Pembarisan pun telah bermula.
Farhan duduk di kerusi yang disediakan di astaka. Nak diikutkan hanya cikgu-cikgu yang dibenarkan duduk di situ tetapi Farhan peduli apa? Janji dia dapat duduk di kawasan yang strategik untuk menyaksikan pembarisan pada tahun ini. Tangannya tidak henti merakam perarakkan tersebut. Di temani Hasyim di sebelahnya.
Selesai semua ahli persatuan sekolah membuat pembarisan, kini giliran rumah sukan pula untuk berarak. Semua ahli persatuan berada di tengah-tengah kawasan padang sekolah. Jelas kedengaran muzik trompet kuat berkumandang di atas padang itu.
"Kini giliran rumah sukan pula untuk masuk berarak, berikan tepukan untuk rumah sukan Sentosa (Merah)" Kata jurucakap itu.
Semua orang bersorak apabila rumah sukan Sentosa (Merah) berarak ke padang dengan tema mereka Transfomers merah.
Tidak lama kemudian, masuk pula rumah sukan Aman (Kuning).
"Dipersilakan rumah sukan Aman (Kuning) masuk ke padang."
"Ceh, ulang tema yang sama setiap tahun." Sindir Farhan sambil tangannya tidak henti merakam.
"Haah kan, empat tahun lepas bolehlah menang. Ini dah empat tahun berturut-turut pakai benda yang sama memang kalahlah. Tengok tu, tema Spongebob sama macam tahun-tahun lepas juga." Tambah Hasyim lagi separuh berbisik di telinga Farhan.
"Dipersilakan rumah sukan Damai (Hijau) masuk ke padang"
"Wow! Damai, tema flora." Kata Hasyim mula tercabar. Nampaknya, rumah sukan Damai pencabar terdekat mereka.
Ramai memberikan tepukan yang gemuruh kepada rumah sukan Damai kerana bertemakan flora yang sangat cantik. Pengerusi rumah sukan Damai memakai baju melayu berwarna hijau siap bersampin dan tanjak hijau pucuk pisang manakala, penolong pengerusi mengenakan baju kebaya hijau dengan tudung dipenuhi bunga ros hidup di atas kepalanya. Ahli-ahli perarakkan mereka juga memakai kain matel berwarna hijau sambil memgang sejambak bunga matahari. Sangat menawan mata yang melihatnya.
"Takpe, jangan risau. Kita ada senjata 'Rahsia'. Hehe." Kata Hasyim sambil ketawa jahat.
"Senjata 'Rahsia'? Apa tu?" Tanya Farhan tidak mengerti dengan apa yang dimaksudkan Hasyim sebentar tadi.
"Kau tengok jelah."
"Dan akhir sekali, dipersilakan rumah sukan Harmoni! (Biru)"
Semua orang sudah bersorak kuat setelah melihat Rafiq sedang mengibar-ngibarkan bendera berwarna itu dengan gemilangnya sekali.
"Ahhhh! Rafiq handsomenya!" Semua murid-murid gatal bersorak kuat termasuklah budak-budak lembut sekolah itu sambil bertepuk tampar sesama mereka.
"Rafiq!!!"
"Rafiq!!!"
"Rafiq!!!"
Okay, kini Farhan baru tahu apa yang dimaksudkan oleh Hasyim sebentar tadi. Senjata Rahsia itu adalah Rafiq. Siapa sahaja yang tak suka Rafiq? Anak mat salleh satu-satunya di sekolah kampung ini.
"Harmoni!" Laung Rafiq dengan kuat.
"Boleh!" Balas ahli perarakkan rumah Harmoni.
"Harmoni!"
"Boleh!"
Bushhhh!!!!
Anak-anaj buah yang duduk di belakang Rafiq dan Izah terus membaling tepung ke atas langit seumpama menjadi salji. Serta-merta suasana menjadi putih.
"Wohooo!!" Semua orang bersorak gembira dengan hasil yang ditunjukkan oleh rumah sukan Harmoni.
"Rafiq! Wohooo cayalah!" Sorak Farhan sambil merakam dengan jarak lebih dekat.
YOU ARE READING
SAMPAI SYURGA (COMPLETED)
Non-Fiction(COMPLETED) Dua orang sahabat karib yang selalu ada ketika suka dan duka. Namun satu tragedi telah memisahkan mereka berdua. - "Be with someone who always wants to know how your day was." Rafiq - Seorang remaja berusia 17 tahun yang peramah dan memi...