"ARGHHHHHH!!!" Jerit Ruby melepaskan geramnya di hadapan tasik. Ya, dia keluar untuk menenangkan dirinya. Dia menuju ke tempat di mana dia ingin menghilangkan tekanan.
"AKU BENCI KAU HAIKAL AMSYAR!!!" Jerit Ruby lagi. Orang sekeliling sudah memandangnya pelik. Ada yang sudah berbisik-bisik. Dia tidak kisah orang lain ingin menggelarkan dia gila atau seperti apa, yang penting dia ingin melepaskan geramnya.
"Habistu, kalau benci kenapa tak nak cakap depan-depan?" Sampuk suara itu. Ruby yang terkejut terus memusingkan badannya ke belakang. Haikal.
"Kau pahal kat sini? Semak je. Bla lah. Tempat lain boleh kan pergi." Marah Ruby. Orang nak hilangkan stres, dia boleh pulak ada kat sini.
"Well, ada tulis ke nama kau dekat sini?" Tanya Haikal dengan senyuman sinis membuatkan Ruby sakit hati.
"Kau kalau nak sakitkan hati aku, baik kau berambus jelah." Marah Ruby lagi.
"Mana kau tahu aku dekat sini?" Tanya Ruby lagi dalam nada tidak puas hati.
"Entah, mungkin dah tertulis kot kat mana kau pergi mesti ada aku." Usik Haikal. Dia sebenarnya keluar untuk berjoging tadi dan terdengar suara sayup-sayup orang sedang menjerit. Tak sangka itu Ruby. Terus dia ke tempat itu.
"Huh, menyusahkan!" Dengus Ruby lalu berjalan ke arah tasik. Dia malas melayan Haikal yang mental. Tangannya dicelupkan sedikit ke dalam air untuk menyegarkan mukanya.
'Huh sejuk.' Kata Ruby dalam hati apabila air itu singgah di permukaan kulitnya."Dah la aku balik dulu." Kata Haikal. Belum sempat Haikal ingin membuka langkah,
DUSHHHHH!!!
Kaki Ruby yang tergelincir menyebabkan dia terjatuh ke dalam tasik. Haikal yang terkejut terus terjun ke dalam tasik.
"Woi, Ruby wake up. Please wake up jangan tutup mata macam ni." Haikal cemas apabila Ruby tidak sedar setelah di letakkan di tempat selamat. Tambahan pula, Ruby memang tidak pandai berenang. Orang sekeliling pun cemas. Haikal menekan-nekan dada Ruby mengharapkan Ruby sedar tetapi sangkaannya meleset.
'By sory aku terpaksa buat.' Kata Haikal lalu dengan segera dia melakukan bantuan pernafasan. Kepala Ruby didongakkan sedikit dan dia melakukan CPR. Orang sekeliling hanya menjadi pemerhati.
Ruby tersedar lalu terbatuk-batuk mengeluarkan air yang masuk ke dalam peparunya sebentar tadi. Badannya lemah. Pakaiannya kuyup. Haikal segera mengambil bajunya yang sempat dibuka sebelum 'terjun' dan menyarungkan kepada Ruby. Ruby membiarkan sahaja kerana kepalanya kini berpusing agak hebat.
"Kita balik jom." Ajak Haikal . Ruby hanya mengangguk.
"Kereta aku macam mana?" Tanya Ruby dalam nada lemah.
"Takpe, nanti aku suruh Is datang ambik. Jom balik cepat, badan kau lemah ni." Kata Haikal. Jelas terpancar riak risau Haikal tentang Ruby.
Belum sempat Ruby masuk ke dalam kereta, pandangannya kabur dan terus gelap. Haikal yang terkejut Ruby tiba-tiba pengsan terus memecut keretanya ke hospital berdekatan. Sungguh dia takut ketika itu. Apabila sampai di hospital, Ruby dibawa ke wad kecemasan. Haikal berasa cemas lalu dengan segera dia menghubungi ibu bapa Ruby.
"Haikal, Ruby macam mana?" Tanya Puan Liza dengan nada cemas sebaik sahaja tiba di hospital bersama Encik Kamal. Mummy dan daddynya juga ada disitu.
"Doktor tengah rawat Ruby lagi. Mama, papa Kal minta maaf. Kal tak sempat nak sambut Ruby dari jatuh tasik." Kata Haikal dengan nada kesal.
"Takpelah, Kal. Janji Kal sempat selamatkan Ruby." Kata Encik Kamal sambil menenangkan Puan Liza.
Tiba-tiba doktor keluar dari bilik itu.
"Siapa ahli keluarga Ruby Anisah?" Tanya doktor yang bernama Rina.
"Saya, saya mama dia. Anak saya tak apa-apa kan doktor?" Tanya Puan Liza.
"Jangan risau, nasib Ruby dibawa cepat ke sini. Dia mengalami demam panas sebab terkejut. Saya dah bagi antibiotic, insyaAllah nanti dia okey." Terang doktor Rina.
"Alhamdulillah. Boleh kami lawat dia?" Soal Puan Liza lagi.
"Boleh selepas dipindahkan di wad biasa." Katanya lagi. Doktor meminta diri selepas itu.
Ruby hanya termenung memandang syiling. Kepalanya pening. Tiba-tiba pintu dikuak dari luar. Muncullah wajah mama, papa, mummy, daddy serta....... Haikal Amsyar. Dia terus melarikan pandangannya dari memandang wajah lelaki yang dibenci itu.
" Ya Allah, anak mama!" Puan Liza memeluk Ruby erat. Sebak terasa.
"I'm okey, mama. Don't worry." Kata Ruby selaku menenangkan jiwa mamanya.
"Adik, jatuh tasik adik cakap okey? Macam mana kalau Haikal tak ada time tu? Adik ni degil kan!" Ruby hanya menadah telinga mendengar bebelan mamanya itu sambil tersengih.
"Tu la By buat mummy risau je. Takut mummy bila Haikal telefon tadi cakap Ruby jatuh tasik." Kata Datin Faridah sambil memeluk Ruby.
"Okey-okey, i'm sorry sebab risaukan semua orang. Janji tak buat lagi." Kata Ruby sambil membuat muka comel. Mereka hanya tersenyum sahaja kecuali Haikal yang sibuk bermain telefonnya.
"Kal kamu kenapa senyap je dari tadi? Sibuk sangat ke dengan telefon sampai tunang kamu jatuh tasik pun tak nak tanya khabar." Marah Datin Faridah kepada anaknya yang satu ini.
"Err tak ada apa pun. Tadi kan mama dengan mummy tengah berborak dengan Ruby, macam mana Kal nak menyampuk." Katanya lalu memandang sekilas ke arah Ruby.
"Ni kitorang dah berbincang dan bersepakat. Kami harap kamu berdua rela." Kata Dato Hamdan dengan muka serius.
"Apa daddy?"
" 2 bulan lagi majlis pernikahan kamu berdua." Sambungnya lagi.
"WHAT???" Soal Ruby dan Haikal dalam nada terkejut.
"Mama harap korang dapat berbincang benda ni elok-elok. Okeylah kitorang keluar dulu. Haikal duduk sini teman Ruby ye, kami nak turun cafe sekejap."
"Kau ok tak?" Tanya Haikal memecahkan kesunyian setelah lama mereka berdiam diri.
"Aku okey je ni tak mati pun lagi." Balas Ruby kasar.
"Kau ni kan, orang nak berbaik kau buat macam ni." Kata Haikal dengan nada tidak puas hati.
"Kau nak berbaik dengan aku, huh kelakar!" Balas Ruby dengan senyuman sinis.
"Ok fine! Sekarang ni aku nak bincang pasal perkahwinan tu. Kau macam mana?" Tanya Haikal dengan nada pasrah.
"Aku tak nak cakap pasal ni. Tak ada mood, aku nak tidur." Balas Ruby lalu memusingkan badan supaya tidak menghala ke arah Haikal lalu berselubung di bawah selimutkan. Haikal mengeluh sendirian.
"Up to you. Aku keluar dulu. Ubat jangan lupa makan." Pesan Haikal sebelum menapak keluar.
Selepas pintu ditutup tanpa disedari air mata menemani Ruby pada malam itu sehinggalah dia tertidur.
holaaaa sape geram ngn Ruby HAHAHAH dia mmng cmtu btw jgn lupa vote and comments ye ✌️
YOU ARE READING
Hanya Kau Mrs.Shorty
RomanceRuby Anisah hidup dalam keluarga yang bahagia.Tidak perlu harta serta kemewahan tetapi cukupla baginya keluarga yang bahagia. Haikal Amsyar seorang anak tunggal Dato Hamdan dan Datin faridah.Sikapnya yang panas baran itu ditakuti oleh semua orang ta...