentak dalam satu masa tidak dapat dijangka. Ruby meninggal di hospital selepas selesai mengeluarkan bayinya melalui pembedahan. Terpaksa melahirkan secara kecemasan untuk menyelamatkan dua nyawa itu. Pada awalnya, terdapat beberapa komplikasi terhadap bayi itu tetapi atas keizinan-Nya, Allah mempermudahkan segala urusan. Manakala Haikal, meninggal di tempat kejadian. Sungguh tragis kisah rumah tangga mereka.Tidak disangka, mereka pergi bersama menghadap Ilahi. Hanya berbeza beberapa jam sahaja. Mereka juga ditempatkan di dalam satu liang lahad.

Namun, mereka masih bersyukur kerana mereka meninggalkan waris iaitu Adelio Adicandra yang mempunyai wajah sebijik seperti Haikal Amsyar manakala Adelia Adikirana mempunyai wajah sebijik seperti mamanya, Ruby Anisah.

Oh yea, apa yang Haikal rancangkan?

Haikal diugut oleh Airil yang bekerjasama dengan Jasmine untuk meninggalkan Ruby. Pada awalnya, Haikal hanya berbuat tidak tahu tetapi setelah sekian lama dia diugut untuk mencederakan Ruby sekaligus ingin membunuh anak-anaknya, dia terpaksa mengikut sahaja apa yang Airil pinta. Ya, dia terpaksa. Pada awalnya, dia ingin meninggalkan Ruby hanya 4 tahun sahaja tetapi, takdir Allah tiada siapa boleh jangka. Mereka pergi ketika mereka ingin mengecapi kebahagian. Airil? Dia juga maut di tempat kejadian manakala Jasmine disahkan menghidap penyakit mental dan dia ditinggalkan di hospital sakit jiwa.

"Sayang, okay tak? Kenapa termenung ni?" Pertanyaan dari Isqandar itu berjaya menyentak lamunan Arissa. Ketika itu, mereka sudah pun sampai di rumah. Adelio dan Adelia juga telah mendapatkan TokMa dan TokPa di dalam rumah.

"Saya okay, cuma teringat dekat kisah lama. Tak sangka kan bang, kita kehilangan kawan dalam satu masa. Dalam usia yang muda pula tu. Kisah orang ketiga yang menyebabkan rumah tangga mereka musnah."

"Sayang, yang pergi biarkan pergi. Kita doakan untuk mereka. Yang hidup, teruskan kehidupan. Kalau diorang tahu kita sedih, mesti diorang akan sedih. Jangan menangis, lagipun kita kan ada Haikal junior and Ruby junior." Pujuk Isqandar mengesat air mata Arissa.

"Hm, okay abang. Jom masuk. Nanti mama tunggu pula." Ajak Arissa dan mereka melangkah masuk ke dalam rumah.

Dan...





Begitu lah kehidupan mereka. Di dalam tawa masih ada tangisan. Yang pergi, biarkan pergi kerna ia tak akan kembali tetapi yang hidup pasti teruskan kehidupan. Begitu lah lumrah kehidupan, ajal pasti akan menjemput sama ada cepat atau lambat. Tua atau muda, pasti akan merasai 'kematian'. Marilah kita sedekahkan al-fatihah kepada yang telah pergi. Al-fatihah.










                                   TAMAT

Hanya Kau Mrs.ShortyWhere stories live. Discover now