Farhan duduk di atas katilnya sambil menunggu gambar-gambar selfienya itu habis siap di muat turun.
"Haih slownya data malam ni."
Farhan tersenyum sendiri sambil menunggu gambar itu selesai di muat turun kerana teringat kejadian petang tadi semasa dia Pantai Ban Pecah.
Semuanya terimbas kembali. . .
"Ops, ops! Parking kat sini." Kata Rafiq di belakang Farhan.
Secara mengejut Farhan memberhentikan motosikalnya.
"Ish, kenapa tiba-tiba berhenti dekat sini? Kenapa taknak pergi hujung?" Kata Farhan sambil mengerutkan mukanya.
"Sini dahla. Ada pokok. Tak adalah panas sangat." Kata Rafiq sudah turun dari motosikal. Dia terus menuju ke batu besar sambil duduk di bawah pokok.
"Eh, ada orang jual aiskrim kelapa lah. Bukan hari sekolah pun buka ke?" Kata Farhan perlahan seorang diri lalu dia pergi ke gerai itu lalu membeli dua mangkuk aiskrim yang diletakkan di dalam tempurung kelapa.
Selesai sahaja dia membelinya terus dia pergi ke arah Rafiq yang sudah memegang kayu sambil menggoyang-goyangkannya ke kiri dan ke kanan.
"Nah." Farhan menghulurkan ais krim kelapa itu kepada Rafiq.
"Eh, thanks." Kata Rafiq sambil tersenyum suka.
"Hmm, sukakan dapat aiskrim?" Kata Farhan sambil ketawa kuat.
"Suka sebab kau belanja haha." Kata Rafiq sambil mengeluarkan handphone dari poket seluarnya.
Mata Farhan terbeliak memandang Rafiq mengeluarkan Iphone 5s nya. Terhenti Farhan dari menyuap aiskrim itu ke dalam mulutnya.
"Fuyo... bawak Iphone pergi sekolah. Nasib takde spot check harini kalau tak habislah kau." Kata Farhan sambil menyuap kembali ais krim kelapa itu ke dalam mulutnya.
"Alah, takde apa lah. Dia ada apa-apa kalau ada orang tu pergi report." Kata Rafiq sambil mengambil gambar aiskrim kepala itu.
"Eleh nak perli aku lah tu. Sorry sikit takde nya aku nak sibuk tugas orang lain. Tugas aku jaga buku je."
"Alolo terasa la pulak. Meh sini nak ambik gambar muka dia merajuk sikit." Kemera di tangan Rafiq di halakan ke muka Farhan.
"Woi apa ni? Tak nak lah wei." Kata Farhan sambil menutup mukanya dengan tangan.
Chick! Chick! Chick!
"Haha." Rafiq ketawa sambil melihat kembali tiga keping gambar yang diambilnya tadi.
"Comel jugak anak Ali ni. Haha." Kata Rafiq.
"Eleh, kau anak Willson diam." Kata Farhan sambil menjeling ke arah Rafiq.
Rafiq hanya ketawa.
"Kau nak lepak ke nak main fon?" Farhan pula menyindir.
"Aku nak buat dua-dua. Jom selfie." Kata Rafiq.
"Kejap-kejap rambut aku." Kata Farhan sambil membuat rambut depan tutup dahi.
"Eleh ingat comellah tu."
"Tadi kata aku comel. Halah."
"Haha, yelah yelah. Comel. Dah cepat." Kata Rafiq yang sudah mengangkat kamera tinggi. Mereka berdua tersenyum ke arah kamera .
Macam-macam gaya mereka buat. Dah macam orang gedik je gayanya. Bibir muncunglah kerut dahilah, jelir lidahlah macam-macam.
"Okay last." Kata Rafiq.

ANDA SEDANG MEMBACA
SAMPAI SYURGA (COMPLETED)
Roman d'amour(COMPLETED) Dua orang sahabat karib yang selalu ada ketika suka dan duka. Namun satu tragedi telah memisahkan mereka berdua. - "Be with someone who always wants to know how your day was." Rafiq - Seorang remaja berusia 17 tahun yang peramah dan memi...