"By, bangun makan ni." Kejut Haikal dengan lembut.
"By, bangun." Ruby hanya mencelikkan mata sedikit.
"Makan ni sikit, lepastu makan ubat." Arah Haikal. Ruby menggeleng tanda tidak mahu.
"Makan la sikit, nanti perut masuk angin. Meh sini aku suap." Haikal menyuakan sudu yang berisi bubur kepada Ruby.
Hanya tiga suap sahaja melepasi tekak Ruby.
"Sikit je makan, makan la sikit lagi."
Ruby menggeleng sambil kening berkerut menahan sesuatu yang ingin keluar."By, kenapa ni?" Tanya Haikal risau.
Tanpa diberi amaran, Ruby dengan laju berlari menuju ke bilik air memuntahkan segala isi yang ada di dalam perut.
Haikal yang terkejut segera mendapatkan Ruby.
"By kau okey tak?" Tanya Haikal sambil menepuk-nepuk belakang Ruby bagi meredakan rasa loya.
Ruby dengan segera menyelesaikan basuhan lalu berjalan ke arah katil sambil dipimpin Haikal.
"By, asal ni?" Tanya Haikal resah.
Takut dia melihat Ruby yang batuk-batuk beserta muntah. Mungkin dia tidak pernah-pernah melihat Ruby alami begini.
"Aku nak rehat kejap." Kata Ruby dalam mata tertutup.
Haikal tidak berpuas hati apabila soalannya tidak dijawab oleh Ruby lalu dia meletakkan tapak tangannya di dahi Ruby.
"Ya Allah panasnya. Kau demam lah By." Kata Haikal dengan terkejut.
"Tak ada lah. Aku sakit kepala sikit je." Kata Ruby dengan suara yang lemah di selang-seli dengan batuk.
"Haih, budak ni degil la. Tunggu sekejap aku nak turun bawah. Kau tidur lah dulu." Kata Haikal lalu keluar dari bilik.
~~~~~~~~~~~~~~~~~
"Haa, mama dah agak dah apa yang akan jadi dekat Ruby. " Sampuk Puan Liza ketika Haikal sedang menyediakan air bunga raya untuk Ruby.
Air bunga raya itu bukan untuk diminum, tetapi untuk melemur supaya dapat mengurangkan rasa panas.
" Maksud mama, apa?" Tanya Haikal keliru.
"Dia berjangkit dengan kamu lah tu." Kata Puan Liza sambil mengemas dapur.
"Demam sampai muntah-muntah?" Tanya Haikal mendapatkan kepastian.
"Iye, Ruby kalau sakit memang dia teruk dari yang lain. Kenapa? Ke Kal dah mula untuk bagi mama cucu?" Usik Puan Liza dengan senyuman.
"Eh, kesitu pula mama. Awal sangat planning tu." Kata Haikal sambil menggaru kepala yang tidak gatal.
"Dahtu? Haih, macam-macam lah kamu nih. Jangan awal sangat, jangan lambat sangat. Kami pun nak merasa ada cucu juga." Kata Puan Liza. Haikal hanya menyengih tidak tahu ingin memberi respon apa.
Haikal masuk ke dalam bilik ketika Ruby sedang tidur.
Haikal merasa dahi Ruby. Panas. Segera dia menuam dahi Ruby dengan air bunga raya.
"Sorry By, sebab aku, kau dapat sekali." Kata Haikal sambil mata tidak lepas memerhati muka isterinya yang pucat.
Ruby tidak dapat tidur dengan nyenyak akibat tidak selesa.
"Amsyar." Panggil Ruby diakhiri dengan batuk.
"Kenapa?"
"Sejukkkk." Ujar Ruby sambil menggigil sedikit.
![](https://img.wattpad.com/cover/227178347-288-k103210.jpg)
YOU ARE READING
Hanya Kau Mrs.Shorty
RomansaRuby Anisah hidup dalam keluarga yang bahagia.Tidak perlu harta serta kemewahan tetapi cukupla baginya keluarga yang bahagia. Haikal Amsyar seorang anak tunggal Dato Hamdan dan Datin faridah.Sikapnya yang panas baran itu ditakuti oleh semua orang ta...