Keesokannya, Ruby ke sekolah seperti biasa. Tetapi, pada kali ini, keadaan menjadikannya tertekan kerana di pandang hina oleh warga Sheamad. Puas juga dia memikirkan sebab mereka berbuat demikian kepadanya, tetapi jawapannya dia buntu.
"Arissa, aku nak tanya kau something boleh tak?" Tanya Ruby ketika mereka berjalan menuju ke bilik pengawas.
"Apa? Tanya je lah." Jawab Arissa sambil matanya tidak lepas dari melihat laporan di buku pengawasnya untuk di hantar sebentar lagi.
"Kenapa diorang macam marah gila dekat aku eh? Macam aku buat salah besar. Lepastu, ada yang hina-hina aku lagi. Kenapa dengan diorang? Aku stress lah." Luah Ruby.
Pergerakan Arissa terhenti apabila Ruby bertanyakan tentang hal itu.
"Sekejap eh, bagi aku masuk dulu nak hantar buku ni. Kau tunggu dekat luar sekejap." Kata Arissa lalu masuk ke dalam bilik pengawas meninggalkan Ruby keseorangan.
"Eh, dekat sini rupanya perempuan ni. Jijik aku. Dah la pengawas, tapi perangai, huh." Kata salah seorang perempuan yang sedang lalu di situ kepada rakannya.
"Haah lah. Eiiyuww, kenapa lah dia mesti ada dekat sini. Suka ambil kesempatan. Entah-entah, dia jadi pengawas pun sebab rasuah cikgu." Kata salah seorang itu lagi.
Ruby tidak dapat menahan sabar.
"Kau pahal hah perempuan? Ada aku kacau kau ke? Apa salah aku dekat kau sampai kau pandang hina dekat aku?" Marah Ruby.
"Huh, dah tahu salah sendiri, buat-buat tak tahu pula. Dah, jom blah dari sini. Jijik aku dengan perempuan ni." Kata perempuan itu lagi lalu meninggalkan Ruby dengan senyuman sinis.
Ruby makin tidak tahan dengan keadaan itu. Bukan sorang dua orang, tetapi ramai yang berkata sedemikian. Kebanyakan perempuan sahaja, lelaki tak ada lah pula. Kalau ada pun, dua tiga orang sahaja.
Kemudian, Arissa pun muncul.
"Beb, lama nya kau dekat dalam." Marah Ruby.
"Sorry, tadi ada kerja pula kena buat." Kata Arissa.
"Cha, cepat lah jawab. Kenapa diorang pandang hina dekat aku?" Tanya Ruby sekali lagi.
"By, kau tak ingat ke?"
"Ingat apa?" Soal Ruby pelik.
"Aku rasa kan, kau kena tanya Haikal lah. Dia berhak bagitahu kau apa yang jadi." Kata Arissa lalu berjalan meninggalkan Ruby di belakang.
Kata-kata Arissa membuatkan Ruby semakin tertanya-tanya.
'Kenapa dengan semua orang ni?!' Tanya Ruby dalam hati.
"Woii, tunggu aku!" Kejar Ruby apabila dia sudah jauh di tinggalkan oleh Arissa.
"Cha, aku nak pergi jumpa cikgu Najwa sekejap. Nak bincang pasal kem f5." Pinta Ruby. Arissa yang sedang menyelesaikan tugasnya itu hanya mengangguk.
"Okey, semua dah selesai. Terima kasih Ruby." Kata cikgu Najwa setelah segala perbincangan selesai.
"Sama-sama cikgu." Balas Ruby dengan senyuman.
"Erm, Ruby. Kalau saya tanya ni, boleh?"
"Tanya apa tu cikgu? Tanya sahaja lah, saya okey saja."
"Kamu okey ke?" Tanya Cikgu Najwa dengan prihatin.
"Okey? Maksud cikgu macam mana tu?" Tanya Ruby pelik.
"Kamu okey ke budak-budak ni pandang serong dekat kamu?" Tanya Cikgu Najwa lagi.
YOU ARE READING
Hanya Kau Mrs.Shorty
RomansRuby Anisah hidup dalam keluarga yang bahagia.Tidak perlu harta serta kemewahan tetapi cukupla baginya keluarga yang bahagia. Haikal Amsyar seorang anak tunggal Dato Hamdan dan Datin faridah.Sikapnya yang panas baran itu ditakuti oleh semua orang ta...