Bab 31

308 10 0
                                    

Hari yang di nanti-nantikan oleh mereka tiba jua. Haikal dan Ruby berasa 'nervous'.

"Eee apa ni Kal, buat majlis tak bincang dulu dengan saya. Awak tahu tak saya takut ni." Bebel Ruby geram.

Mereka buat majlis 'resepsi' tanpa pengetahuannya. Tahu-tahu, dia dah siap dengan gaun pengantin. Mana nya tak geram, dahla besar-besaran. Pasti kalangan Dato Datin, ahli korporat sahaja memenuhi dewan tu.

"Mummy yang tak bagi aku bagitahu kau. Kalau bagitahu, ni lah jadi. Mama pun cakap benda yang sama." Kata Haikal bersalah.

"Kalau ya pun, cakap la sepatah. Dahla mengejut, saya tak prepare apa apa pun."

"Takut?" Tanya Haikal berbisik. Ruby mengangguk.

"Shut, aku ada. Ready, nak mula dah." Kata Haikal menggenggam erat tangan Ruby yang kesejukan.

Majlis bermula seperti yang dirancang. Terdapat tiga kanak-kanak perempuan yang comel menjadi flower girl. Ruby memaniskan wajahnya di hadapan tetamu.

Satu per satu acara sudah selesai. Kini, tiba giliran Haikal Amsyar, pengantin lelaki untuk memberi sedikit ucapan.

"Dipersilakan, raja sehari kita yang sama padan sama molek bagai pinang dibelah dua, Haikal Amsyar beserta isteri kesayangannya Ruby Anisah untuk menyampaikan sedikit kata-kata." Kata pengacara itu.

Tepukan gemuruh diberikan.

"Assalamualaikum dan selamat malam semua. Terima kasih sudi untuk hadir majlis saya. Saya tak nak cakap banyak, cuma ingin semua mendoakan kesejahteraan kebahagian kami. Semoga kami dapat lalui rintangan alam perkahwinan dalam usia yang muda. Kami tahu itu sukar tetapi jika suratan sudah tertulis untuk saya begini, saya akan pegang amanat ini. Terima kasih semua, thank you Ruby Anisah hadir dalam hidup Haikal Amsyar, menceriakan hari-hari Haikal Amsyar walau pada awalnya pelbagai yang kita lalui. I love you sayang." Kata-kata Haikal yang terakhir disambut tepukan gemuruh oleh para hadirin. Dato' Hamdan, Datin Faridah, Encik Kamal dan Puan Liza tersentuh hati. Tahu lah mereka bahawa anak mereka sedang bahagia.

Ruby yang terkedu itu mengalir air mata bahagia. Tidak sangka Haikal akan mengungkapkan perkataan itu di hadapan orang ramai. Dipeluk erat Haikal sebagai membalas ucapannya sebentar tadi.



Majlis selesai dengan lancar. Kini, hanya tinggal beberapa tetamu yang masih belum pulang.

"Sayang, aku pergi dekat sana dulu ya." Pinta Haikal. Ruby pula mengangguk. Sudah tahu, pasti Haikal akan ke rakan daddy nya. Bakal menggantikan tempat daddy nya suatu hari nanti, perlulah dia belajar dari sekarang.

Ruby bergerak ke bahagian air untuk membasahkan tekaknya yang kering.

"Eh, tak sangka boleh jumpa you. Erm, not bad. Lawa pun maybe sebab pakaian and your make up. Ups, raja sehari kan pasti lah nak melaram." Kata suara gedik itu.

Ruby yang sedang meneguk air terkaku.

"Err, saya kenal awak ke?" Tanya Ruby pelik.

"You tak kenal I, tapi I kenal you. Btw I Jasmine, future wife your husband tapi you dah rampas dia dulu. So yea."  Kata Jasmine dengan nada gedik.

Ruby terkedu.

'Betul ke apa yang dia cakap ni? Haih, tak tak, mustahil.' Kata Ruby menyedapkan hati.

"Ouh. Awak nak apa dari saya sekarang ni? Maaf saya busy nak layan tetamu lain." Kata Ruby dengan sedaya upaya memaniskan muka.

"Nothing. Cuma nak ingatkan kau pompuan yang Haikal Amsyar tu milik aku. Kau tak layak la nak bersama dengan dia. One day aku akan dapatkan dia dari kau. Entah entah kahwin pun sebab dalam perut tu dah ada isi kan."

Prangggggg !!!

Tamparan yang kuat itu membuatkan orang yang berada di sekeliling terkejut. Haikal yang berada tidak jauh dari tempat itu melihat kejadian tersebut. Terkejut di buatnya Ruby menampar pipi tetamu itu dengan marah. Pasti ada sesuatu yang terjadi, dengan segera dia mendapatkan Ruby.

"Kau mulut tu jaga sikit eh pompuan. Jangan harap muka kau tu cantik, pakai baju yang tak cukup kain, kau lagi cantik dari aku, kau nak hina aku?! HAH?!!!" Tengking Ruby.

Suasana di dalam dewan itu sunyi dengan suara Ruby yang kuat itu.

"Hey sayang. What happened?" Tanya Haikal cemas sambil memeluk Ruby.

"You, your wife tampar i. Tengok ni. Semua orang nampak kan perempuan ni tiba-tiba dia tampar I." Adu Jasmine kepada Haikal dengan nada sengaja dibuat.

"Eh, you kenapa ni? Eh lepaslah." Kata Haikal dalam nada keras sambil melepaskan tangan Jasmine yang cuba ingin memeluknya.

Orang sekeliling memerhati tetapi Jasmine enggan ingin melepaskan tangan Haikal.

Haikal yang rimas itu segera menarik tangan Jasmine keluar dari dewan itu.  Sebelum itu, sempat dia pesan kepada mummy nya untuk bawa Ruby naik ke bilik.

"Jasmine?! What's going on?" Tanya Haikal dengan nada yang di tahan.

"You, kenapa you pilih dia? Apa yang kurangnya I? Kenapa you tak pilih I? I dah lama tunggu you, since kita kecil lagi." Rayu Jasmine dengan tangisan meminta simpati.

wtf!

"Eh Jasmine. Kita ni kawan je lah dari kecik. You kena terima hakikat yang I dah kahwin."

"No, no, you not. You boleh kahwin dengan I je. Jom kita kahwin ya Haikal." Diri Jasmine yang sekarang sudah comot menampakkan perempuan itu tidak terurus.

"Eh, kau dengar eh sini. Sekarang ni, aku dengan kau tak ada apa apa hubungan. Kita ni kawan saja. Aku dah kahwin. Aku nak kau ingat eh, aku dah kahwin. Kau jangan nak kacau rumah tangga aku. Serabut la aku." Tengking Haikal meninggalkan Jasmine keseorangan. Pekikan lolongan Jasmine tidak dihiraukan.

"Kau tunggu nasib kau pompuan!" Kata Jasmine dalam nadi dengan penuh dendam.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Ketika Haikal masuk bilik, kelihatan Ruby sudah memejamkan matanya. Dia berlalu ke bilik air menyegarkan badannya. Setelah selesai mandi dan menunaikan solat Isyak, Haikal berbaring di sebelah Ruby yang membelakangkannya.

"I'm sorry sayang. Aku tak expect benda macam tu jadi di majlis penting kita. Sayang rehat dulu okay, aku tahu kau penat. Aku sayang kau dunia akhirat." Kata Haikal, sedih apabila ternampak wajah sembab isterinya yang banyak menangis kerananya.

Ruby yang terdengar ungkapan itu mengalir air mata.


Haikal tersedar pagi itu apabila cahaya matahari memasuki biliknya. Tangannya dirabakan di sebelahnya, kosong.

"Awalnya dia bangun." Gumam Haikal sendirian. Lalu, dia bangun untuk membersihkan diri.

"Haa, bangun pun kamu." Tegur Datin Faridah. Puan Liza pula tersenyum di meja makan.

"Maaf mummy, mama bangun lewat. Penat sikit malam tadi." Kata Haikal seraya mengambil tempat di sebelah isterinya.

"Kalau kamu penat, mesti Ruby pun penat. Tapi boleh saja menantu mummy ni turun dapur pagi pagi. Siap masak lagi."

"Sayang masak semua ni?" Tanya Haikal ingin tahu. Ruby hanya mengangguk sahaja. Tiada mood dia ingin berbual dengan Haikal.

Dia bangun awal pagi pun kerana tidak mahu terserampak dengan Haikal. Sakit hatinya pada perempuan yang bernama Jasmine itu belum surut lagi selagi Haikal tidak menceritakan hal sebenar.

Mereka yang lain di meja makan hanya melihat sahaja pasangan itu. Tahu lah mereka pasti ada masalah yang belum selesai, iaitu Jasmine.

"Dah, cepat makan-makan. Papa dengan mama nak balik dah sekejap lagi." Celah Encik Kamal.

"Awalnya mama dengan papa nak balik. Duduk la sini dulu seminggu dua minggu." Kata Ruby dengan nada manja.

"Tak boleh sayang. Papa awak banyak kerja. Nanti ada masa kamu balik la rumah kami, tidak pun kami datang sini. Kan, abang?" Pujuk Puan Liza.
Encik Kamal pula mengangguk.

"Dah cepat makan. Kejap lagi nak teman mama balik." Ujar Haikal. Ruby hanya menurut tidak membantah.












done ♀️♂️💗

Hanya Kau Mrs.ShortyWhere stories live. Discover now