39

374 21 0
                                    

SELASA, 6.00 PETANG.

Farhan mula mengidupkan enjin motosikalnya. Sudah lama dia tak naik motosikal ini. Memang rasa rindu sangat!

Dia sekarang pergi sekolah ayah tirinya yang hantar, dia tak pergi sendiri lagi seperti selalu kerana keluarganya masih kurang yakin bahawa Farhan boleh memandu sendiri.

Tetapi hari ini dia diberi kelonggaran untuk bersiar-siar menenangkan diri. Farhan merancang untuk pergi ke bazar ramadhan.

Sepanjang bulan puasa pada bulan ini, sekali pun dia tak pernah pergi. Selalunya setiap tahun dia akan pergi walaupun tak beli makanan apa-apa dia akan pergi sekadar mencuci mata sementara menunggu waktu berbuka.

Dia mengenakan baju berlengan panjang berwarna merah hati dan skinny jeans berwarna coklat muda. Jam tangan kegemarannya tidak dilupakan. Sentiasa akan dipakainya tak kira ke mana sahaja dia pergi.

Cermin mata hipster sengaja dikenakan pada matanya walaupun dia bukanlah seorang yang rabun. Bukan apa, di waktu sebegini kampungnya banyak anak nyamuk. Takut-takut nanti anak nyamuk masuk mata tak pasal-pasal jadi lagi satu kerja.

Farhan melihat seketika wajahnya pada cermin sisi. Comel! Comel betul muka Farhan apabila memakai cermin mata berbingkai emas dan cermin kacanya putih jernih itu. Terus wajahnya bertukar seperti wajah-wajah anak orang kaya.

Bukan Farhan ni tak ada orang nak, cuma dia sahaja yang jual mahal! Dia tak nak fikirkan lagi semua benda itu kerana dia terasa terbeban kalau ada girlfriend ni. Dia dahlah jenis manja-manja tak sesuai ada girlfriend!

Sebaik sahaja enjin motor skuternya sudah dipanaskan terus sahaja dia beredar meninggalkan kawasan rumahnya.

"Wuarghh! Bestnya!" Ucap Farhan seorang diri di atas motosikalnya. Dah lama tak rasa sebebas ini. Tayarnya berpusing perlahan.

Farhan hanya membawa motosikalnya 40km/j. Sengaja bawa perlahan-lahan sebab nak menikmati alam ciptaan Tuhan yang Maha Berkuasa ini.

Bibir Farhan tak henti-henti daripada mengukirkan senyuman manis. Jelas kelihatan baris giginya yang tersusun cantik itu.

Padanlah Farhan ini, helmet pun tak pakai. Tak pasal-pasal luka lagi kepala tu kang. Haish!

Matahari pula makin terbenam di celah-celahan bukit seperti dalam lukisan. Burung-burung bangau putih pula terbang ke sana dan ke sini di dalam sawah padi.

Cuaca pula sedap sahaja rasanya. Tak panas dan tak sejuk walaupun cahaya matahari jelas dapat rasa mencucuk kulit dengan rasa suam.

Farhan tak gunakan jalan raya besar malah dia mengunakan jalan kampung kerana lebih selamat. Kereta juga kurang.

Mata Farhan memerhatikan sahaja budak-budak sedang main tuju selipar dari jauh. Tiba-tiba sahaja Farhan terimbas kembali kenangan dia main tuju selipar. Sekali dia tertuju sarang angkut-angkut. Habis lintang pukang Farhan dan kawannya lari menyelamatkan diri.

Semua kanak-kanak lain lari jauh tinggalkan Farhan seorang diri di belakang. Maka, Farhan lah yang disengatnya. Habis kakinya merah-merah kerana disengat oleh angkut-angkut itu.

Elok sampai sahaja di rumah terus Farhan menangis semahu-mahunya. Petang itu juga arwah ayahnya membawa dia ke klinik untuk mendapatkan rawatan.

Farhan ketawa sendiri apabila mengimbas kenangan zaman kanak-kanaknya itu. Balik-balik rumah sahaja pada petang hari sabtu terus dia akan membuka cerita kartun Shin-chan dan Doraemon. Cerita wajib ditonton oleh kanak-kanak Malaysia yang lahir pada era 80-90 an.

Rindu betul Farhan dengan zaman kanak-kanaknya itu. Kalau boleh dia nak ulang kembali zaman itu kerana zaman itu adalah zaman kanak-kanak paling gembira baginya. Tak perlu fikirkan apa-apa masalah. Hanya balik rumah main, makan dan tengok TV.

Tapi Farhan tahu, benda itu takkan terulang kembali. Masa makin berlalu, masa takkan mengundur ke belakang kembali. Benarlah orang kata, masa itu emas. Masa itu tak boleh dibeli. Benda itu memang benar.

Farhan mengeluh seorang diri di atas motosikalnya.

Tiba-tiba sahaja dia ternampak budak kelasnya di halaman rumah sedang mencakar sampah. Farhan memberhentikan sebentar motosikalnya.

"Hai Naimah." Sapa Farhan dengan mesra.

"Eh, hai Farhan! Nak pergi mana ni?" Sapa Naimah dengan mesra kembali.

Tiba-tiba sahaja kembar Naimah yang bernama Nora keluar dari rumah sambil memperbetulkan tudung labuhnya.

"Hai Farhan nak pergi mana ni?" Sapa Nora.

"Nak pergi bazar ramadhan kejap. Korang tak nak pergi ke? Jomlah pergi sekali teman aku?" Pelawa Farhan dengan mesra.

"Kami baru je balik tadi. Tapi better pergi pasar malam je. Lagi meriah. Semua orang bazar berniaga dekat tapak pasar malam tu." Terang Nora kepada Farhan.

"Oh, ya tak ya, kan. Aku lupa harini ada pasar malam. Thanks weh bagitahu." Ucap Farhan dengan senyuman.

"Raya nanti datanglah rumah." Pelawa Naimah seraya dia meletakkan penyakar sampah itu di bawah pokok mangga.

"In Shaa Allah, nanti aku datang. Rumah kau masak apa?" Tanya Farhan sambil menongkat motosikalnya.

Dia rasa macam lama lagi nampaknya kalau dah bersembang dengan pasangan kembar ini.

"Rendang kerang spesial lah apa lagi!" Kata Naimah dengan megah. Banyak-banyak rumah rendang kerang rumah merekalah paling sedap!

"Wuish, tiba-tiba aku jadi lagi lapar. Ish jangalah cerita pasal makanan." Kata Farhan seraya menggelengkan kepalanya.

"Haha, dah kau yang tanya. Kami bagitahulah." Tempelak Nora.

Tiba-tiba Farhan dapat merasakan kemanisan rendang kerang itu di dalam mulutnya. Tak semena-mena Farhan menelan liur.

"Hah! Hah! Tengah berangan makan rendang keranglah tu! Makruh puasa nanti!" Marah Nora kepada Farhan.

Farhan tersedar kembali dari lamunan.

"Haha, mana ada. Korang ni suka cakap bukan-bukan pasal aku." Kata Farhan sambil mengerutkan keningnya.

Nora ini perwatakkannya agak garang juga berbanding adiknya, Naimah agak lembah lembut dan manja.

"Nanti ajaklah Rafiq sekali datang rumah." Pelawa Naimah.

Farhan hanya mampu tersenyum nipis ke arah Naimah.

"In Shaa Allah." Itu sahaja yang mampu dibalas oleh Farhan setelah beberapa saat dia terdiam.

"Err Nora, Naimah. Aku pergi dulu pasar malam. Takut nanti sembang lama-lama sampai berbuka pula nanti. Haha, err Bye. Aku blah dulu." Ucap Farhan seraya mengidupkan kembali enjin motosikalnya. Tongkat di angkat.

"Okay, hati-hati weh." Ucap Nora dan Naimah serentak.

"Ya, tahulah. Assalamualaikum." Kata Farhan buat kali terakhir sebelum berangkat pergi.

"Waalaikumusalam!" Balas Nora dan Naimah serentak.

Tiba-tiba hati Farhan menjadi sayu.

Ditambah pula hari yang makin dimakan senja. Cuaca turut bertukar sedih, sesedih hatinya. Farhan cuba untuk membawa motosikalnya sedikit laju kerana takut lambat pula nanti.

Mulutnya deras sahaja nyanyikan lagi kegemarannya Rahsia Pohon Cemara. Entah kenapa lagu itu asyik terlekat dalam kepalanya semenjak kemalangan tempoh hari.

Lagu ini agak sedih baginya. Bila dia terdengar sahaja lagu ini automatik hati Farhan akan menjadi sayu.

SAMPAI SYURGA (COMPLETED)Where stories live. Discover now