Bab 32

286 10 0
                                    

"Bye mama, bye papaaa." Lambai Ruby sehingga kelibat kereta hilang di pandangannya.

"Mummy, daddy. Kal nak bawak Ruby balik rumah Kal boleh tak?" Tanya Haikal ketika mereka menuju ke laman istirehat.

"Dah kenapa pula? Memang nak tinggalkan mummy ke? Nak tinggalkan mummy dah?" Ujar Datin Faridah dengan nada sedih.

"Eh, bukan macam tu mummy. Kal saja nak stay sana, nak bawak Ruby. Dia kan tak pernah pergi sana lagi, kan sayang?" Tanya Haikal dengan Ruby dengan wajah mengharapkan Ruby bersetuju.

Ruby hanya mengangguk sambil tersenyum. Itu sahaja lah yang dia boleh buat. Haikal pun tidak berbicang dengan dia tentang hal ini.

"Pergi lah kamu berdua. Jangan risaukan kami, pandailah kami jaga diri." Kata Dato' Hamdan sekaligus mengizinkan mereka pergi. Puan Faridah pula tidak berkata apa.

"Terima kasih daddy. Mummy, jangan lah macam ni." Pujuk Haikal apabila terlihat wajah suram mummnya.

"Mummy jangan risau, tahu lah Ruby macam mana nak jaga anak mummy yang nakal ni. Senang saja nak kawal dia ni." Pujuk Ruby menyedapkan hati ibu mertuanya.

"Haihhhh. Pergi lah, mummy izinkan." Kata Puan Faridah dengan separuh rela. Berat hatinya ingin mengizinkan anaknya pergi tetapi untuk kebahagian anaknya itu juga.

"Terima kasih mummy. Kami naik atas dulu, nak bersiap. Takut lambat pula sampai sana nanti.

Dato' Hamdan dan Puan Faridah hanya mengangguk sambil tersenyum. Mereka memberi peluang kepada anaknya untuk mencari kebahagian.

______________________________________

"Kau tidur lah dulu kalau mengantuk. Nanti dah sampai, aku kejut." Kata Haikal apabila ternampak Ruby seperti menahan mata di sebelahnya. Sudah hampir satu jam perjalanan mereka, mungkin mengambil masa lagi dua jam setengah.

"Tak apa lah, saya teman awak." Kata Ruby seraya membetulkan duduknya.

Haikal menggeleng. Degil betul.

"Kalau kau teman tapi senyap je, baik tak payah. Sama saja kau ada ke tak, sunyi jugak aku." Kata Haikal dalam nada tidak puas hati. Geram dia dengan Ruby, tanya sepuluh patah, jawab sepatah. Tanya dua puluh patah, diam saja. Haihlah.

Ruby sentap.

"Sorry." Kata Ruby lalu memejamkan mata. Terasa hatinya apabila suaminya perli begitu.

'Dia anggap macam aku tak wujud sebelah dia.' Kata Ruby dalam hati. Air mata yang mengalir di seka.

Haikal di sebelah hanya berdiam diri melihat Ruby yang tertidur di sebelahnya sambil membelakangkannya.


Haikal memberhentikan keretanya di stesen minyak untuk membeli sedikit makanan seperti roti dan minuman untuk Ruby. Pasti Ruby lapar kerana dia hanya menjamah sedikit sahaja sarapan pagi tadi.

"Vroommmmm vroommm vroooommmm..."

"Gila ke apa motor tu nak langgar aku? Tak nampak ke aku tengah jalan ni. Haih." Marah Haikal lalu masuk ke dalam kereta.

Penunggang motor yang sengaja ingin melanggar Haikal sebentar tadi tersenyum sinis.

"Sampai kesini kau. Heh, kita berjumpa lagi Ruby Anisah." Katanya lalu meninggalkan tempat itu.

-----------------------------------------------------------

Perjalanan yang mengambil masa itu sampai di destinasinya. Haikal tersenyum kecil melihat Ruby nyenyak tidur di sebelahnya.

"Sayang, bangun. Dah sampai ni." Kejut Haikal dengan lembut. Ruby mengeliat kecil.

'Haih lah, comel betul bini aku nih.'

"Sayang, bangun. Nak abang angkat ke masuk dalam?" Usik Haikal nakal. Ruby yang terdengar perkataan seperti Haikal ingin mendukungnya itu terus segar bugar matanya.

"Err, aaa saya dah bangun. Tak apa." Kata Ruby lalu keluar dari kereta.

'Aik, rumah siapa pula ni? Ni bukan rumah mama dengan mummy.'

"Aik, kita datang rumah siapa ni?" Tanya Ruby bingung.

"Haih, tahu la baru bangun tidur, tapi jangan lah sekali dengan ingatan sayang hilang dibawa mimpi tadi." Perli Haikal.

"Eii, orang tanya betul-betul kan."

"Sayang, ni lah rumah kita. Dah, jom masuk." Ruby yang termangu dengan kenyataan Haikal itu hanya menurut sahaja. Mamai la di katakan, baru bangun tidur.

"Bissmillahirahmanirahim. Dengan selangkah tapak kaki ni jejak lantai rumah Haikal Amsyar dan Ruby Anisah, dengan itu bermula lah buku kita. Semoga perkahwinan kita di berkati dan dirahmati, di permudahkan segala urusan. Suka duka kita tempuhi bersama dengan bakal anak-anak yang bakal lahir nanti. Aaminn." Doa Haikal membuatkan Ruby terkaku, terharu dengan doa itu.

"Weyh, okay tak rumah ni? Maaf lah kalau tak ikut cita rasa kau, tak kena dengan apa yang kau nak."

'Eee dia nii, baru nak feeling feeling touching, potong betul lah.'

"Wah, besarnyaaaaaaa. Cantikkkkkkk. Terima kasih sebab sediakan rumah ni, tak sangka dapat rumah yang cantik besar walaupun simple. Sorry kalau susahkan awak untuk keselesaan saya." Kata Ruby yang terharu plus excited sambil mendongak sedikit kepalanya memandang wajah Haikal.

"Siapa cakap untuk kau sorang? Aku pun tinggal dalam rumah ni juga. Jangan lupa, bakal juniors Haikal and juniors Ruby yang kita akan usahakan dekat rumah ni." Usik Haikal dengan mengenyitkan matanya kepada Ruby membuatkan Ruby tersipu malu.

'Eiii dia nih, borak pasal tu pulak. Aku ni muda lagi kut haih.'

"Eiii, apa awak nih ke situ pula. Dahla, saya nak tengok tengok rumah ni. Nanti kang tak tahu selok belok, ada juga yang sesat dalam rumah sendiri." Bebel Ruby sambil menuju ke ruang dapur membiarkan Haikal yang sedang sakan ketawakannya.

"Okay sayanggggg. Aku naik bilik dulu tau. Bilik kita yang tengah-tengah. Good luck, semoga tak sesat HAHAHAHAHAHAH."

"Haih lah, suka hati awok laa cik abang sayang oiii. Eh, sayang? Aku sayang dia ke? Mana ada. Eh ye ke tak? Err tah laa. What ever." Gumam Ruby sendirian.

"Hmm, cantik. Nasib baik dah siap perabot rumah ni, nice."


Setelah selesai 'menerokai' rumah tersebut, Ruby masuk ke dalam bilik. Terlihat Haikal sudah terbongkang tidur.

"Haih, tidur je keje. Macam la penat sangat, drive je pun bukan nya jauh. Tapi jauh la sikit, tapi bukannya penat pun." Gumam Ruby sendirian lalu menuju ke wardrobe dan berlalu ke bilik air untuk menyegarkan badan.

Setelah selesai mandi dan solat, Ruby baring di sebelah Haikal. Badan di baringkan menghadap Haikal yang sedang tidur.

"Haih, hensem jugak kau. Suami siapa la ni. Rambut perang, hidung mancung, bibir..." Tangannya terhenti dan mengusap lembut bibir sexy itu lalu tersenyum.

Puas Ruby menilik Haikal, akhirnya dia pun tertidur juga akibat kepenatan.


Author: Eleh kau Ruby, cakap orang kuat tidur, kau tu pun sama.

Ruby: Eh, suka hati lah nak tidur ke tak, werk. Aku penat kau apa tahu.

Author: Ah, kau tu penat apa je ?

Ruby: Aku penat explore rumah besar gedabak ni tadi, kau apa tahu. Tu lah siapa suruh tak buat lagi part tu, kan readers dah taktahu.

Author: Eleh, acah je penat.

Ruby: Diam laaaaa, aku nak tidur. Semak ah kau ni. Cau!

Author: Celaka punya Ruby, aku hapuskan watak kau.

















.
.
.
.
.

Hanya Kau Mrs.ShortyWhere stories live. Discover now