"Hye everyone. Hye mama queen, hye papa handsome and, ofc my loveeeeeeeeee brothers." Tegur Ruby pada pagi itu dengan riang. Mereka di meja makan memandang ke arahnya, aneh.
"Kenapa pandang adik macam tu? Adik pakai baju terbalik ke?" Tanya Ruby sambil memerhati pakaiannya yang kelihatan normal. 'Elok je takda yang terbalik pun.'
"Tak-tak, adik lawa dah. Tapi bukan ke adik tak sihat before ni?" Tanya Haziq yang merupakan abang kedua Ruby. Mereka hanya memerhati.
"Oh, takda apa lah adik sihat je. Mama sorry tau pasal semalam. Adik ikut emosi sangat. Adik dah fikir masak-masak. Adik tak terima..."
"Tak apa mama faham. Mama dah bagitahu Datin tadi untuk tangguhkan sampai kamu habis sekolah. Mama minta maaf sebab paksa kamu." Ujar Puan Liza sayu. Ruby membuntangkan matanya.
"Mamaaaaaa kenapa mama buat macam niiiiiiii. Adik nak kahwin dengan dia laaaaa. Mamaaaaaa kenapa mama cancel adik nak kahwin laaaa." Terus Ruby menangis di meja makan itu. Mereka disitu terkaku.
'Apa kena adik aku ni?' Kata Haziq dalam hati.
"Betul ke ni adik?" Soal Encik Kamal. Mereka semua tercengang kerana Ruby menangis begitu kuat sekali.
"Betul lah, kenapa suka tangguhkan huarghhhh!" Tanya Ruby dalam esakan.
"Dah tu, tadi adik sendiri yang cakap macam tu." Kata Puan Liza lagi.
"Mama, mama tak dengar lagi adik cakap sampai habis. Adik cakap adik tak setuju dengan pemikiran adik semalam sebab mungkin kitorang boleh bercinta lepas kahwin. So, adik setuju la nak kahwin dengan Haikal dua bulan lagi tapi mama dah cancelkan." Jelas Ruby sambil menahan sedihnya. Mereka semua tersenyum mendengar penjelasan Ruby.
"Besar dah adik abang ni. Dah, jangan nangis-nangis." Rafiq mengusap kepala Ruby sambil tersenyum. Ruby lebih manja dengan abang sulungnya itu berbanding Haziq, abang keduanya.
"Alolololooo nanti mama call datin ya supaya jangan cancel. Sian anak mama ni meraung nak kahwin." Mereka sekeluarga ketawa mendengar kata mama.
"Dah-dah jom makan, nanti papa nak keluar kejap lagi." Mereka berbual sambil mengusik Ruby kerana perangai kebudak-budakannya itu.
Guru kelas subjek Sains yang sepatutnya mengajar kelas 5 Mawar tidak hadir kerana ada mesyuarat. Seperti biasa kelas bising seperti pasar malam .
Ruby tidak mengambil peduli dan leka buku di atas mejanya. Maklumlah tahun ini dia akan ada peperiksaan besar. Yelah sekarang pun dah hampir pertengahan tahun.
"By, nanti kan lepas kahwin, kau tak duduk asrama la kan? Duduk dengan Haikal?" Tanya Arissa tiba-tiba.
"Haah. Terpaksa lah. Asal?" Tanya Ruby kepada Arissa.
"Tak ada lah, aku terpikir jugak lepas ni aku alone lah dekat asrama. Lepas ni aku kena cari partner baru. Lepas ni pergi dewan makan dengan Maryam, Nuyul dengan geng-geng dia. Nasib lah aku rapat sikit dengan dorang tu, kalau tak memang aku alone. Nanti nak pergi surau dengan diorang, lepastu pergi sekolah dengan dorang. Hm, nanti aku rindu lah nak tunggu kau betulkan tudung depan cermin library nak turun bawah time nak pergi sekolah." Kata Arissa dengan nada sedih.
"Beb, janganlah macam ni. Tak mau la sedih-sedih. Kat sekolah kan kite boleh jumpa. Aku bukannya pergi pindah sekolah lain pun." Pujuk Ruby.
Mereka berpelukan. Tiba-tiba pintu kelas diketuk. Muncullah wajah Haikal Amsyar yang beku kegilaan ramai di hadapan muka pintu. Ruby terkejut.
"Weh, tunang kau dah sampai." Kata Arissa dalam nada berbisik. Walaupun mereka budak pandai, tapi mereka berlainan kelas kerana subjek yang di ambil berlainan.
"Aku nak jumpa Ruby Anisah." Kata-kata sepatah itu mampu mengejutkan mereka satu kelas tetapi tidak bagi Ruby dan Arissa. Ruby keluar dari kelas dengan gugup.
"Lembab sangat lah kau jalan. Macam siput sedut." Laju Haikal menarik tangan Ruby menuju ke tempat yang sedikit terlindung daripada orang ramai.
"Apa masalah kau ni, tarik-tarik orang. Kau nak apa, cakap je lah." Marah Ruby.
"Petang ni kau outing ikut aku. Pakai baju biasa je." Kata Haikal selamba.
"Apahal pulak? Suka hati je nak keluar warden tak kasi lah. Dah tu selamba badak je nak suruh keluar pakai baju biasa. Kau tak kena marah senyap." Marah Ruby lagi. Suka-suka hati dia mengarahkan orang.
"Aku cakap tu, ikut jelah susah sangat ke? Pasal asrama aku dah tanya cikgu Aminah, dia ok sebab aku bagitahu dia yang kita nak kahwin. Bulan ni last kau duduk asrama. Nanti bulan depan senanglah sikit kalau ada apa-apa persiapan. Sebab kau dah jadi budak outsider." Suara Haikal naik satu oktaf membuatkan Ruby terbuntang.
"What kau gila ke apa bagitahu cikgu? Dah la keluarkan aku dari asrama. Kau dah kenapa? Mama pun tak buat macam ni lah." Soal Ruby tidak puas hati.
"Haih, serabut lah aku dengan kau ni. Aku suruh buat tu, buat je lah susah sangat ke?" Suara Haikal semakin meninggi berbanding tadi. Dia menumbuk tangannya ke dinding melepaskan amarah.
Rambutnya di kusutkan. Ya, dia memang betul-betul serabut. Ruby terkaku kerana dijerkah sebegitu oleh Haikal iaitu bakal suaminya. Tanpa disedari, mutiara jernih mengalir di pipi.
"Ok, i'm sorry. Aku pergi dulu." Ruby segera berlalu pergi dengan tangisan air mata.
"Bodoh, bodoh, bodoh! Kau memang Haikal tak dapat kawal baran kau depan tunang kau. Kau bodoh! Arghhhhhh!" Pasu yang berdekatan dengannya disepak sehingga pecah. Dia segera melangkah berlalu pergi meninggalkan tempat itu untuk menenangkan diri.
Ruby berlari masuk ke tandas dengan tangisan.
'Kenapa time aku nak buka hati aku untuk kau, kau buat aku macam ni, Amsyar? Macam mana dah kahwin nanti. Habis semua badan aku kena pukul sebab baran kau. Aku taknak. Mama adik taknakkk...' Kata Ruby seorang diri di hadapan cermin sambil menangis.
Dia mengambil sedikit masa untuk bertenang. Selepas beberapa minit, dia berjalan menuju ke kelas.
"Beb, kau pergi mana tadi? Asal mata kau bengkak ni? Haikal buat apa dekat kau? Mamat tu memang nak kena dengan aku. Siap dia nanti!" Marah Arissa.
"Cha, aku tak apa-apa lah. Tadi aku jatuh dekat toilet. Kaki aku sakit sangat, sebab tu aku nangis. Kau tak payah lah serang mamat tu." Bohong Ruby. Arissa hanya percaya.
"Dahtu, kaki kau ok ke tak tu? Terseliuh ke apa?" Tanya Arissa prihatin sambil melihat-lihat kaki Ruby.
"Ok je lah. Thanks sebab ambil berat pasal aku. Dah-dah, cikgu Aishah dah masuk." Kata Ruby dengan segera menamatkan perbualan.
*****
"Yo, Haikal! Kau asal tak masuk kelas tadi? Lama pulak tu, pergi mana?"Tanya Isqandar sebaik sahaja melihat Haikal keluar dari stor sukan.
"Entah lah, aku serabut lah sekarang." Kata Haikal. Dia melepaskan keluhan.
"Bro, aku tahu kau ada problem. Asal ni? Kusut je aku tengok." Tanya Isqandar lagi.
"Aku gaduh dengan tunang aku tadi. Aku termarah dia. Kau tahu kan baran aku macam mana." Kata Haikal dengan nada pasrah.
"What?! Serius lah kau ni? Haih, aku tak boleh buat apa-apa dah kalau baran kau muncul. Harap kau dapat kawal lah depan Ruby. Aku gerak dulu. Tadi cikgu Anwar panggil aku. Cau." Kata Isqandar kemudian dia berlalu pergi.
hola amigos 🤗 sory sebab lama giler tak update. klau update pon satu bab je 😢 sory sgt 🙏 sory klau ada typo or else. happy reading 😄
YOU ARE READING
Hanya Kau Mrs.Shorty
DragosteRuby Anisah hidup dalam keluarga yang bahagia.Tidak perlu harta serta kemewahan tetapi cukupla baginya keluarga yang bahagia. Haikal Amsyar seorang anak tunggal Dato Hamdan dan Datin faridah.Sikapnya yang panas baran itu ditakuti oleh semua orang ta...