Masa berlalu dengan pantas. Sudah seminggu Haikal tidak pergi kerja. Apabila ditanya oleh Ruby, katanya daddy beri dia cuti. Sedangkan, dia mahu meluangkan masa bersama buat kali terakhir bersama isteri kesayangan, nyawanya, bidadarinya. Tidak dapat dibayangkan bagaimana kehidupan Ruby selepas ketiadaannya. Semua sudah sedia maklum akan hal itu. Semua kecuali.... Ruby Anisah.
Dan, sudah tiba masa yang sangat sangat sangat dia takuti. Berharap tidak muncul akan hari itu, namun dia hanya seorang manusia. Perlu redho akan ketentuan yang sudah tertulis buatnya.
"Sayang, abang pergi dulu ya. Maafkan kalau abang ada buat salah dengan sayang, marah sayang, buat sayang kecil hati. Mungkin, kisah percintaan kita tak seindah orang lain, tapi mungkin pengakhiran kita paling indah. Tak terungkap kata cinta abang buat sayang. Maafkan abang ya." Kata Haikal dengan nada biasa tetapi jelas sekali dibuat buat di pendengaran Ruby. Wajah Haikal yang sayu itu dipandang hiba. Sebak.
'Kenapa aku perlu rasa macam ni? Ya Allahhh petunjuk apakah ini.' Rintih Ruby di dalam hati.
"Husband, takmo cakap macam tu. Kan husband nak pergi jumpa boys je kan. Nanti kita jumpa balik. Sayang pun nak minta maaf kalau sayang buat salah dengan abang, and i love you more than word hubby!" Ruby memeluk erat tubuh Haikal seperti tidak mahu melepaskan.
Tidak mahu melengahkan lagi masa, Haikal meminta diri.
"Jaga diri sayang."
Empat jam Haikal telah pergi meninggalkannya seorang diri di rumah itu. Hatinya tidak tenteram. Bibirnya sedari tadi tidak berhenti menyebut kalimah Allah bagi menenteramkan hatinya. Tiba-tiba, kedengaran bunyi kereta memasuki perkarangan rumah. Segera Ruby melangkah ke arah muka pintu. Tetapi, tekaannya meleset apabila kereta yang memasuki perkarangan rumah itu bukan milik suaminya. Di manakah Haikal?
Isqandar??
"Assalamualaikum."
"Waalaikumusalam. Is, asal kau datang? Bukan Haikal nak jumpa korang ke tadi? Mana dia?" Tanya Ruby bertalu-talu.
Hatinya tidak tenang melihat wajah mendung milik Isqandar.
"Ruby, jom ikut aku."
"Nak pergi mana?"
"Jom je, aku nak bawak kau pergi satu tempat."
Ruby hanya menurut sahaja. Dalam hati, tidak berhenti berdoa. Segera dia mencapai dompet serta telefon bimbitnya dan kunci rumah. Setelah itu, dia meloloskan dirinya ke dalam kereta milik Isqandar.
"Is, aku tanya ni. Mana laki aku? Haikal mana Haikal?" Desak Ruby. Air matanya laju menuruni pipi.
"Haikal dekat hospital."
Tiga patah perkataan itu berjaya menyentak tangkai hati Ruby.
Allahuakbar ya Allah!
Isqandar tidak mampu melihat wajah rakannya itu. Air matanya yang ingin keluar itu sedaya upaya ditahan.
"Ruby, aku harap kau kuat. Tolong Ruby, demi anak kau."
"Macam mana nak kuat Isqandar? Suami aku dekat hospital. Aku tak nak hilang dia, aku sayang dia. Is, tolong aku. Cakap dia tak ada apa-apa kan. Allahuakbar." Rintih Ruby.
Isqandar segera melajukan pemanduannya supaya sampai ke destinasi dengan segera. Tidak sanggup mendengar segala rintihan yang keluar dari mulut Ruby.
Sampai sahaja di hospital, terus sahaja Ruby meluru ke bilik yang telah pun ditempatkan suaminya. Di situ, berdirinya mummy, daddy, mama dan papanya. Abang sekali?? Arissa pun ada juga. Kenapa semua sudah ada sedangkan aku ....
YOU ARE READING
Hanya Kau Mrs.Shorty
RomanceRuby Anisah hidup dalam keluarga yang bahagia.Tidak perlu harta serta kemewahan tetapi cukupla baginya keluarga yang bahagia. Haikal Amsyar seorang anak tunggal Dato Hamdan dan Datin faridah.Sikapnya yang panas baran itu ditakuti oleh semua orang ta...