Segera Farhan mencampakkan kembali buku yang berada di tangannya itu ke dalam kotak bersama buku-buku yang lain. Tanpa membuang masa lagi, dia terus mengejar Rafiq yang semakin hilang dari pandangan matanya.
Semua mata di dalam pusat sumber sekolah memandang sekilas ke arah Farhan.
"Rafiq! Tunggu!"
Sepantas mungkin Farhan menyarungkan kasut sekolah berwarna hitam itu pada kakinya.
Langkah Rafiq pula semakin deras apabila dia terdengar Farhan menyebut namanya dari jauh.
"Woi! Rafiq tunggulah aku! Kau nak pergi mana ni?" Jerit Farhan dari jauh seraya berlari untuk mendapatkan Rafiq.
Setelah Rafiq sedar akan Farhan sedang mengejarnya dari belakang terus langkah kaki Rafiq menjadi semakin laju.
"Rafiq! Tunggulah aku!" Ujar Farhan sambil memegang hujung tangan Rafiq dengan erat. Bibirnya tidak henti-henti mengukirkan senyuman yang sangat indah.
Indah seindah sinar mentari pagi.
Tak dapat diungkapkan dengan kata-kata kerana terlalu gembira apabila dapat melihat sahabat baiknya ini kembali walaupun secara tiba-tiba.
"Weh, Rafiq tunggulah." Farhan masih bersuara dan erat memegang hujung tangan Rafiq. Farhan masih lagi tidak lepaskan gengaman halusnya itu.
"R, Rafiq kau.."
"Hish, lepaslah!"
Langkah Rafiq terhenti, lantas Rafiq merentap kembali tangannya.
Farhan tersentak setelah tangannya ditepis kuat oleh Rafiq. Senyuman manisnya tadi juga telah mati serta-merta. Dia tidak tahu apa yang telah terjadi pada Rafiq.
"Kau nak apa!" Tengking Rafiq dengan wajah marah.
Wajah Farhan direnung setajam-tajamnya seperti sebilah pisau yang tajam. Seakan-akan ada sesuatu yang membuatkan Rafiq tidak puas hati terhadap Farhan. Seolah-olah juga Farhan telah melakukan kesalahan besar terhadapnya.
Farhan cuba untuk tersenyum kembali walaupun hatinya sudah koyak dengan kelakuan aneh Rafiq. Rafiq selalunya tidak seperti ini. Mungkin Rafiq tak sengaja? Getus hati kecil Farhan.
Di koridor sekolah itu hanya ada mereka berdua berdiri di situ tanpa orang lain. Suasana sunyi sepi. Hanya kendengaran bunyi kicauan burung dari jauh.
"R, Rafiq kenapa kau dah tak datang sekolah? lama sangat? Tiga hari kot. Tak pernah kau tak datang sekolah. Aku call, mesej, chat pun tak reply. Kenapa? Aku datang rumah kau pun tak ada orang. Mana kau pergi?" Tanya Farhan bertubi-tubi. Segala persoalan dia ingin tahu sekarang juga.
Rafiq hanya mampu terdiam seraya mengetap giginya serapat mungkin sehingga timbul bentuk tulang pipinya yang runcing itu. Padangan matanya pula dilempar jauh ke tepi. Tak sanggup lagi rasanya untuk dia melihat wajah Farhan buat selama-lamanya.
Suasana sepi sejenak..
"Ra, fiq.." Farhan bersuara lagi setelah beberapa saat seraya cuba untuk memegang bahu Rafiq.
Rafiq menepis tangan Farhan lagi buat kali kedua dengan kasar. Malah lebih kasar dari tepisan yang pertama.
"Kau diam boleh tak?! Aku semaklah dengan kau ni!" Bentak Rafiq dengan kuat lalu dia menolak tubuh Farhan tepat pada dinding di koridor.
Tubuh Farhan di hentak pada dinding koridor sebanyak tiga kali tanpa belas kasihan.
"Argh!" Farhan mengaduh sakit.
"Rafiq, kau ni dah kenapa?!" Farhan cuba untuk melepaskan dirinya daripada terlekat pada dinding koridor tersebut.
Tetapi malangnya dia tidak berjaya kerana Rafiq lebih kuat daripadanya.
"Kau ni tak habis-habis Rafiq tu! Rafiq ni! Kau ni nak apa sebenarnya! Aku rimas tahu tak dengan kau ni! Kau boleh tak tolong berambus dari hidup aku terus! Kau tu pergi mati jelah senang!" Bentak Rafiq lagi dengan kening berkerut.
"Rafiq, kau ni dah kenapa? Apa salah aku!" Marah Farhan kembali dengan mata sudah mula berkaca.
"Kau diam boleh tak! Aku rimaslah!" Jerit Rafiq dengan suara garaunya lantas dia menumbuk muka Farhan sekuat hatinya.
BUKK!!
"Argh!"
Farhan terus melayang jatuh ke lantai lalu kepalanya terhentuk kuat pada batu di tepi koridor tersebut. Farhan cuba meraba kepalanya, lalu dia melihat ke arah tangannya, ada cecair merah pekat. Darah!
"Ra.. Rafiq.." Farhan cuba untuk bersuara lemah dengan matanya mula layu. Rasa sakit tadi terus hilang diganti pula dengan rasa kebas.
BUKK!!
"Argh!"
BUKK!!
"Argh!"
BUKK!!
"Argh!"
Perut Farhan pula disepak kuat oleh Rafiq sebanyak tiga kali juga.
"Ahh, Rafiq.. tolong Rafiq, sakit.." Rayu Farhan dengan air mata mula mengalir kuat dari tubir matanya.
Rafiq berhenti daripada memukul Farhan. Wajah Farhan yang tengah menahan rasa sakit dilihatnya tanpa rasa simpati.
Rafiq mengengam penumbuknya serapat mungkin sambil mengetap giginya dengan kuat.
Rafiq mendengus kasar lalu pergi meninggalkan Farhan seorang diri pengsan di koridor tersebut.
Tubuh Farhan terketar-ketar menahan rasa sakit. Darah dari kepalanya masih lagi tidak henti daripada mengalir membasahi lantai.
Perlahan-lahan mata Farhan mula terasa berat, lalu matanya tertutup sendiri tanpa keizinan Farhan. Kini, semuanya gelap bagi Farhan yang terbaring di atas lantai sejuk itu sendirian.
P/S: Hah! Apa yang dah jadi dekat Rafiq dan apa yang akan terjadi dekat Farhan? Adakah Farhan akan selamat? Korang nak Farhan selamat atau mati?
YOU ARE READING
SAMPAI SYURGA (COMPLETED)
Документальная проза(COMPLETED) Dua orang sahabat karib yang selalu ada ketika suka dan duka. Namun satu tragedi telah memisahkan mereka berdua. - "Be with someone who always wants to know how your day was." Rafiq - Seorang remaja berusia 17 tahun yang peramah dan memi...