Malam itu Ruby mencari Arissa.
'Mana budak ni menyorok.' Rungut Ruby.
"Ma, nampak Icha tak?" Soal Ruby setelah puas mencari kawannya itu dari tadi.
"Tak nampak lah pulak. Ada dalam bilik rasanya. Adik tengoklah dalam bilik ye, mama nak ke depan dulu." Kata Puan Liza dengan segera berlalu pergi dari dapur itu.
Ruby segera masuk ke dalam bilik.Dia tidak kira, dia harus menuntut juga cerita daripada Arissa.
"Woi, kau buat apa hah? Senyum-senyum chat siapa?" Sergah Ruby sambil meninjau telefon Arissa.
"Weyh, mana boleh tengok. Sibuk je kau!" Marah Arissa kerana terkejut dengan sergahan daripada Ruby. Dia merapatkan telefon pintar yang berada di tangan ke dada.
"Oh, kau dah pandai eh nak berahsia dengan aku. Aku okey je!" Kata Ruby dengan nada rajuk.
"Alolololoooo kawan kita merajuk la. Alaaa Ruby, aku chat dengan Isqandar je." Kata Arissa.
"What? Serius lah? Kau senyap-senyap eh ada hubungan dengan dia?" Serkap jarang Ruby.
"Mana ada. Kitorang kawan je lah! Kau tu dah ada tunang senyap." Sangkal Arissa laju.
"Elelelele marah pulak. Alah, aku gurau je ." Kata Ruby sambil ketawa apabila melihat wajah cemberut rakannya.
"Dah la aku nak tidur dulu. Kau nak gelak, gelak sorang-sorang biar nanti ada yang join. Baru padan muka!" Kata Arissa serta menakutkan Ruby. Ruby luaran sahaja nampak kasar tapi takut hantu nombor satu.
"Kau! Jangan lah tidur lagi, aku nak tanya kau." Halang Ruby dan dengan segera dia menjelaskan sebenar dia mencari Arissa.
"Apa dia?" Tanya Arissa malas.
"Kau cakap kau tak tahu siapa tunang aku tapi sebenarnya kau tahu kan? Apasal kau tak bagitahu aku dulu hah?" Tanya Ruby dalam nada yang sedikit meninggi.
"Oh, pasal tu. Aku dapat tahu pun malam tu. Aku nak bagitahu kau tapi kau yang tak nak dengar siapa suruh. Tak payah nak marah aku sangat eh!" Jelas Arissa. Ruby terdiam. Dia tahu itu salahnya juga kerana tidak mahu dengar.
Malas nak fikir, terus dia menyelubungkan dirinya dengan selimutkan.
"Lah marah ke?" Tanya Arissa sendirian tetapi cukup jelas di pendengaran Ruby. Malas ingin mengacau rakannya, dia pun tidur.
Pagi itu suasana di meja makan sunyi. Masing-masing hanya melayan perasaan sendiri. Ruby hanya termenung. Makanannya hanya dikuis sedikit sahaja. Rafiq yang merupakan abang sulungnya menegur apabila perasan tentang perkara itu.
"Dik, kau asal tak makan tu?" Tanya Rafiq. Soalannya tidak disahut oleh Ruby yang masih tidak sedar. Semua mata terarah kepadanya.
"Ruby Anisah!" Panggil Puan Liza dengan nada yang kuat. Ruby yang tersentak terus memandang sekeliling. Pandangan akhirnya jatuh pada Puan Liza.
"Ye, maa ada aa apa?" Tanya Ruby dengan gagap.
"Kenapa termenung depan rezeki? Tak pernah-pernah lagi. Fikir pasal semalam ke?" Tanya Puan Liza dengan nada tidak puas hati.
"Mana ada. Takpelah, Ruby naik atas dulu." Kata Ruby lalu segera meninggalkan meja makan.
"Awak ni pun janganlah marahkan si Ruby tu. Mungkin dia tengah ambil
masa nak terima semua benda ni." Kata Encik Kamal. Puan Liza hanya merengus lalu menyambung makan."Err aunty, Icha naik dulu eh tengok Ruby." Kata Arissa dan berlalu pergi setelah mendapat kebenaran daripada Puan Liza.
"Beb, kau okey tak?" Tanya Arissa apabila nampak kelibat Ruby di beranda biliknya.
"Hm." Itu sahaja jawapan dari Ruby.
"Beb janganlah macam ni." Pujuk Arissa lagi.
"Cha, aku okey je." Kata Ruby lalu menuju ke katil dan bermain telefonnya.
"By aku balik dulu la eh. Umi mesej tadi suruh aku balik ada hal." Jelas Arissa. Ruby hanya mengangguk sedikit. Memang moodnya kelaut harini. Arissa hanya mengeluh lalu keluar dari bilik tersebut.
'Biarlah dia tenang sikit.' Katanya dalam hati.
"Eh, dah nak balik ke Cha?" Arissa yang terkejut itu hanya tersenyum apabila ditegur oleh Puan Liza yang entah datang dari mana.
"Haah, aunty. Tadi umi suruh balik ada hal." Kata Arissa.
"Okey lah kalau macam tu. Drive elok-elok, nanti kirim salam dekat umi kamu." Pesan Puan Liza.
"Okey aunty. Terima kasih, Icha gerak dulu." Pinta Arissa setelah bersalaman lalu meloloskan dirinya ke dalam keretanya dan meninggalkan halaman rumah tersebut.
"Eh, adik nak pergi mana pulak ni?" Tanya Puan Liza sebaik sahaja nampak Ruby ingin keluar.
"Adik nak keluar kejap. Nanti adik balik. Tak lama pun. Adik pergi dulu ma, bye." Jelas Ruby lalu mencium pipi mamanya. Dia segera keluar menuju ke keretanya.
hye semua huhuu sory eh semalam tk update . sory bab ni pndek sikit . sory jgak if ada typo btw jgn lupa vote and comments ✌️
YOU ARE READING
Hanya Kau Mrs.Shorty
RomanceRuby Anisah hidup dalam keluarga yang bahagia.Tidak perlu harta serta kemewahan tetapi cukupla baginya keluarga yang bahagia. Haikal Amsyar seorang anak tunggal Dato Hamdan dan Datin faridah.Sikapnya yang panas baran itu ditakuti oleh semua orang ta...