Hari ini adalah hari terakhir persekolahan sebelum menyambut perayaan bagi umat Islam di seluruh dunia iaitu Hari Raya Aidilfitri. Hari ini sudah hari Rabu, Khamis dah mula cuti sekolah dan Jumaat adalah hari raya.
Agak bosan dan tak berapa puas sebenarnya kalau raya pada hari Jumaat kerana kesuntukkan masa.
Yalah, lelaki kena pergi solat Jumaat kan?
Satu sekolah dah kecoh sana sini bercerita pasal hari raya yang akan datang dua hari lagi. Cikgu pun dah tak masuk kelas. Murid-murid pun apa lagi, bersuka ria lah jawabnya.
Farhan memperhatikan sahaja keadaan dalam kelasnya yang terlalu hinggar-binggar itu. Tiba-tiba dia rasa rimas dan telinganya terasa sakit.
Tanpa membuang masa lagi, Farhan menyusup keluar dari kelas itu secara senyap-senyap tanpa pengetahuan orang lain.
Nampaknya, bukan Farhan seorang sahaja yang keluar dari kelas malah budak-budak dari kelas lain pun sama turut lepak di kaki lima.
Baru Farhan nak rancang duduk di tepi tangga hujung sekali tapi penuh pula dengan orang. Selalu tangga itu orang dah tak pakai.
Farhan terus sahaja berjalan melintas mereka semua tanpa rasa ingin menegur mereka walaupun dia kenal dengan wajah-wajah itu.
Di tepi tangga, siap ada sekumpulan budak lelaki mengisap rokok dengan beraninya sekali pada bulan puasa yang suci ini. Budak kelas hujung, Farhan tak kenal sangat dengan mereka ini. Farhan membiarkan sahaja, malas nak ambil tahu.
Satu per satu anak tangga dilangkah oleh Farhan sambil tangannya memegang palang besi karat.
Farhan cuba untuk mencari kawasan yang lebih sunyi dan tak ada orang langsung. Dia perlukan masa untuk bersendirian di saat ini. Serabut fikirannya hanya dia sahaja yang tahu.
Setelah dia selesai turun dari bangunan tinggi itu, terus matanya mencari kerusi kosong di mana-mana sahaja agar dia dapat duduk dengan tenang.
Farhan tersenyum.
Jumpa juga kerusi yang kosong. Sepantas mungkin dia pergi mendapatkan kerusi tersebut takut-takut ada orang lain pula yang duduk sebelum dia.
Memang kawasan itu sunyi sepi di bawah, tapi dari atas riuh dengan suara murid-murid lain bersorak gembira.
"Haish.." Farhan mengeluh sebentar sambil matanya termenung jauh ke arah padang bola jaring yang berada di hadapannya.
Entahlah, makin lama makin tak semangat pula Farhan nak sambut raya, rasa macam makin tak meriah pula hari raya sekarang dengan lagu-lagu raya yang baru yang entah apa-apa. Lagu raya zaman dulu-dulu juga yang enak di dengar.
Farhan teruskan termenung sambil menongkat dagunya. Rasa bosan mula melanda jiwa. Menyesal pula dia duduk dekat sini sorang-sorang kalau dia tahu dia ajak salah sorang kawan supaya dapat teman dia di sini.
Farhan terus membaringkan tubuhnya di atas kerusi panjang itu sambil menutup mata mengunakan lengannya.
Nasiblah kerusi itu bawah dewan. Tak adalah panas. Siap ada angin deras lagi yang datang dari arah padang sekolah. Ini kalau dapat tidur terus mesti lagi seronok!
-
KRINGG!!
Bunyi loceng sekolah berdering deras telah mengejutkan Farhan dari terlena. Segera dia bangkit dari situ. Macam mana dia boleh terlena pun dia sendiri tidak tahu.
Adalah dia terlelap dalam sepuluh minit.
Murid-murid yang lain semuanya sudah menuruni anak tangga dengan pantas sekali sambil mulut mereka terkumat-kamit menyanyikan lagu raya.
YOU ARE READING
SAMPAI SYURGA (COMPLETED)
Non-Fiction(COMPLETED) Dua orang sahabat karib yang selalu ada ketika suka dan duka. Namun satu tragedi telah memisahkan mereka berdua. - "Be with someone who always wants to know how your day was." Rafiq - Seorang remaja berusia 17 tahun yang peramah dan memi...