Setelah habis waktu sekolah, Arissa ke hospital kerana ingin melawat rakan baiknya itu. Tapi, kali ini dia tidak keseorangan.
Perlahan-lahan pintu bilik VVIP itu dibuka. Ruby yang sedang ralit bermain telefon berpaling ke arah muka pintu.
"Ichaaaa!!!" Panggil Ruby lalu mereka berpelukan.
"Beb, kau okey tak?" Tanya Arissa risau.
"Aku okey je lah." Balas Ruby dengan ceria. Mana tak suka, lepas sahaja mama dan mentuanya pulang, dia kebosanan.
"Eh, Is. Kau buat apa dekat sini?" Tanya Ruby setelah perasan bahawa rakannya itu tidak keseorangan.
"Kejar lembu. Tak nampak?" Loyar buruk Isqandar. Ruby pula menjeling.
"Haa, kantoi lah korang dating kan sebenarnya." Usik Ruby.
"Kau pahal ni? Nak kena sepak dengan aku ke?" Marah Arissa apabila di usik sebegitu.
"Elelelele, tak nak mengaku pula kau. Malu la tuuuu." Usik Ruby lagi. Arissa sudah merah muka di kacau oleh Ruby.
"Argh, merepek ah kau. Kepala kau macam mana? Sakit lagi tak?" Tanya Isqandar seraya mengubah topik. Kesian pula lihat Arissa menahan malu. Cute je. K tibe.
"Okey je. Sakit tu sakit la juga kadang-kadang. Rasa berdeyut. Tapi, lepas telan ubat tu okey la." Balas Ruby senada. Isqandar dan Arissa hanya mengangguk faham.
Beberapa minit kemudian, Isqandar mula berasa bosan kerana Ruby dan Arissa tidak habis-habis borak tentang perempuan.
Baru sahaja dia ingin keluar, pintu bilik itu dibuka. Muncullah wajah Haikal.
"Yo." Sapa Haikal. Isqandar pula menyambut dengan mesra.
Perbualan Ruby dan Arissa juga terhenti. Ruby hanya berbuat tidak tahu dan menyambung berbual semula.
"Asal lama sangat kau? Ingat tak nak datang tadi. Aku dah mati kutu duduk sini." Kata Isqandar tidak puas hati.
"Tadi aku ada hal. Bini aku okey tak?" Tanya Haikal setelah mendapat tempat duduk di sofa. Tahu sangat dia bahawa Ruby masih mengajuk dengannya.
"Eh, apahal tanya aku pula. Bini kau, mesti la kau kena tanya." Jawab Isqandar selamba. Haikal menjegilkan mata.
"Kau tengok eh."
"By, kau okey tak? Sakit apa-apa?" Tanya Haikal sambil berjalan ke arah Ruby.
Ruby hanya mendiamkan diri. Wajah Haikal tidak dipandang. Haikal yang tahu akan keadaan itu terus ke sofa semula di mana dia berbual dengan Isqandar.
"See? Dia mana layan aku." Kata Haikal dalam nada pasrah sambil matanya melihat Ruby yang sedang leka bergelak ketawa dengan Arissa.
"Kau sabar je lah bro. Siapa suruh cari pasal lagi? Pandai-pandai lah tanggung tu HAHAHAHA." Kata Isqandar dan di akhiri dengan ketawa.
"Apa-apa je lah. Jom lah kita turun bawah, lepak cafe." Ajak Haikal.
"Cun, aku pun haus ni." Kata Isqandar.
"Korang, kitorang nak turun cafe. Nak order apa-apa tak?" Tanya Isqandar kepada Ruby dan Arissa. Mereka hanya menggeleng tanda tidak mahu.
Selepas sahaja Isqandar dan Haikal keluar dari bilik itu, bermula lah soal jawab bersama cik Arissa.
"By, kau pahal ni?" Tanya Arissa.
"Apa kau ni? Macam cari gaduh je dengan aku." Kata Ruby pelik.
"Kau gaduh dengan Haikal eh?" Teka Arissa dan tekaan itu betul.
"Tah, malas lah nak cakap pasal dia."
YOU ARE READING
Hanya Kau Mrs.Shorty
RomanceRuby Anisah hidup dalam keluarga yang bahagia.Tidak perlu harta serta kemewahan tetapi cukupla baginya keluarga yang bahagia. Haikal Amsyar seorang anak tunggal Dato Hamdan dan Datin faridah.Sikapnya yang panas baran itu ditakuti oleh semua orang ta...