Bab 18

324 16 0
                                    

"By, ni aku ada bawakkan makanan untuk kau. Makanlah." Kata Haikal sejurus melihat Ruby keluar dari bilik air.

"Haa, okey thanks."

"By, kau kan, kalau tak larat jangan lah paksa diri nak join semua acara. Tak pasal-pasal jadi macam ni." Bebel Haikal.

"Mana la aku tahu. Tahun sebelum ni mana ada. Dah nak jadi nak buat macam mana." Kata Ruby sambil menguyah makanan.

"Haa, tengok tu. Menjawab je kerja."

"Dahtu, kalau aku tak jawab, kau marah pula." Balas Ruby membela diri.

"Haih, suka hati kau la. Ingat, kes semalam belum selesai lagi." Kata Haikal lalu terus keluar dari bilik.

"Haih, apa salah aku. Kalau aku buat salah, cakap lah. Ni tak, senyap je." Kata Ruby sendirian. Makanan yang tidak di habiskan di tolak ke tepi. Hilang selera makannya ketika itu.

"Haih, bosan lah asyik main telefon je dari tadi. Mana dia ni? Tak masuk-masuk bilik lagi dari bilik. Marah sangat ke dia dengan aku?" Kata Ruby sendirian lalu berjalan menuju ke balkoni bilik.

"Hrm, nyaman betul duduk dekat sini. Sejuknya angin malam." Kata Ruby lagi. Tiba-tiba, pandangannya terhenti pada susuk tubuh yang di kenalinya di meja berdekatan kolam ikan.

"Tu bukan Amsyar ke? Dia call dengan siapa? Siap gelak-gelak lagi. Nak cakap call dengan mummy daddy, diorang mesti ada dalam bilik." Tanya Ruby kepada dirinya.

"Haih, tak boleh jadi. Entah-entah, dia call dengan perempuan lain." Kata Ruby lalu turun ke bawah di mana Haikal berada. Dia berdiri menyorok berdekatan dengan Haikal supaya dia dapat curi dengar perbualan itu.

"Iya, Myra. Kal ingat tu. Jangan risau la. Okey lah, Kal nak masuk dulu. Takut Ruby musykil pula. Bye, i miss you." Kata Haikal lalu menamatkan panggilan tersebut.

Ruby yang terdengar akan perbualan itu terkedu.

"Apa semua ni? Siap rindu-rindu bagai. Dia ada perempuan lain ke belakang aku? Dia curang dengan aku ke?" Tanya Ruby kepada dirinya dengan hati yang agak rapuh.

Sungguh hancur hatinya ketika itu.

'Kenapa time aku bukak hati aku untuk kau, kau buat aku macam ni. Kau tipu aku Haikal. Aku benci kau!' Marah Ruby dalam hati sambil kaki melangkah menuju ke bilik mereka.

Haikal yang sedang duduk di sofa tidak di pandang oleh Ruby. Bukan setakat pandang, toleh sekilas pon tidak.

"Kau nak pergi mana ni?" Tanya Haikal pelik apabila nampak Ruby sedang bersiap.

"None of your business."

" What? Can you repeat again?" Tanya Haikal dalam nada yang tinggi.

"NONE. OF. YOUR. BUSSINES." Kata Ruby satu persatu .

"What? I'm your husband, and you say it's none of my business?" Tanya Haikal. Suaranya sudah naik satu oktaf.

"Oh, my husband. Okey, my husband can i may out?" Tanya Ruby. Sengaja perkataan 'husband' itu di tekan.

"No way!"

"Orang dah minta izin kan. Apa masalah kau tak bagi aku keluar? Bukannya aku nak berfoya-foya dengan jantan lain pun!" Marah Ruby.

"Aku cakap tak boleh, tak boleh lah."
Marah Haikal lalu mencampak telefonnya ke katil. Mujur tak melantun. 😂

"Ah, aku nak keluar juga." Kata Ruby yang keras kepala.

Hanya Kau Mrs.ShortyWhere stories live. Discover now