Hari berganti hari. Minggu berganti minggu. Pelajar asrama dibenarkan pulang ke rumah kerana waktu pulang ke kampung. Semua pelajar gembira untuk pulang ke rumah tetapi sebaliknya bagi Ruby. Ini kerana pada hari sabtu akan berlangsung majlisnya iaitu majlis pertunangan dengan jejaka yang tidak diketahuinya. Dia langsung tidak ambil tahu tentang majlis tersebut. Seratus peratus diuruskan oleh kedua ibu bapanya.
"By, kau okey tak ni?" Tanya Arissa ketika mereka menunggu Puan Liza menjemput anaknya dan dia. Arissa mengikuti Ruby pulang setelah mendapatkan keizinan daripada kedua ibu bapanya. Ruby hanya memandang kosong rakannya dengan senyuman tawar. Setelah beberapa minit, kereta Perodua Vios milik mama Ruby muncul.
"Hey anak mama. How are you?" Tanya Puan Liza dengan suara ceria.
"I'm okey mama." Jawab Ruby dengan nada malas. Arissa hanya mendiamkan diri.
"Adik, majlis adik dah siap semuanya. Pelamin semua dah ada dekat ruang tamu. Malam nanti saudara mara kita datang. So, mama nak adik layan tetamu dengan baik okey? Jangan buat muka." Pesan Puan Liza. Ruby hanya mendengar sepintas lalu sahaja seperti masuk telinga kanan keluar telinga kiri.
"Aunty, nanti Icha tidur bilik Icha ke Ruby ? Tanya Arissa setelah lama mendiamkan diri dan ingin mengelakkan Ruby berbual dengan mamanya. Bukan apa, tetapi dia melihat Ruby seperti tidak ingin mengambil tahu langsung tentang majlis nya pada esok hari.
"Icha nanti tidur dengan Ruby lah eh sebab bilik Icha kasi tetamu yang jauh guna boleh ?" Tanya Puan Liza.
"Icha okey je, aunty." Kata Arissa sambil tersenyum dan perbualan pun berakhir sehinggalah sampai di halaman rumahnya.
Malam itu suasana di rumahnya meriah seperti ada pesta.
"Beb, aku pergi depan dulu la eh. Nak tengok kalau ada apa-apa lagi yang boleh aku tolong." Kata Arissa lalu menuju ke ruang tamu di mana terletak nya pelamin. Ruby hanya termenung sahaja di dapur sambil menghiris buah epal untuk dijamu kepada tetamu.
Sementara itu...
"Iye, Mah pun tak percaya anak Faridah jugak yang bakal jadi menantu Liza. Pandai juga eh Liza cari bakal menantu dia." Ruby hanya mendengar sahaja.
'Haih memang makcik bawang betul lah jiran aku sorang ni. Mentang-mentang mama takde kat dapur, mula lah nak membawang.' Bebel Arissa dalam hati.
Ruby berlalu pergi dari dapur menuju ke ruang tamu. Malas dia ingin mendengar umpatan dari jiran tentang mamanya. Sakit telinga dibuatnya.
"Adik, meh ikut mama masuk bilik sekejap." Ajak Puan Liza sebaik sahaja nampak Ruby ingin menuju ke ruang tamu. Ruby hanya menurut sahaja.
"Adik, mama harap adik dapat terima semua ni dengan ikhlas. Kalau adik tak suka, adik anggap ni semua amanah dari mama untuk adik bila mama dah tak ada lagi. Mama tak nak adik terbeban." Kata Puan Liza dengan panjang lebar. Ruby berasa sebak lalu memeluk mamanya.
"Shh, mama jangan cakap macam ni please. Adik akan jaga mama selagi adik ada. Adik sayang mama.", Ucap Ruby dalam tangisan. Mereka berpelukan beberapa seketika.
"Haa, adik ni baju untuk adik esok." Puan Liza lekas bangun ke arah almari di mana terletak nya baju gaun untuk majlis pertunangan Ruby. Baju itu jelas kelihatan sangat cantik.
"Alaaa, mama adik tak nak pakai baju ni. Adik nak pakai biasa je boleh tak?" Ruby merengek seperti anak manja apabila dia perlu memakai baju itu. Dia agak tidak suka memakai baju kurung kerana sifatnya yang seperti lelaki.
YOU ARE READING
Hanya Kau Mrs.Shorty
Storie d'amoreRuby Anisah hidup dalam keluarga yang bahagia.Tidak perlu harta serta kemewahan tetapi cukupla baginya keluarga yang bahagia. Haikal Amsyar seorang anak tunggal Dato Hamdan dan Datin faridah.Sikapnya yang panas baran itu ditakuti oleh semua orang ta...