26

431 28 0
                                    

Sebaik sahaja Farhan sampai di hadapan sekolah dia terus mencari tempat untuk memakirkan motor skuternya.

Sesak! Tak tahu nak parkir di mana.

"Haih, aku nak letak motosikal aku ni dekat mana?" Kata Farhan seorang diri sambil matanya mencari ruang-ruang kecil.

Selepas beberapa minit, akhirnya dia jumpa juga tempat parkir yang sesuai. Di hadapan pejabat! Ah! Kisah pulak dia depan pejabat pun. Dia peduli apa!

Dia terus berjalan menuju ke padang dengan wajahnya memakai mask. Takut-takut demamnya menjadi lebih parah. Mulutnya tidak berhenti-henti batuk. Tekaknya terasa terik.

Dia terus berjalan ke arah padang sekolah. Memang tak larat nak bergerak, tapi dia gagahkan juga. Selepas dua biji panedol telan tadi berfungsi barulah dia rasa selesa sedikit daripada tadi. Peningnya berkurang sedikit.

Dia sudah nampak semua orang duduk mengelilingi padang. Ramai orang sedang bersorak.

Farhan mencari tempat paling redup yang boleh dia duduk. Dia ternampak satu pokok besar di tepi padang. Ada beberapa orang sedang duduk kat situ.

Farhan terus pergi ke arah pokok itu tanpa membuang masa lagi. Budak-budak junior mungkin tingkatan tiga duduk di situ.

"Dah berapa sakarang ni?" Tanya Farhan ke arah budak-budal itu sambil duduk bersila di bawah pokok.

"1-0. Sekolah kita 1."

"Siapa yang golkan?"

"Abang Rafiq." Balas budak itu dengan senyuman.

Farhan tersenyum sambil kedua-dua belah tangannya dimasukkan ke dalam poket baju.

'Bagus Rafiq, bagus! Great job!' Katanya dalam hati.

Mata Farhan memerhatikan sahaja gerak geri Rafiq di tegah padang yang mengenakan baju bola sepak berwarna merah jambu dan berseluar berwarna putih dan di dalamnya berseluar tight berwarna hitam paras lutut itu berlari-lari tanpa henti mengejar bola. Rafiq memang seorang yang bersemangat.

Lagi setengah jam permainan akan tamat. Farhan menjadi sangat berdebar menanti keputusan pada akhir nanti.

Sekarang sudah 1-1 sama. Macam mana kalau sekolahnya kalah? Oh tidak! Tidak! Rafiq mesti kecewa gila!

'Aku kena buat sesuatu!' Kata Farhan dalam hati.

"Rafiq go Rafiq!" Sorak Farhan sekuat tenaga yang ada.

Tidak semena-mena Rafiq sepantas kilat memandang ke arah suara yang amat dia kenali itu.

"F...Farhan?" Kaki Rafiq terhenti daripada membawa bola. Mata berwarna coklat cerah memandang tepat ke arah Farhan yang sedang tersenyum dan melambai-lambai tangan ke arahnya.

Sprashhh!!

"Arghh!"

Pritt!!!!! Pengadil membunyikan wisel dan memberikan kad merah kepada permain dari sekolah lain kerana telah mengelecek kaki Rafiq secara kasar.

"Wuish! Rafiq!"

Ingin sahaja Farhan masuk ke tengah padang membantu Rafiq yang sudah jatuh tersungkur sebentar tadi kerana kakinya disepak dengan kuat oleh permain lain tetapi dia sedar dia tidak boleh lakukan hal itu. Dia hanya mampu melihat dari jauh Rafiq yang sedang mengerang kesakitan.

'Haih. Okey ke tak tu? Macam teruk je?' Kata Farhan dalam hati.

Matanya melihat Rafiq sudah bangun dan jalan seperti biasa. Semangatnya sekarang ini sangat kuat, dia takkan sesekali akan mengalah lagi beberapa minit lagi perlawanan akan tamat tambahan pula, kawan baiknya ada sekarang ini untuk memberikan dia semangat! Takkan dia nak menghampakan semua orang lagi-lagi Farhan yang sanggup datang walaupun demam panas. Jadi dia harus bertahan sehingga akhir!

SAMPAI SYURGA (COMPLETED)Where stories live. Discover now