Bab 39

1K 10 0
                                    

Mereka dibenarkan melawat Ruby setelah mendapat kebenaran tetapi mereka memberi ruang dulu kepada Haikal kemudian baru yang lain menyusuli. Kelihatan Ruby sedang terbaring lemah tidak berdaya di katilnya.

"Sayangggg." Haikal meluru ke arah Ruby lalu memeluk erat tubuh itu.

"Sayang, thank you. Aku tak sangka kau mengandung selama ni. Patut lah perangai pelik pelik je." Kata Haikal lalu mengucup tangan dan pipi Ruby bertalu-talu. Risau dia melihat wajah pucat isterinya itu.

"Eee tak payah la cium banyak kali, lemas laa." Muncung Ruby.

"Hehe sorry, aku excited tadi. Tak sangka aku nak jadi papa dah." Kata Haikal dengan riak gembira.

"Itu lah tu, saya pun tak sangka. Sorry banyak susahkan awak selama ni. Saya tahu saya selalu buat perangai lepastu susahkan awak." Kata Ruby sambil bermain kedua jari telunjuknya.

"Hey, apa cakap macam tu pula. Tak ada lah, aku tak rasa tu beban pun, lagi suka ada lah. Kau lagi manja dengan aku dan makin comel. Thanks sayang, love you."

"Anak papa dalam ni jangan lasak-lasak tau, kesian mama nanti penat." Pesan Haikal sambil mulutnya melekap di perut Ruby yang baru sahaja ingin menampakkan bentuknya.

Ruby bahagia melihat Haikal yang sedang gembira itu. Dia pun tidak sabar ingin menghitung bulan demi kelahirannya.

Rupa-rupanya, yang selama ini dia merugut kerana dia semakin gemuk kerana sudah mempunyai dua insan di dalam rahimnya.

Seketika kemudian, muncul lah wajah mama, papa serta mertuanya dengan wajah gembira. Mereka berbual di selangi dengan gelak ketawa sekaligus memeriahkan suasana bilik itu.


Keesokannya, Ruby dibenarkan discharged.

"Sayang, kau masuk la rumah dulu pergi naik bilik, rehat. Kejap lagi Arissa dengan kawan-kawan aku nak datang. Aku nak angkat barang ni sekejap."

"Alaaaa saya nak tunggu awak."

"Manja nyaaa dia ni. Jom jom."


"Sayang, bangun. Jom turun bawah, diorang dah sampai tu." Kejut Haikal lembut. Ruby yang mamai itu hanya mengangguk sahaja. Sejak mengandung ni, dia asyik tidur sahaja. Penat tu tak boleh bawak bincang.

Mereka menuruni tangga sambil berpegangan tangan.

"Wooo merpati sejoli dah turun guys!" Jerit si dia. Siapa lagi tak lain tak bukan yang selalu buat kecoh, Ariq aaa.

Ariq: Suka hati kau je cakap aku kecoh, aku budak baik eh.

Author: Acah. Dasar budak mental.

Ariq: Bangang ah kau, blah.

Mereka yang lain hanya menggeleng, dengan author pun nak gaduh haih Ariq Ariq.

"Sorry korang, aku tertidur tadi dekat atas. Dah lama sampai ke?" Tanya Ruby lalu duduk di sofa. Haikal mengambil tempat di sebelahnya.

"Eh, tak apa lah kitorang okay je. Dalam 15 minit jugak lah dah sampai. Saja je tak nak bagi Haikal kejut kau tadi." Terang Farhan.

Ruby hanya meng'oh'kan sahaja.

"Tak lah, aku ni mereput tunggu kau. Kau ah tidur je keje." Kata Ariq bergurau tetapi sengaja di buat nada serious.

Ruby tersentap. Matanya sudah bertakung, hanya tunggu mendarat di pipinya sahaja.

"S-sorry, aku t-tak sengaja."

Farhan, Raziq, Isqandar, Arissa dan Haikal sudah menjegilkan mata ke arah Ariq.

Hanya Kau Mrs.ShortyWhere stories live. Discover now