29

360 25 0
                                    

Jam tepat menunjukkan pukul 6.50 pagi. Waktu yang sepatutnya dia pergi ke rumah Rafiq. Farhan sudah sampai tepat di halaman rumah Rafiq. Namun, suram.

"Humm, mana Rafiq ni tak keluar lagi ni? Tak nampak pun." Farhan bersuara sendiri. Kawasan halaman rumah juga dijenguk oleh Farhan. Kot-kot ada si Rafiq tu menyorok di celah-celah pokok seperti selalu. Yalah, Rafiq kan suka menyergah orang tanpa sebab. Manalah tahu dia akan lakukan perkara yang sama.

"Woi, Rafiq! Keluarlah!" Laung Farhan sekuat hati.

Namun, sepi. Kelibat nenek Rafiq pun tidak kelihatan di halaman rumah. Selalunya nenek Rafiq ada di halaman rumah pagi-pagi buta lagi sambil menyiram pokok bunga kesayangannya.

"Hmm, mana dia orang ni? Sunyi je?" Farhan sudah mati akal.

'Hmm, lantaklah. Dia pergi sekolah dah kot dengan orang lain? Jumpa dekat sekolah jelah macam ni.' Kata Farhan dalam hati seraya menuju ke arah motosikalnya dan mula berlalu pergi dari situ dengan perasaan kecewa.

•••

Sampainya Farhan di sekolah, dia masih lagi tercari-cari kelibat Rafiq di merata-rata tempat. Dari kantin hinggalah ke stor sukan. Namun masih tidak diketemui.

Tiba-tiba sahaja Farhan terlihat ada sekumpulan remaja sambil gelak ketawa menuju ke dewan kerana hari ini ada majlis bacaan Yasin.

"Weh, weh! Korang!" Farhan menuju ke arah sekumpulan budak lelaki cuba untuk menyekat jalan mereka.

Langkah kaki mereka terhenti setelah disekat oleh Farhan secara tiba-tiba.

"A'ah, Farhan kenapa ni?" Tanya salah seorang dari mereka.

"Ada nampak Rafiq tak?" Soal Farhan tanpa membuang masa kepada ahli-ahli pasukan bola sepak itu.

"Urm, tak adalah pulak harini nampak dia. Kenapa ek?" Soal Sufi sambil matanya tepat memandang ke arah Farhan.

"Tak adalah. Saja tanya, tadi aku pergi rumah dia kosong tak ada orang. Aku ingatkan dia pergi sekolah dengan korang tadi."

"Kami tak pergi pun rumah dia tadi. Dia ada hal lain kot. Ke entah-entah dah ada dekat dewan."

"Hmm, yalah kot." Farhan berfikir sejenak cuba untuk menyedapkan hati sendiri.

"Jomlah ikut kami. Mana tahu jumpa Rafiq nanti. Alang-alang tu kami boleh tolong cari dia sama untuk kau." Pelawa Sufi.

"Hm, boleh jugak. Jomlah." Balas Farhan serta senyuman tawar.

"Okay, jomlah. Dah lama kita tak jalan sama-sama. Asyik rapat dengan Rafiq je." Kata Sufi sambil tersenyum ke arah Farhan.

"Aku malulah, korang budak bola. Hebat. Aku ulat buku. Tak hebat." Kata Farhan seraya tertunduk ke bawah sambil mula berjalan perlahan bersama-sama budak bola sepak sekolah itu.

"Eh, mana ada hebat. Kita sama je, kawan." Kata Sufi untuk menceriakan kembali keadaan.

Farhan hanya tersenyum.

•••

Sesampainya di dewan..

"Eh, tak ada pun." Kata Farhan dengan wajah bertukar kecewa.

Kelibat Rafiq langsung tidak kelihatan.

Sufi menepuk-nepuk bahu Farhan cuba untuk menenangkan kawannya itu.

"Sabarlah. Dia adalah tu pergi mana-mana kejap." Balas Sufi.

"Jangan-jangan dia dah pindah sekolah lain? Mana tahu, dia balik London balik sebab dia cakap, dia rindu dengan adik dia dekat sana."

"Eh, tak kot. Kalau dia pindah sekolah mestilah dia bagitahu dekat kita. Lagi-lagi kau. Kau kan kawan baik dia. Esok dia datanglah tu. Jangan risau okay." Sufi cuba menenangkan Farhan yang mula gelisah itu. .

"Dia memanglah nakal sikit, tapi dia tak pernah ponteng sekolah. Setiap hari dia datang sekolah. Hujan pun dia datang juga. Hari ini, hari pertama puasa. Tapi.."

"Dahlah, jangan risau. Nanti balik sekolah aku call dia okay. Dah jom kita pergi duduk dekat kerusi. Bacaan Yasin pun dah nak mula ni." Kata Sufi dengan senyuman. Bahu Farhan sudah di tariknya perlahan supaya berjalan menuju ke arah kerusi yang masih tersisa.

Farhan turutkan sahaja dengan rasa tak sedap hati. Dalam hatinya tak henti-henti berdoa agar Rafiq selamat walaupun dia berada di mana sahaja ketika ini.

Amin.

SAMPAI SYURGA (COMPLETED)Where stories live. Discover now