Bab 33

301 9 0
                                    

Haikal tersedar apabila dia terasa seperti tangan kecil melingkar di lehernya.

'Comelnyaaa sayang.' Kata Haikal dalam hati. Jantungnya berdebar melihat wajahnya hanya seinci sahaja dengan Ruby.

"Sayang, bangun. Maghrib dah ni, nanti terlepas." Ruby hanya menggeliat kecil lalu sambung tidur.

"Susahnya nak bangun sayang abang ni." Kata Haikal lalu menggunakan cara 'kasar' mengejut Ruby. Bertalu talu serangan ciuman diberikan di muka Ruby.

"Eeee awakkkkkk apa niiiii cium cium orang." Marah Ruby dengan muka cemberut. Dahla kacau dia tidur, lepastu curi curi cium orang. Eiii geramnyaaaa.

"Dahtu abang kejut sayang elok-elok taknak bangun. Dah bangun-bangun, pergi basuh muka nak solat Maghrib. Nanti terlepas pula."

Ruby hanya menurut sahaja dengan muncung itik.

"Sayang, jangan buat muncung macam tu kalau taknak kena macam tadi lagi." Usik Haikal. Ruby memberi jelingan tajam.

Haikal ketawa melihat telatah Ruby.

================================

"Haikal, kita nak makan apa malam ni? Barang kering dengan basah tak beli lagi." Tanya Ruby ketika mereka sedang menonton televisyen.

"Erm, kita order je lah. Kau nak makan apa?"

"Eemmm, nak kepci bole? Teringin laa nak makan, dah lama tak makan hehe."

"Eh, belum cucuk lagi dah mengidam ke?" Usik Haikal.

"Eeeee pervert." Marah Ruby dan menghadiahkan cubitannya di lengan Haikal.

"Adu aduu aduhh sayangg sakit laaa. Okay okay, abang order KFC."

Beberapa minit kemudian, pesanan yang mereka pesan pun telah sampai.

"By, makan lah ni. Kau nak sangat kan tadi."

Ruby mendiamkan diri dengan bermain telefon. Merajuk.

"By, jangan laa macam ni. Udoh - udoh ler tuu merajuk nyaa. Aku minta maaf." Pujuk Haikal lagi.

Ruby masih sama.

"Sayangggggggg." Panggil Haikal dengan suara sexy. Ruby kalah.

"Haih, iye lah abang sayang kuuuu. Lepasni kalau awak cakap benda benda macam tu, saya taknak kawan. Merajuk sampai bila-bila, biar awak yang rugi." Kata Ruby sambil mengunyah ayam dengan berselera. Lapar lah dikatakan.

"Okay okay, aku janji."

Lalu mereka pun makan dengan senang hati sambil menonton cerita tah apo tah namo eh, author pun taktahu lah.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

"Aku nak kau pantau dia. Aku taknak dia terlepas. Aku dah nampak bayang dia dengan jantan tak guna tu sekarang dekat sini."

"Aku tahu lah kerja aku. Kau buat je lah apa yang aku suruh. Tu pun susah sangat ke."

"Kalau gagal kau jugak rugi, heh." Kata 'dia' dengan senyuman sinis dan mematikan panggilan itu.

"Just wait and see."

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

"Sayang, esok kita pergi beli barang dapur la eh?"

"Erm, okay jugak kalau macam tu." Kata Ruby yang sedang meratakan losyen di tangannya. Rutin harian sebelum tidur.

"By, dah siap belum? Sini laaa." Rengek Haikal manja.

"Awak dah kenapa ni?" Tanya Ruby, pelik dengan sikap Haikal yang tiba tiba manja.

"Sini lahhhhh."

Hanya Kau Mrs.ShortyWhere stories live. Discover now