Bab 3

431 23 3
                                        

Kelas 5 Mawar iaitu kelas Ruby dan Arissa riuh-rendah dengan suara pelajar kerana guru tidak masuk oleh kerana mempunyai hal yang tidak dapat di elakkan. Ruby termenung memikirkan tentang perkara semalam yang dibincangkan oleh mama dan papanya.

"Woi Ruby! Kau apahal ni termenung jauh nampak. Macam ada masalah besar je aku tengok. Kenapa kau kena kahwin ke hujung bulan ni ke hahahaha." Sergah Arissa serta di selitkan dengan gurauan di hujung ayatnya sambil tergelak-gelak.

"Haah memang pun." Ujar Ruby dalam nada pasrah. Arissa hanya ketawa.

"Asal kau gelak beb?" Tanya Ruby, pelik apabila melihat rakannya yang seorang itu gelak. 'Pikir kelakar ke? Orang tengah sedih dia boleh pula gelak.' Rungut Ruby dalam hati.

"Dah kau buat lawak tak bertempat." Jawab Arissa dalam sisa tawanya lagi.

"Cha aku tak buat lawak la, tapi bukan kahwin la bawah dari dia sikit, tunang." Ujar Ruby dalam nada serious tapi seakan berbisik.

"APAAAAAAAAAAA ??????" Jerit Arissa dengan kuat menyebabkan satu kelas yang bising itu menoleh ke arahnya. Ruby menepuk dahinya. 'Aduh bala betul lah.'

"Sorry-sorry semua. Arissa memang macam ni korang kena la faham. Korang boleh sambung borak balik. Sorry ganggu." Kata Ruby kepada semua warga kelas 5 Mawar dengan sengihan. Arissa masih lagi dengan muka terkejut.

"Weyh kau apahal jerit macam tu? Nak semua orang tahu ke pasal ni?" Tanya Ruby, nada bengang.

"By kau serious la?" Tanya Arissa lagi seakan tidak percaya.

"Tak ada masa la nak main-main pasal ni. Up to you nak percaya ke tidak." Jawab Ruby dalam nada malas.

"Okey-okey aku percaya. Tapi asal tiba-tiba?" Tanya Arissa lagi.

"Cha, kalau aku tahu pun aku takkan terkejut macam ni. Aku pun tak tahu kenapa mama dengan papa buat macam ni. Aku buntu lah sekarang." Luah Ruby kepada rakannya dan di akhiri dengan satu keluhan.

"Beb, sabar eh. Mesti ada sebab kenapa parents kau buat macam ni. Kau kenal ke siapa mamat tu?" Tanya Arissa lagi.

"Aku tak tahu tapi mama cakap aku kenal orang tu. Beb, kau senyap je tau pasal ni. Aku tak nak kecoh la, tak nak benda ni sampai dekat pengetahuan orang lain."Pinta Ruby.

"Kau jangan risau okey. Rahsia ni akan kusematkan di dalam genggamanku." Ujar Arissa dengan suara yang dibuat-buat.

"Cha esok kita balik kan, jom tidur rumah aku nak? Nanti cakap lah dekat parents kau." Pinta Ruby dengan wajah mengharap.

"Cantekkkkk! Lagi pun ummi dengan abi aku takde dekat rumah. Diorang outstation. Aku tinggal dengan abang-abang aku je. Nanti aku inform dekat parents aku." Terang Arissa. Ruby hanya mengangguk dengan senyuman.




"Beb teman aku hantar buku ni dekat bilik guru. Aku lupa pulak nak hantar tadi time rehat." Pinta Ruby. Arissa hanya mengangguk.

"Weyh kau pergi dulu boleh tak? Aku nak pergi ladies kejap la." Kata Arissa apabila mereka melalui tandas perempuan.

"Haa jangan lama-lama, kita jumpa dekat bilik guru." Ujar Ruby lalu berjalan seorang diri menuju ke bilik guru.

Belum sempat dia ingin membuka pintu untuk keluar setelah menghantar buku, tiba-tiba tombol pintu telah dibuka dari luar. Ruby tidak dapat mengawal keseimbangan badan lalu badannya terjelepok ke hadapan. Dia hanya menutup mata kerana dia tahu dia bakal menjadi nangka busuk.

'Aik asal aku tak jatuh eh?' Tanya Ruby dalam hati lalu membuka matanya. Alangkah terkejutnya apabila dia melihat Haikal Amsyar a.k.a 'musuh'nya yang menyambutnya sedang tenung kepadanya. Arissa yang sedang lalu ke arah itu untuk pergi ke Ruby terhenti  kerana menyaksikan adenga tersebut sambil tersenyum.

"KAU??" Soal Ruby dan Haikal serentak.

"Kau apahal kat sini?" Tanya Ruby dalam nada marah kerana ingin menutup debar jantung nya yang berdegup kencang. Macam baru lepas lari marathon.

Haikal manarik tangan Ruby ke tempat yang tertutup sedikit. Yela takkan nak bergaduh depan bilik guru, habis jatuh reputasinya.

"Woi lepas lah. Kau apahal nak pegang-pegang ni?" Tanya Ruby dengan perasaan marah sambil menarik tangannya.

"Huh sabar boleh tak? Kau giler nak gaduh depan bilik guru?" Tanya Haikal dengan suara tegas. Rimas betul dia dengan Ruby, dari tadi menengkingnya.

"Aku sambut kau tadi pun mujur daripada kau jatuh tergolek macam nangka busuk." Sambungnya lagi lalu ketawa.

"Pikir kelakar lah? Aku nak bukak pintu tu kau pun semak je nak bukak." Balas Ruby lalu berpeluk tubuh.

"Eh kau, mana lah aku tahu kau nak bukak pintu tu. Kalau aku tahu memang aku tak datang. Dah ah aku nak masuk kelas dulu." Kata Haikal.

"Woi !" Panggil Ruby dengan kuat. Haikal hanya mengangkat keningnya tanda 'apa?'

"Thanks selamatkan aku tadi."bSambungnya lagi. Haikal hanya mengangguk lalu tersenyum nipis.

'Hish apahal la aku okey je dengan dia? Bukan aku benci dia ke sebelum ni? Takkan aku dah jatuh hati kat dia?  Oh no no no. Memang tak la aku suka kat minah pendek tu.' Bebel Haikal dalam hati sambil berjalan menuju ke kelas. Tiba-tiba,

"Eh you Haikal. You pergi mana tadi? Penat tau I cari you tadi."Tegur Emmy dengan manja.

"What? Eii kau ni apahal cari aku? Aku tak suruh pun." Balas Haikal dengan nada meluat serta muka Yang ketat. Sungguh dia benci akan perempuan itu yang gedik tahap dewa malaun. Senang cerita gedik nak mampos. Jalan pun macam tak ada tulang, lebik macam sotong kurita.


"Alaaa you ni tunggu la dulu. Jom lepas habis waktu sekolah ni kita jumpa nak?" Ajak Emmy dengan gedik.

'Bala betul lah pompuan ni. Huh!' Kata Haikal dalam hati lalu pergi meninggalkan Emmy keseorangan. Dia hanya membiarkan Emmy menjerit namanya seorang diri. Tak ada masa nak layan perempuan.

Yeah Haikal memang anti perempuan. Tidak semua perempuan dia akan bercakap sehingga ada yang melabelkan dia gay.


"Kurang asam betul Arissa tinggalkan aku sesorang. Hrm, memang tepat jangkaan aku dia dah ada dalam kelas. Mujur cikgu Najwa tak masuk dalam kelas lagi. Ruby masuk ke dalam kelas dengan muka ketat. Sengaja dia ingin menunjuk protesnya kepada Arissa kerana meninggalkannya seorang diri sebentar tadi.

"Beb, aku..." Belum sempat Arissa habiskan kata-katanya, Ruby memotong.

"Jangan cakap dengan aku." Kata Ruby dengan muka ketat. Arissa rasa bersalah dengan Ruby. Yeah memang dia sengaja meninggalkan 'mereka' sebentar tadi.


hye semua sory eh kalau ada typo astu lambat update. jangan lupa vote and comments.



Hanya Kau Mrs.ShortyTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang