"Kau macam mana dah okay ke?" Tanya Sufi sambil matanya tak henti melihat ke arah dahi Farhan yang berbalut dengan kapas berbentuk petak itu dengan sangat lama.
"Hah? Apa tadi?" Farhan tersentak dari lamunan. Kata-kata yang keluar dari mulut Sufi tadi langsung dia tidak dapat tangkap.
Sufi mengeluh sebentar seraya memusingkan bebola matanya.
"Sorry, sorry. Aku tengah termenung tadi. Kau tanya apa tadi?" Kata Farhan sambil tersenggih-senggih.
"Aku tanya, kau macam mana sekarang dah okay ke?" Kata Sufi seraya tangannya ditunjukkan pada kepala Farhan yang berbalut itu.
"Ouh, itu ke?" Kata Farhan seraya tangannya memegang pembalut luka pada dahinya itu. Terlupa pula Farhan pasal luka itu. Terbelah teruk juga lukanya sampai kena jahit.
"Okay je. Tak ada apalah sikit je ni." Kata Farhan sambil tersenyum ke arah Sufi.
"Ouh, okay. Baguslah kau dah okay." Kata Sufi sambil tersenyum juga.
"Kau pulak macam mana, sihat ke?" Tanya Farhan pula dengan soalan yang agak bodoh.
Dia sebenarnya tak ada topik nak bersembang dengan Sufi ni. Orangnya agak serius dan sangat 'abang-abang'.
"Alhamdulillah okay je." Kata Sufi sambil menongkat dagunya. Matanya masih tepat memandang ke arah Farhan.
Farhan seakan-akan sudah tahu kenapa Sufi tiba-tiba menyapa dirinya. Seakan-akan ada sesuatu yang Sufi cuba untuk sampaikan.
Takkanlah Sufi yang jarang bercakap dengan Farhan ini tiba-tiba sahaja datang menegurnya? Betul tak?
"Kau ada nak cakap apa-apa ke dekat aku, Sufi? Sebab rasa macam ada sesuatu yang kau nak cakap tapi aku tak tahu apa benda." Kata Farhan dengan terus terang sahaja kerana waktu rehat pun dah nak habis.
Sufi tersenyum.
Betul tebak Farhan. Seolah-olah ada sesuatu Sufi cuba untuk disampaikan.
"Err, macam ni.." Sufi seakan-akan hilang kata-kata seraya mengelus rambut lembutnya.
"Cepatlah cakap, masa rehat ada lagi sepuluh minit je lagi ni." Kata Farhan setia menunggu.
Tak semena-mena Sufi terus bangun dan menarik tangan Farhan tanpa amaran.
"Eh?!" Farhan tersentak sebaik sahaja Sufi menarik tangannya.
"Ikut aku kejap." Arah Sufi secara paksa dengan nada serius seraya wajahnya juga sudah bertukar serius.
"Ke-kenapa?" Tanya Farhan separuh gagap.
"Ikut je, tak boleh cakap dekat sini nanti orang dengar." Balas Sufi sambil kakinya sudah mula melangkah diikuti Farhan dari belakang secara paksa.
Farhan ikutkan sahaja kehendak Sufi. Dahi Farhan tak henti daripada berkerut.
Selepas beberapa saat, langkah kaki mereka terhenti. Mereka berdua berdiri di celah-celahan rak buku.
Hanya ada mereka berdua di situ kerana kawasan itu memang orang takkan pergi sebab disitu hanya diletakkan buku-buku lama.
Kawasan itu gelap dan hanya terdapat samar-samar cahaya yang masuk dari celahan tingkap.
Farhan mula menelan liur.
Mereka berada di tengah-tengah rak. Di situ ada enam rak buku, mereka berdua menyorok di rak yang ke-4.
"Sufi.. Kenapa ni?" Tanya Farhan dengan wajah serius walaupun dalam hatinya sudah berasa takut.
Sufi merenung wajah Farhan sedalam-dalamnya.
Mereka berdua terjeda dalam beberapa saat.
Tak semena-mena Sufi memegang bahu Farhan seraya mendekatkan mulutnya ke arah cuping telingan Farhan lalu Sufi memisikkan sesuatu.
"Sebenarnya.."
Farhan setia menanti apa yang ingin keluar dari mulut Sufi. Wajah Sufi dipandang tanpa berkelip.
"Sebenarnya.. Aku tahu siapa buat kau jadi macam ni." Luah Sufi dengan nada berbisik. Jelas suara garaunya itu menyentuh cuping telinga Farhan.
Farhan tersentak.
Farhan tidak henti daripada merenung wajah Sufi sedalam-dalamnya kerana wajah mereka terlalu dekat dan hanya berjauhan dalam beberapa inci sahaja.
Farhan jelas dapat rasakan nafas Sufi menyentuh wajahnya.
"Tahu? Tak faham." Farhan cuba berdalih walaupun di sudah berasa gugup dengan Sufi ini. Kini, barulah Farhan nampak sisi lain Sufi.
Sufi tersenyum senget ke arah Farhan. Seakan-akan sinis senyumannya itu. Kedua-dua belah tangan Sufi diletakkan ke rak buku.
Farhan pula terkurung di tengah-tengah kurungan tangan Sufi itu.
"Tak tahu? Seriuslah?" Sufi kembali bersuara sambil mulutnya tersenyum sinis.
Farhan hanya mampu menggelengkan kepalanya. Tubuhnya dirapatkan pada rak buku agar kedudukan dia dengan Sufi berjauhan.
"Jangan tipu." Itu sahaja yang dikatakan oleh Sufi sambil tersenyum sinis. Matanya juga seakan-akan tersenyum juga.
"Kau nampak ke?" Soal Farhan.
Sufi mengangguk sambil tersenyum tanpa henti.
Farhan terkejut. Macam mana Sufi boleh tahu?
"Kenapa? Terkejut?" Kata Sufi sambil ketawa sinis.
Farhan terdiam.
"Sebenarnya Rafiq kan yang buat kau jadi macam ni?" Kata Sufi seraya kedua belah tangannya melepaskan rak buku yang berada di belakang Farhan. Sufi mengembus nafasnya lalu dia memeluk tubuh.
"Jadi betullah kau nampak?" Kata Farhan seraya tertunduk ke bawah.
Sufi mengangguk.
"Aku nampak apa yang Rafiq buat dekat kau." Kata Sufi dengan nada masih berbisik.
"Kalau kau nampak, jadi.." Farhan berfikir sejenak.
"Ya, aku yang tolong kau masa tu." Potong Sufi.
Farhan tersentak lagi. Wajah Sufi dipandang kembali tapi kali ini dengan sedikit senyuman nipis.
"Thanks." Ucap Farhan sambil mendonggakkan kepalanya memandang Sufi yang lebih tinggi daripadanya.
"Welcome." Balas Sufi ringkas.
Mereka berdua terdiam sejenak. Farhan pula tertunduk ke bawah sambil cuba untuk mencernakan keadaan.
"Jadi kau tahu tak kenapa Rafiq jadi macam tu?" Soal Farhan memecahkan kesunyian.
"Aku tak tahu apa yang buatkan Rafiq jadi macam tu. Aku harap kau tak ambik hati. Perangai dia pun makin hari makin pelik. Dah macam bukan Rafiq yang aku kenal lagi dengan kami semua pun dia macam tu." Terang Sufi seringkas yang boleh.
Farhan tertunduk kembali. Wajah putih comelnya itu bertukar sedih.
"Janganlah sedih." Sufi bersuara selepas lihat wajah Farhan bertukar suram. Sufi mencebikkan bibirnya setelah lihat wajah sedih Farhan.
"Eh, tak adalah." Balas Farhan sambil mukanya tertunduk ke bawah.
"Nanti aku cuba cakap dengan dia okay." Kata Sufi dengan senyuman lalu tangan kanannya mengusutkan rambut Farhan.
Farhan terdiam sebaik sahaja diperlakukan sebegitu oleh Sufi.
"Aku pergi dulu. Bye."
Tak lama kemudian, Sufi pergi dari tempat itu setelah ke dengaran bunyi loceng berdering deras.
Farhan masih lagi terpacak disitu seorang diri. Terasa berat kakinya untuk melangkah pergi.
YOU ARE READING
SAMPAI SYURGA (COMPLETED)
Non-Fiction(COMPLETED) Dua orang sahabat karib yang selalu ada ketika suka dan duka. Namun satu tragedi telah memisahkan mereka berdua. - "Be with someone who always wants to know how your day was." Rafiq - Seorang remaja berusia 17 tahun yang peramah dan memi...