Tiga hari sudah berlalu..
Tiga hari jugalah Rafiq tidak hadir ke sekolah tanpa khabar berita. Tiga hari jugalah tiada siapa yang tahu Rafiq hilang entah ke mana.
Setiap hari Farhan akan menjengguk Rafiq di rumahnya tetapi malang rumahnya kosong tiada penghuni.
Di sekolah Farhan hanya banyak termenung jauh seorang diri tanpa mahu diganggu oleh sesiapa pun. Selalunya Farhan lah yang banyak mulut di dalam kelas, tapi sejak tiga hari ini nak dengar Farhan katakan "Ya" dan "Tidak" pun susah.
Waktu rehat pun telah bermula, tetapi sekarang ini bulan puasa jadi pada waktu rehat ramai orang akan habiskan masa di pusat sumber sekolah, di kelas mereka sendiri, di tandas (ponteng puasa) atau di mana-mana sahaja yang ada tempat untuk membuang masa selama 40 minit.
Farhan hanya duduk di pusat sumber sekolah sambil membalut buku-buka cerita yang baru sampai. Dia diam sahaja sambil melakukan kerjanya. Sesekali, matanya berkaca tanpa sebab.
Tak sangka secepat ini Rafiq tinggalkan dia tanpa kabar berita. Kini, Farhan seakan-akan sudah kehilangan "BFF" paling rapatnya kerana Rafiq sudah hilang begitu sahaja.
Telefon, mesej, Whats'app semua media sosial yang Farhan ada tidak dibalas oleh Rafiq. Farhan seakan-akan sudah putus asa.
KLING..
Bunyi pintu pusat sumber sekolah di buka oleh seseorang dari luar. Farhan memandang ke arah orang yang masuk ke dalam pusat sumber sekolah itu sekilas pandang.
Tiba-tiba buku yang berada tangannya itu terjatuh ke lantai. Kakinya pula tiba-tiba sahaja bergetar-getar seakan-akan ada sesuatu telah mengoncangkan kakinya.
"Rafiq!" Laung Farhan sekuat hati dengan senyuman indah terukir di bibirnya.
Pantas Rafiq menoleh ke arah Farhan dengan wajah kosong. Kini, mereka saling bertentangan mata dalam beberapa saat.
"Rafiq.." Kata Farhan lagi dengan senyuman indah mekar di bibirnya. Wajahnya terlalu gembira ketika ini, seolah-olah dia sedang bermimpi! Benarkah Rafiq di hadapannya ketika ini? Benarkah? Bukan khayalan?
Rafiq mendecitkan bibirnya serta mendengus kasar. Lantas, dia berlalu pergi dari situ serta membatalkan niatnya untuk masuk ke dalam pusat sumber itu setelah melihat wajah Farhan berada di dalamnya.
Senyuman Farhan mati.
Kenapa Rafiq seakan-akan cuba untuk melarikan diri daripada Farhan? Apa lagi salah Farhan? Tiga hari tak jumpa tiba-tiba sahaja dia bertindak sedemikian?
YOU ARE READING
SAMPAI SYURGA (COMPLETED)
Nonfiksi(COMPLETED) Dua orang sahabat karib yang selalu ada ketika suka dan duka. Namun satu tragedi telah memisahkan mereka berdua. - "Be with someone who always wants to know how your day was." Rafiq - Seorang remaja berusia 17 tahun yang peramah dan memi...