Bab 2

491 25 8
                                    

Petang itu Haikal bermain bola keranjang seperti biasa bersama kawan-kawannya di court miliknya.

"Woi asal kau tak shoot je bola tadi tu Kal. Tak pernah-pernah lagi kau main macam ni." Kata Raziq apabila menyedari Haikal bermain sebegitu. Ini kerana dalam kumpulan itu Haikal lah yang paling hebat antara mereka semua. Haikal mencampak bola tersebut lalu pergi ke tempat duduk yang disediakan.

"Apahal tu ?" Tanya Ariq. Farhan,Isqandar dan Raziq hanya mengangkat bahu tanda tidak tahu.

"Korang main la dulu. Aku nak pergi tengok Haikal kejap. Aku rasa dia ade prob la." Kata Is lalu berjalan menuju ke arah Haikal yang sedang termenung.

FLASHBACK

"Kal mummy nak cakap sikit." Tegur Datin Faridah apabila menyedari Haikal sudah keluar dari lif di tepi tangga. Haikal berasa pelik kerana daddynya juga berada di situ. 

"Kenapa ni mummy daddy?" Tanya Haikal setelah mendapatkan tempat duduk di harapan Datin Faridah Dan Dato Hamdan.

"Hujung bulan ni akan diadakan majlis pertunangan kamu." Ujar Datin Faridah tanpa berselindung.

"What mummy ? Why ?"Tanya Haikal dengan suara yang agak kuat+bengang.

"Wait Haikal. Mummy can explain. Mummy buat ni semua ada sebab."Kata Datin Faridah.

"Why mummy ?"

"Kamu akan tahu sendiri nanti." Kata datin lagi .

"Tapi dengan siapa mummy. Kal bukannya kenal pun dengan perempuan tu. Lagipun umur Kal muda lagi la mummy, daddy. Kal taknak la semua ni." Kata Haikal dengan nada tak puas hati.

"Kamu kenal dengan perempuan tu. Kenal sangat dan jangan jadikan umur sebagai satu alasan."Ujar Dato Hamdan dalam nada tegas setelah lama mendiamkan diri.

Haikal tidak berpuas hati.

"Kal keluar dulu la mummy daddy. Nanti Kal bagitahu balik pasal ni." Haikal berlalu pergi setelah meminta izin.

END FLASHBACK

"Woi Kal !Kau dengar tak aku panggil kau dari tadi lagi. Mengelamun apa dari tadi aku panggil kau banyak kali pun still tak dengar." Kata Is setelah yakin Haikal sudah berada di bumi nyata.

"Nothing la." Tipu Haikal.

"Kau tak payah tipu aku la bro. Aku kenal kau dah lama sejak sekolah tadika lagi. Aku boleh tahu dari riak muka kau pun tahu kau ada masalah. Share la kat aku mana tahu aku boleh tolong." Ujar Isqandar dengan nada prihatin.

"Aku bagitahu kau promise dengan aku jangan bagitahu orang termasuk dorang." Kata Haikal lalu menghantar isyarat mata ke arah Raziq,Ariq Dan Farhan yang sedang leka bermain bertiga even tak cukup orang. Is hanya mengangkat tanda setuju.

"Mummy suruh aku bertunang hujung bulan ni." Beritahu Haikal dalam nada pasrah. Isqandar begitu terkejut dengan apa yang didengarnya sebentar tadi.

"Serius la apa aku dengar ni ? Kau tak main-main ?"Tanya Is dengan nada terkejut dan tidak percaya.

"Ada nampak aku main-main ke ?" Tanya Haikal dalam nada terkejut. Isqandar hanya menggeleng. Dia tahu Haikal tidak akan main-main jika dalam situasi seperti ini.

"Kenapa mummy buat macam ni. Kau kenal ke siapa perempuan tu ?"Tanya Is lagi. Dia biasa panggil Datin Faridah dengan panggilan mummy kerana dia adalah anak angkat dalam family itu.

"Entahlah, aku pun taktahu kenapa mummy buat macam ni. Bila aku tanya siapa, daddy cakap aku kenal sangat dengan dia. Entah la aku pun tengah serabut sekarang ni." Terang Haikal lagi. Is hanya mendiamkan diri. Dia juga turut bersimpati dengan Haikal tetapi dia tahu parents Haikal buat yang terbaik untuk anak tunggalnya itu.

"Aku balik dulu la Is." Ujar Haikal. Jelas mukanya dalam keadaan tertekan.

"Korang, aku balik dulu. Apa-apa roger. Cau." Kata Is kepada Haikal.

"Thanks bro dengar problem aku. Cau." Is hanya mengangguk sahaja dan menghantar Haikal dengan pandangannya sahaja.

"Apahal tu weyh ?" Tanya Ariq dan diikuti yang lain berjalan menuju kearahnya.

"Woi sejak bila kau dekat sini hah ? Terkejut aku." Marah Is, mengurut dadanya akibat terkejut.

"Tak ada apa la.Dia ada problem sikit. Dah la jom balik, nak Maghrib ni. Jumpa esok." Kata Isqandar seraya mengubah topik.Dia tidak ingin rakan-rakannya yang lain bertanya lebih lanjut kerana dia telah berjanji dengan Haikal bahawa dia tidak akan memeberitahu perkara ini kepada sesiapa.

"Okay anything, roger. Cau."Kata Raziq pula. Mereka berjalan ke arah motor besar milik mereka.

*****

"Jemput makan datin,Dato."Kata Lily selaku pembantu rumah itu setelah siap menghidangkan makan malam.Mereka hanya mengangguk sahaja.

"Haikal mana ?" Tanya Dato Hamdan apabila menyedari anak terunanya tidak turun lagi. Isterinya hanya menggeleng sahaja. Baru sahaja Datin Faridah ingin bangun dari kerusi, muncullah Haikal.

"Turun pun, ingatkan memang tak nak makan." Perli Datin Faridah. Dato Hamdan hanya menggeleng sahaja. Suasana di meja makan sunyi. Tiada topik perbualan yang dibualkan sehinggalah Datin Faridah membangkitkan semula isu petang tadi.

"Haikal macam mana ? Dah buat keputusan ? Mummy bukan apa tapi..."Belum sempat Datin Faridah menghabiskan kata-katanya, Haikal bangun menuju ke sinki untuk membasuh tangan lalu tanpa sebarang kata, dia berlalu naik ke tingkat atas untuk masuk ke biliknya. Dato dan Datin terpempan kerana tidak menyangka Haikal akan bertindak dengan sebegitu sekali.

"Bang, macam mana ni ? Nampak sangat Kal macam tak setuju dengan apa yang kita buat. Saya risau lah." Luah datin kepada suaminya.

"Kita doa je lah supaya Allah bukakkan hati Haikal untuk terima semua ni. Lagipun kita buat semua ni tanpa persetujuan dia dan pengetahuan dia. Memang susah untuk dia terima semua ni." Kata Dato Hamdan selaku ketua keluarga. Datin hanya mengangguk sahaja lalu menghabiskan makan malam tersebut dengan segera.



Haikal berbaring di atas katil sambil otaknya ligat memikirkan majlis yang akan berlangsung pada hujung bulan ini. Dia tidak berniat untuk kurang ajar dengan parents nya di bawah sebentar tadi tetapi dia masih tidak dapat menerima kenyataan.

'Haih siapa lah budak perempuan tu. Dah lah tahun ni aku SPM. Dalam status tunangan orang. Apa smua ni? Apa pun yang terjadi majlis tu akan berlangsung juga hujung bulan ni. Takkan aku nak malukan mummy dengan daddy. Hrm takpa lah mesti mummy dengan daddy tahu apa yang terbaik untuk aku. Esok je lah aku bagi jawapan dekat dorang.' Ujar Haikal seorang diri lalu menuju ke arah bilik airnya untuk mengambil wudhuk bagi menunaikan solat Isyak. Selepas itu dia ke meja belajar untuk mengulangkaji pelajaran. Itulah rutin hariannya jika bukan hujung minggu dihabiskan bersama rakannya.

hehehe jangan lupa vote and comments ye

Hanya Kau Mrs.ShortyWhere stories live. Discover now