KRINGG!!
Tiba-tiba sahaja telefon Farhan berdering.
Segera Farhan mengesat air matanya lantas baju melayu berwarna merah itu disimpan kembali ke dalam almari.
Sepantas mungkin Farhan mengangkat panggilan itu sebelum ia tamat sendiri, sehinggakan Farhan tidak sempat nak tengok nama siapa yang memanggilnya tadi.
"Ehem, Helo?" Farhan bersuara sambil berdehem seketika untuk memperbetulkan suara serak.
Farhan duduk di birai katil sementara menunggu sapaannya dibalas.
"Hello, Farhan." Suara seorang lelaki menyebut namanya di hujung talian.
"Oh, Sufi. Ada apa ni?" Sahut Farhan kembali setelah tahu itu Sufi.
"Free tak?" Tanya Sufi ringkas.
"Err, free je. Kenapa?" Soal Farhan kembali sambil mengerutkan dahi.
"Jom aku bawak kau pergi jalan-jalan malam raya ni." Kata Sufi dengan lancar di hujung talian.
"Hah? Nak pergi mana?" Balas Farhan separuh terkejut. Tak pernah-pernah Sufi nak ajak dia keluar. Malam-malam pula tu.
"Expo Parit Buntar. Aku tak cari lagi baju raya haha. Malam raya harga lagi murahkan?"
"Siapa lagi ada?" Soal Farhan mahu jawapan yang lebih terperinci.
"Kawan-kawan kitalah." Balas Sufi.
"Rafiq ada tak? Kalau Rafiq ada aku taknak join." Balas Farhan perlahan.
Sufi diam seketika di hujung talian seperti sedang berfikir sesuatu.
"Eh eh. Dia tak ada. Jangan risau. Kita je. Kawan aku yang lain tiga orang je yang free."
"Alah, aku malu. Takpelah." Farhan cuba untuk menolak secara halus.
"Nak malu apa, dia orang okay jelah. Lagipun mesti kau bosan kan malam raya macam ni tak buat apa. Aku ajak kau keluar ni sebab nak happykan kau je, jomlah cuci mata."
Farhan fikir sejenak. Sufi nampak macam bersungguh-sungguh nak dia ikut dan bukannya ajak-ajak ayam.
"Hmm, okay sebab kau macam bersungguh-sungguh sangat nak aku ikut." Balas Farhan sambil ketawa di hujung talian.
"Cantik! Aku pergi ambik kau sekarang. Bersiap cepat."
"Hah, nak ambil aku? Serius?" Balas Farhan seakan-akan tidak percaya.
"Ya Farhan sayang, serius. Aku bawa kau malam ni okay, kau duduk je kat belakang santai-santai main handphone."
Farhan memusingkan bebola matanya apabila Sufi panggil dia 'Sayang'. Mesti Sufi dah geram sangat tu sebab dia banyak sangat tanya.
"Okaylah macam tu, aku pun malas nak drive ni. Thanks Sufi. Cepat sikit baby." Balas Farhan sambil ketawa berdekah-dekah di hujung talian.
"Okay sayang tunggu baby ya, 10 minit lagi baby sampai. Muah!" Balas Sufi turut ketawa di hujung talian.
"Haha Sial lah! Okay cepat sikit." Balas Farhan dengan sisa ketawanya.
Tit.
Panggilan di tamatkan.
Farhan mengerling ke arah jam. Baru pukul sembilan malam. Bagus juga Sufi ajak dia keluar malam ni, dia memang tak ada nak buat apa selain tengok cerita malam raya.
Dapat jugalah dia cuci mata malam raya. Dia pun tak pernah keluar malam raya. Maklumlah, tak pandai nak bersosial sangat macam orang lain.
Secepat mungkin Farhan bersiap agar tak lambat nanti. Dia terus menukar seluar jogger pants kepada seluar skinny jeans berwarna hitam.
T-shirt berwarna biru tua dipakainya tadi dikekalkan cuma di tambah dengan sweater hitam kegemarannya. Baju sejuk itu Farhan pakai sebab selesa dan kainnya tak panas walaupun baju sejuk itu tak ada corak dan hanya kosong tapi itu memang gaya Farhan. Ringkas dan kemas adalah gaya fesyen Farhan dari dahulu lagi. Dia serabut kalau tengok pakaian yang banyak corak sangat. Sumpah pening kepala tengok kalau orang lain pakai.
Okay, dah siap. Ringkas tapi kemas. Malam ni pun sejuk semacam. Jangan hujan sudah. Dompet kulitnya diselitkan pada poket belakang siap-siap takut terlupa.
Rambutnya yang terurus lembut itu sikat sedikit supaya lebih rapi. Telefon yang berada di atas meja solek itu diambil lalu dia melihat berapa peratus lagi bateri yang tinggal
"Ouh, banyak lagi ni 75%"
Vrommm!!!
Jelas kedengaran bunyi motosikal di hadapan rumahnya. Farhan tahu, itu mesti Sufi sebab dia kenal dengan bunyi motosikal 125zr milik Sufi tu, selalu buat bising dekat dalam sekolah. Dia terus meluru keluar dari biliknya seraya menutup suis lampu. Telefonnya pula diletakkan di dalam poket baju sejuknya.
"Ibu, Farhan nak keluar kejap!" Laung Farhan di ruang tamu seraya pantas tangannya mengapai helmet.
"Nak pergi mana malam macam ni?"
"Nak pergi expo kejap dengan Sufi."
"Baiklah, hati-hati."
"Okay ibu."
Terus kaki Farhan keluar dari rumah dan menyarungkan sandal berwarna hitam pada kakinya.
Sufi sudah tersenyum ke arah Farhan sambil meletakkan tangannya pada handle motosikal.
"Cepat bersiap?" Perli Sufi.
"Yalah, cepat. Nanti lambat marah pulak." Balas Farhan sambil matanya mengerling ke arah motosikal 125zr milik Sufi itu.
"Perghh! Berkilat motor kau. Takut pulak nak naik." Perli Farhan kembali.
"Haha, sengaja cuci siap-siap. Esok dah tak sempat nak cuci. Cepatlah naik." Arah Sufi sambil mula memusingkan motosikalnya ke arah jalan raya.
Tanpa membuang masa lagi, Farhan terus panjat naik duduk di belakang.
"Wow! Tingginya motor ni."
"Takdelah. Kau yang tak biasa kalau dah biasa, tak rasa tinggi pon."
"Yalah cepatlah sikit baby." Ucap Farhan sambil ketawa. Tak sangka dia boleh bergurau dengan Sufi macam ini. Ingatkan Sufi ni 'Abang-abang' sangat orangnya tapi perangai lebih kurang macam Rafiq je. Habis rosak Rafiq berkawan dengan dia orang ni.
"Yalah, yalah tak sabar-sabar dia ni."
Vromm.. Perlahan-lahan motosikal itu meninggalkan kawasan rumah Farhan.
YOU ARE READING
SAMPAI SYURGA (COMPLETED)
Non-Fiction(COMPLETED) Dua orang sahabat karib yang selalu ada ketika suka dan duka. Namun satu tragedi telah memisahkan mereka berdua. - "Be with someone who always wants to know how your day was." Rafiq - Seorang remaja berusia 17 tahun yang peramah dan memi...