Selama sebulan latihan sukan diadakan. Memang lama sebab pelbagai acara diadakan, tambahan pula latihan pada belah petang mengikut kategori rumah sukan. Ada 6 rumah sukan, iaitu merah, kuning, biru, hijau, ungu dan oren.
"Huh, akhirnya tiba juga waktu yang dinantikan. Penat aku petang-petang ada latihan. Itu pun kalau tak turun, kena hias khemah. So yeah, goodluck esok kawan!" Ujar Arissa. Ruby hanya mendengar sekilas sahaja kerana pandangannya fokus di tempat lain.
"Beb, kau dengar tak?" Tanya Arissa tidak puas hati apabila tidak dapat respon dari kawannya itu.
"Ye dengar. Hish jangan kacau aku la." Marah Ruby.
"Kau tengok apa sampai kusyuk sangat tuh?" Tanya Arissa lalu pandangannya juga jatuh di tempat itu.
"What?! Seriously kau usha dia dari tadi?" Tanya Arissa tidak percaya.
"Ish kau ni. Kau rasa kan dia buat apa dengan perempuan tu? Bukan ke dia tak layan perempuan ke? Entah-entah dia curang dengan aku." Serkap jarang Ruby.
"Woi, kau gila ke apa. Tak akan lah dia nak curang dengan kau. Eh kejap-kejap, kau jelous eh Haikal berborak dengan Emmy tu? Haa, kantoi lah kau suka dia. Kau dah jatuh cinta dengan Haikal Amsyar ni." Usik Arissa.
"Kau nak kena sekeh dengan aku ke wahai Arissa? Aku tengah serius tau! Aku pelik tengok diorang tu." Sambung Ruby lagi. Matanya tidak lepas dari melihat mereka.
"Halah, kau tak payah la risau sangat. Kau tengok tu, Emmy tergedik-gedik dengan Haikal, tapi ada ke Haikal layan? Tak ada kan? Kejap lagi kena tinggal lah perempuan tak cukup kain tu. Haa, kan betul Haikal tinggalkan dia." Kata Arissa dengan konfiden.
"Ye lah. Haih, buang masa aku je duk perhatikan diorang. Bukan dapat apa pon." Kata Ruby lalu pergi dari situ dengan segera.
Sebenarnya, dia ingin menutup malu dengan Arissa yang dia jelous tengok Haikal dengan perempuan lain. 'Eh, ye ke aku jelous? Hish, mengarut je lah.'
"Eleh, kau dah kantoi tak nak mengaku. Mengaku je lah beb." Usik Arissa lagi.
"Tak, kau pahal nih. Aku panggil Is datang sini, siap la kau." Marah Ruby.
"Eh-eh kau, apa kena mengena Is dengan situasi ni. Tumbuk kang."
Ruby hanya ketawa. Tiba-tiba, muncullah lelaki yang tidak di sukainya.
"Hye Ruby. Buat apa dekat sini?" Tanya Airil dengan muka miangnya.
"Memasak. Tak nampak?" Balas Ruby dengan jelingan maut.
"By, aku pergi dulu. Cikgu Izzat panggil. Bye." Tinggal lah Ruby dan Airil berduaan di situ.
"Aku nak balik. Cau." Kata Ruby kepada Airil.
"Eh, awal lagi la. Jom la kita sembang-sembang dulu." Ajak Airil.
"Sembang pale bana kau lah. Kau ni tak ada kerja lain ke nak kacau aku hah? Semak je dekat sini." Marah Ruby lalu meninggalkan Airil sendirian.
Di sebaliknya,
Haikal yang baru sahaja berlalu pergi meninggalkan Emmy keseorangan tadi, ternampak Ruby berduaan dengan lelaki lain. Hatinya cukup panas.
Tengok dari riak muka lelaki itu, sudah tahu yang lelaki itu mempunyai perasaan terhadap Ruby.
Selepas Ruby berlalu pergi, Haikal ingin ke sana di mana lelaki itu berada. Baru bebarapa langkah, dia di panggil oleh cikgu Anwar.
"Haikal, tolong saya naikkan bendera ini untuk esok." Pinta cikgu Anwar.
"Okey cikgu. Saya datang." Kata Haikal hanya menurut.
YOU ARE READING
Hanya Kau Mrs.Shorty
RomanceRuby Anisah hidup dalam keluarga yang bahagia.Tidak perlu harta serta kemewahan tetapi cukupla baginya keluarga yang bahagia. Haikal Amsyar seorang anak tunggal Dato Hamdan dan Datin faridah.Sikapnya yang panas baran itu ditakuti oleh semua orang ta...